Thursday, July 07, 2011

Berjumpa teman lama mengimbau kenangan lama


Berjumpa teman-teman lama memang menyeronokkan.Apabila tamat sahaja persekolahan sama ada sekolah rendah,sekolah menengah atau pusat pengajian tinggi,pasti kita akan merindui kembali saat-saat manis bersama rakan-rakan sekolah dahulu.

Tentu setelah bertahun-tahun berpisah keinginan untuk bertemu kembali dan bertanya khabar sangat-sangat diimpikan.Alhamdulillah saya berjaya berjumpa sebahagian rakan-rakan lama dari sekolah rendah sehingga dari pusat pengajian tinggi.Walaupun tidak berjumpa kesemuanya,namun saya tetap gembira dengan setiap pertemuan dan hanya gambar mampu memberikan lebih kenangan.

Pertemuan ini telah berlaku dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini.

Ini pertemuan dengan rakan-rakan lama sewaktu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (2),Kuala Lumpur.Saya bersekolah di sana dari darjah 1 hingga darjah 6.(1983-1988)
Duduk dari kiri:Suzana Saidin,Saya,Norhafizah dan Suzanna Abdullah.

Pertemuan berlaku di rumah Suzanna Abdullah yang terletak di Bandar Permaisuri,Kuala Lumpur.Dah lama tak berjumpa,masing-masing sudah berumahtangga dan mempunyai anak.

Ini pula pertemuan dengan rakan-rakan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya,Kuala Lumpur.Saya bersekolah di sana dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.(1989-1993).Sekolah saya bukan sekolah campur lelaki perempuan.Hanya perempuan sahaja.Guru lelaki pun yang ada waktu tu hanya seorang sahaja iaitu seorang Ustaz.

Sila abaikan mereka-mereka yang berpakaian seksi.

Pertemuan berlaku di Hotel Mid Valley,Kuala Lumpur.Untuk pengetahuan,sekolah tersebut kaum Cina dan kaum Melayu sama banyak.Tetapi yang menariknya kelas saya hanya terdapat 3 orang Melayu,2 orang India dan selebihnya kaum Cina.Sangat seronok.

Inilah kami 3 Melayu dan seorang India.(seorang lagi kawan India tidak diketahui di mana).
Duduk dari kiri,Siti Hawa Habib,saya,Nooraisyah Abu Bakar dan Prema.

Ini pula bertemu kawan baik sewaktu menuntut di Institut Teknologi Mara,Shah Alam dalam jurusan Perhotelan dan Pelancongan. Saya mengambil sijil sahaja iaitu Certificate In Travel Operation (CTO) selama setahun (1994-1995)
Pertemuan semuanya berlaku di Kuala Lumpur.Mudah untuk berhimpun di sana.

Duduk dari kiri Amizah Wahid(orang Perlis),saya dan Norlisa Abd Razak(orang Pulau Pinang).Untungnya belajar di ITM bertemu rakan dari seluruh Malaysia.Belajar macam-macam bahasa.


Yang ini pula,di Restoran Nelayan,Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur.Pertemuan yang paling menarik,kerana kami asyik makan dan berbual hingga tidak sedar sudah larut malam.Dan yang menarik juga kami sempat bertemu sehingga 3 pertemuan.

Pertemuan Pertama

Ini dengan rakan-rakan sewaktu belajar bahasa Jepun dan ke Jepun.Saya ke Jepun pada tahun 1995/1996 atas kursus pelancongan di Institut Teknologi Mara (ITM) sekarang di panggil Uitm.Atas kerajinan saya (chewah!)berjaya dalam peperiksaan dan memperolehi CGPA 3 pointer ke atas,saya dan rakan-rakan terpilih dalam temuduga oleh JPA.Kami berkursus bahasa Jepun selama 6 bulan di Wisma Belia,Kuala Lumpur dan ke Jepun selama 5 bulan.(1995-1996)

Pertemuan Kedua


Pertemuan Ketiga

Pada saya pertemuan bukan sekadar bertemu sahaja dan berpisah,tetapi saling berhubungan agar tidak terpisah silaturahim yang sudah terjalin.

Kalau ada sesiapa yang mengenali saya mungkin sezaman sekolah rendah,menengah atau IPTA,maklumkan kepada saya...saya mungkin lupa anda...

Pesanan:Jadi sekarang anda sudah tahu umur saya...kan....rahsiaku kini milikmu...he he he

Wednesday, July 06, 2011

Suka Duit Tak?

Saya suka duit.Awak semua suka duit tak?Eh! tengok tu ada yang menggelengkan kepala.Oh budak umur setahun rupanya yang geleng kepala tu.Ala semua orang suka duit.Ha,lepas puasa je,nak kena sedia duit raya...wah,puasa pun belum lagi nak cite pasal raya pulak.ha ha ha

Tapi saya bukan nak bagi duit kat awak semua.Saya nak cerita tentang duit yang saya jumpa ni je.Dah lama saya simpan dalam album gambar saya.Tiba-tiba tergerak nak publishkan.Nak bagi semua orang tengok duit ni. Suka tak kumpul duit-duit lama.Ni bukan hobi saya,tapi saja simpan buat kenangan.

Okaylah...saya cuma nak tanya je,kalau-kalau anda tahu tahun kewujudan duit-duit ni...Sebab saya pun tak berapa pasti.Tak banyak pun duitnya ada Rm 1 je.









Pesanan:Persamaan yang kekal adalah gambar Agung...

Sunday, July 03, 2011

Allah sayang tak jika kita susah?



Ramai yang mengeluh bila mendapat kesusahan.Seolah-olah Allah tidak memperdulikan kita.Tapi tahukah kita susah dan senang adalah kuasa Ilahi.Kita tidak dapat menolaknya.Segalanya Allah yang tentukan.

Jadi kalau kita rasa Allah tak sayang kita sebab itu kita susah,sebenarnya salah.Allah sayang semua orang yang sentiasa mengingatiNya.

Mari kita ambil iktibar dan jadikan motivasi cerita di bawah ini:

Pada zaman dulu ada dua nelayan,seorang mukmin dan seorang lagi kafir.
Satu hari mereka turun ke laut untuk menangkap ikan bagi mencari rezeki.


Ketika menebar jala,nelayan kafir itu menyebut nama tuhan berhalanya dan mendapat hasil tangkapan yang sungguh banyak.


Berbeza pula dengan nelayan mukmin yang apabila menebar jalanya,beliau menyebut nama Allah,tetapi seekor pun ikan tidak tersangkut pada jaringnya.


Hingga ke lewat senja,nelayan mukmin tidak berjaya mendapat ikan,manakala nelayan kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.


Meskipun pulang dengan tangan kosong,nelayan mukmin itu tetap bersabar serta reda dengan apa yang Allah takdirkan ke atasnya,manakala  si kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.


Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah.Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan oleh-Nya untuk nelayan mukmin itu,iaitu sebuah syurga.


Berkata malaikat:"Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apapun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."


Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir.


Maka malaikat itu berkata:"Alangkah malangnya nasib si kafir.Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu,sedangkan tempat kembalinya adalah Neraka Jahannam.


Kisah di atas jelas menunjukkan kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang dan begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorang bukan bermakna Allah meredainya.

Pesanan: Jangan kita berburuk sangka dengan Allah,jika kita ditimpa musibah atau kesusahan.Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian,

Saturday, July 02, 2011

Gambar-gambar kereta remuk akibat kemalangan

Saya baru berpeluang mengambil gambar kenderaan yang kemalangan berdekatan dengan rumah saya.Hanya kereta sahaja yang masih tersadai di balai polis,manakala bas yang turut terbabit sudah ditunda.Berita mengenai kemalangan tersebut sila baca disini.



Kalau beginilah keadaannya,masih adakah peluang untuk mangsa hidup?


Memang hancur teruk kereta ini.


Apalah nasib keluarga mangsa...



Kereta yang sempurna menjadi cacat seumur hidup...


Renung-renungkanlah wahai pemandu semua...

Pesanan: Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...