Wednesday, December 25, 2013

Ada benda tersembunyi di celah-celah pokok tu...

Sedang saya menikmati kesibukan laluan jalan raya di KL-Seremban Highway,sg Besi,dari atas bilik hotel Nouvelle hotel,saya terlihat sesuatu di celah-celah pokok.


Saya cuba mengambil gambar dari jauh.Saya pasti ada sesuatu.


Saya dah nampak.Hmmm ingatkan apalah tadi.Agaknya ada yang tak perasan kot.Atau saya yang baru lihat untuk kali yang pertamanya.


Rupanya replika orang sedang menunggang kudalah.Tertanya-tanya juga kenapa ada ye benda tu kat situ,ada sesiapa boleh beritahu?

Pesanan: Berakhir dah minggu cuti persekolahan,bersiap sedia menanti hari persekolahan bermula.

Tuesday, December 24, 2013

Jumpa Blogger Mia Liana di Kuala Lumpur

Saya dah lama nak jumpa Mia,blogger hebat dan disegani ramai tu.Namun jarak perjalanan dan masa yang membuatkan kesukaran untuk berjumpa.


 Mia ke KL baru-baru ini,dan kami ber sms di FB.Kebetulan saya masih bercuti di rumah mak saya di KL.Akhirnya dapat juga bertemu dengan Mia.Walaupun singkat saya rasa amat bertuah dapat berjumpa Mia.Dia lah antara blogger yang banyak membantu saya berkaitan dengan dunia blog ni.

Walaupun terlalu sekejap berjumpa,saya tak lepaskan peluang bergambar kenangan dengan Mia.Memang cantik orangnya.Bersih wajahnya.Senyuman pula tak pernah lekang dari bibirnya.Sangat peramah.Jika saya pemalu akan terus jadi hilang malunya bila caranya berbual seprti sudah lama berkenalan.

Inilah antara sebab-sebab utama saya masih ingin berblog,dapat berjumpa ramai kenalan.Kenalan pula berbagai cabang bidang yang mereka ceburi.Syukur dipertemukan blogger sehebat Mia.

Terima kasih sudi juga berjumpa saya ye Mia,Semoga tidak terputus di sini sahaja hubungan kita,saya doakan agar ukhwah yang dijalinkan berkekalan.Amin!Mia pun dah publish pertemuan kami di sini www.mialiana.com/2013/12/jumpa-blogger-ummi-arissa.

Pesanan: Ramai lagi blogger yang ingin saya jumpa,semoga impian saya tercapai.

Monday, December 23, 2013

Majlis Sambutan 100 tahun Clifford,Kuala Lipis Pahang

Ceritanya dah lama,namun hari ni baru berkesempatan update di blog.Saya tetap nak tulis dalam blog kerana ini antara peristiwa dan majlis penting yang sempat saya hadiri sebagai penutup untuk tahun 2013.Sekolah yang dibuka sejak tahun 1913 kini masih kekal sekolah cemerlang di sekitar daerah Kuala Lipis.


Pada 15 haribulan Disember 2013 maka perayaan sambutan 100 tahun sekolah Clifford telah pun diadakan dengan jayanya.


Saya hadir di majlis ini,kerana 2 orang anak saya bersekolah di sini.Yang sulung sudah hampir 6 tahun bersekolah di sini,sementara anak ke 3 saya bersekolah 3 tahun di sini.Kemudian sebagai menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru,anak-anak saya juga turut serta membuat persembahan di malam tersebut.


Antara hadirin yang hadir,terdiri daripada staf,guru-guru,bekas pelajar (Cliffordian) dan mereka yang ada berkaitan dengan majlis ini.

Saya turut hadir ditemani mak dan anak bongsu saya. 


Turut hadir bekas pelajar sekolah Clifford ialah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah.Menarikkan.



Juga pasti tetamu yang dinanti-nantikan penyanyi tersohor Malaysia Dato Siti Nurhaliza Taruddin,Beliau juga bekas pelajar di sekolah tersebut.Tak silap saya kakaknya Siti Saida pun bersekolah di situ juga.Ramai juga bekas pelajar sekolah tersebut menjadi orang terkenal.Siti turut menyumbangkan satu lagu khas untuk sekolah Clifford ciptaan Aubrey Suwito bertajuk Seabad Berjasa dan lirik ditulis oelh beliau sendiri dan Rozi Abdul Razak.Boleh cari kat youtube.



Menteri besar Pahang YAB Dato Adnan bin Yaakob,juga turut hadir memberi ucapan,


Sesi beramah mesra dengan anak-anak yang telah membuat persembahan.


Kelihatan di dalam gambar kakak ipar Siti,Rozi Abdul Razak.Sentiasa berada di mana sahaja Siti berada.


Ini antara persembahan anak-anak.Walaupun hujan turun dengan lebatnya,majlis berjalan lancar.Cuma penggunaan pancaragam (band sekolah) terpaksa dibatalkan.

Apa-apapun majlis sebegini berjaya juga diadakan dengan kerjasama semua pihak.Syabas diucapkan.Bukan senang untuk mengumpulkan bekas-bekas pelajar seperti ini.Lagi pula sudah 100 tahun rupanya Clifford dalam melahirkan insan-insan yang cemerlang.

Pesanan: Anak-anak pun dah berpindah sekolah baru,semoga inilah kenangan yang pasti mereka tidak lupakan.

Sunday, December 22, 2013

Kalau paip air disediakan di semua tempat pembuangan sampah,bagaimana?


Rata-rata rakyat kita,kalau tong sampah disediakan,tak ramai yang nak buang ke dalam tong sampah.Ramai yang suka buang sampah di luar tong sampah.Kenapa ini berlaku?

Kalau saya tengok senario buang sampah di luar tempat sampah,saya dapat agak sebabnya,mereka tidak mahu kotorkan tangan membuka penutup tong sampah.'Jijik,geli,kotor,nanti tangan berbau' itu antara alasan mereka yang ikut campak je sampah ni,sama ada tercicir di luar tong sampah atau memang sengaja membuangnya di luar tong sampah yang disediakan.

Jangan tak tahu ye,ada yang sanggup buka penutup tong sampah dengan hanya menggunakan satu jari je.Dah namanya tong sampah kan.Tong sampah negara kita ni,jarang nak jumpa bersih sangat.Seingat saya sewaktu saya pernah ke Jepun,tempat membuang sampah mereka bersih sangat,nak bersandar badan pun tak jijik.

Jadi satu alternatif disediakan dengan menyediakan tempat membasuh tangan di tepi tempat pembuangan sampah.Jadi tiada lagi alasan untuk tidak membuang sampah dengan membuka penutupnya sebelum membuang ke dalam tong sampah tersebut.

Ini ditempat tinggal saya di Kuala Lipis.Ada tak yang buat sebegini di kawasan perumahan anda?Dan bagaimana jika dicadangkan disediakan satu paip air di tempat-tempat pembuangan sampah seperti ini.Tapi saya risau satu je,takut ramai yang mengambil kesempatan pula menggunakan paip air ini untuk kegunaan peribadi.Tak kisahlah apa-apapun.

Begitulah kita sebagai manusia ni ye,jika tak disediakan kemudahan kita bising,bila dah sediakan kemudahan kita menyalahgunakan.Habis tu camno?

Pesanan:Kadang-kadang kita lupa nak ajar anak-anak agar membuang sampah dengan cara yang betul,jadi eloklah kita ajarkan anak-anak kita.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...