Monday, October 31, 2011

Siapa sebenarnya perempuan ini?

Baru-baru ini saya ada menerima sebuah e-mail dari seseorang yang menamakan dirinya sebagai Noraini Osman.Suami saya pernah bercerita tentang seorang perempuan yang menghantar mesej seperti ini tetapi di dalam facebooknya.Menurut suami saya perempuan ini sudah menipu ramai orang.Saya pun tak pasti penipuan yang bagaimana?


Cuba lihat e-mail pertama yang diberikan kepada saya:



Kemudian kerana ingin tahu lebih lanjut berkenaan perempuan ini saya cuba membalasnya.

Selang beberapa hari saya menerima balasan e-mail darinya:


Saya terfikir jika dia ingin menipu kenapa perlu menunjukkan gambarnya kepada saya,tapi mungkin itu bukan gambarnya yang sebenar.
Kemudian saya membalas lagi dengan mereka-reka beberapa perkara seperti umur dan tempat tinggal.

Lama menunggu nampaknya dia tidak membalas lagi e-mail saya.

Pada fikiran saya,mungkin bila saya memberitahu yang pakcik saya tinggal di London juga,kemungkinan ini yang membuat dia terkejut atau takut rahsianya terbongkar.(Tentang pakcik saya ni memang benar).

Kemudian ada lagi yang bermain-main di fikiran saya,jika betul arwah ayahnya berasal dari Malaysia,takkan tiada saudara mara langsung.Kenapa dia berani meminta pertolongan dengan orang asing yang tidak diketahui asal usulnya.

Lagipun sekarang ni merata-rata tempat ada pemandu pelancong.Dia boleh saja mengupah sesiapa yang ada kaitan dengan bidang pelancongan.(kan orang kaya)Ambil pakej ke kan?

Apa pendapat kamu semua?Ada juga ke yang pernah menerima e-mail sebegini?Apakah bentuk penipuan jika benar dia ingin menipu?

Pesanan:Saya hanya memberitahu perkara yang saya alami sendiri.Apa yang penting english saya tuuuu...asal faham sudah...

14 comments:

  1. mesti si noraini tu takot dgn akak..hehe nak penipu xpandai..

    ReplyDelete
  2. dpt jugak email yg sama..tapi namanya salina!

    sah penipuuu

    ReplyDelete
  3. jangan mudah terpedaya tau.. selalu camnie..kes tipu tu..

    ReplyDelete
  4. Rasanya kes nak menipu ni. Dah, bila sebut ja pasal ada pakcik di London, dia senyap terus. Takut kantoi la tu. Na'uzubillah, mintak dijauhkan dari penipuan.

    ReplyDelete
  5. @mashimaro-betullah tu menipu...kalau tak apsal tak balas jika niat tu betul...

    @Aku Ibu Muda-bermakna orang yang sama tapi nama berlainan..memang tipulah ni kan...

    @Cik Moon-akk sekadar nak tengok apa yang selanjutnya dia nak buat..

    @Dinas aldi-itulah yang paling saya takut.....minta jauh dari perkara yang tidak baik...

    ReplyDelete
  6. laki sy pun dpt email yg begini tp namanya Iryani. bersama - sama la kita berhati - hati.

    ReplyDelete
  7. @roha-ini penipuan yang menggunakan kuasa IT...kuasa bomoh-bomoh belum kira lagi ni...

    @Redha-jadi memang confirm dia ada niat nak menipu...apa dia tak de keje lain ke?

    ReplyDelete
  8. munna kalau dari email..mmg x percaya langsung

    ReplyDelete
  9. @munna-hmm akk tak percaya jugak...saja nak tau apa yang dia hendak sebenarnya...

    ReplyDelete
  10. haaa..budak nie..dkna pernah terima emel dari dia..

    tapi dkna abaikan..malas nak reply apa pon..

    cubaan yang bagus la akak..maybe sebab takut rahsia atau kegiatan terbongkar, dia tak reply emel akak :)

    ReplyDelete
  11. Dkna-akak rasa memang dia niat nak menipu pun..sampai sekarang tak balas-balas lagi emel akak tu...

    ReplyDelete
  12. From: norainiosman1@hotmail.com

    Subject: TO MY LOVE ( parcel delivery details)
    Date: Sat, 5 Nov 2011 04:12:50 -0700

    Hi Darling,

    Honey i still sent the Gift today and I put so many surprises.You will scream when you find out the most precious gift amongst all the items i put in the parcel. I think about you day after day, minutes after minutes and sec after secs. I love you my honey.

    I don't no if i have told you what is inside the parcel of the gift before,,,,, hummmm do you know what i put inside the parcel i put the sum of 250,000pounds,Electronic Dictionary Quran, A model HP laptop, gold wristwatch, Apple iphone, Brown Envelope sealed, flowers, 7 Copies Of my Photograph, Manchester united football Club jersey And some of my cloths that i will use when get to Malaysia. .hahaha ,,,,,,,... Honey the 250,000pounds is for you to help me deposit for the house i want to buy and when i come over i will pay the balance or you can keep it so that when i come we can begin the preparations but you have to help me look for a conducive one OK.Also you have to take some money inside and book a 5Star hotel for me in a place where i will stay when I come over i hope you understand me honey i love you so much please as soon as you receive the parcel from the courier services just let me know so that we make more plans because i really want to enjoy my self with you hehe... have a nice time i love you hummkisss...



    (perghhh saya layan2 pastu dye bg email mcm nie... and then pastu saya cakap saya polis terus dye xbls..)

    ReplyDelete
  13. @arie-wah begitu rupanya cara dia nak menipu..itu untuk lelakilah tu...perempuan cara lain pulakkan..hmmm...memang betul boleh buat duit ke nak menipu macam tu...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...