Monday, August 22, 2011

Macam mana persiapan raya?

   
Antara tempat yang sesak menjelang sambutan raya

Wah!Dah tak lama lagi kita umat Islam akan menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri.Mesti kaum-kaum ibu sibuk membuat persiapan raya seperti menghias rumah dan membuat kuih raya.

Saya pun sama seperti ibu-ibu yang lain.ingin membuat persiapan sambutan hari raya.Cuma tahun ni berbeza sedikit Contohnya tahun lepas saya awal-awal, sudah membuat kuih raya sendiri.Kalau beli pun hanya kerepek-kerepek.Tahun ni tak dapat berbuat begitu,kerana anak-anak kecil dan juga anak-anak yang saya jaga sudah bertambah.Maka peluang untuk membuat kuih terbantut.

Takpelah,saya sudahpun menunjuk kuih untuk dibeli.Ala kuih tunjuk-tunjuk.Baju raya?Hmmm...pasti tak percaya,saya masih belum membeli lagi walau sehelaipun baju raya.Kebiasaannya,awal-awal puasa saya sudah menghantar tempahan.

Masih adakah ruang masa untuk membeli baju raya.Harap-harap ada lagi saki baki baju yang cantik-cantik untuk dibeli nanti.Khabarnya jalan penuh sesak di Jalan Tuanku Abdul Rahman.Kerana disitulah destinasi saya akan tuju.

Anak-anak pula tidak pula meminta-minta untuk dibelikan baju raya.adakah kerana mereka duduk di Lipis ni belum merasa suasana hari raya.Ye lah,kawasan sini kecil sahaja.Takdelah 'banner-banner' jualan murah seperti di Kuala Lumpur.

Tapi yang pasti hari yang dinantikan akan tiba jua.

Pesanan:Kalau tak sempat jugak beli,pakai je lah baju tahun lepas.Bukan orang perasan pun.

9 comments:

  1. raya tahun nie dkna tak berkesempatan pergi shopping kat jalan tar...jadual sekolah dan kerja yang padat...lagi pon baju raya dah siap ditempah... :)

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. @dkna---okaylah tu...ada juga baju raya...akak juga yang takde lagi...he he he

    ReplyDelete
  3. Baju bebudak dah beli sebelum posa..baju bapak budak je lum beli, selalunya last minit sampaikan kadang2 malam raya baru beli....kalu tak pakai baju tahun lepas la...heheheh..kuih tunjuk2 je..

    ReplyDelete
  4. @Fadzli Amir-he he he betul dah tu...baju anak-anak dulukan...mak bapak tak pe...lebih-lebih kurang je lah...Kuih tunjuk2 sebenarnya lagi murah,banyak pilihan....

    ReplyDelete
  5. alah..pkai je yg lama..jimt sikit..haha..

    ReplyDelete
  6. @josrevalution-ala...tak semangatnya...tapi bab jimat tu semangat sikit..

    ReplyDelete
  7. baju raya dah siap lama dah...masaalah nya dah sendat pulak..

    ReplyDelete
  8. Akak pun takda baju raya tahun ni, malas nak buat atau beli. Betul la, pakai ja baju tahun lepas sebab baru pakai 3-4 kali saja, memang takda sapa akan perasan pun, hehehe!

    ReplyDelete
  9. @hani@debu melukut-kak ada masa lagi nak kempis lagi...tak sendat lah nanti...he he he

    @Dinas Aldi- ye lah..lagipun saya bergilir raya,orang sana tak tau pun baju apa yang saya pakai tahun lepas...he he he....bijak!bijak!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...