Thursday, February 03, 2011
Kenduri Kahwin hari khamis?
Saya sekarang berada di kampung suami bercuti selama 3 hari di Kelantan.Sebaik sahaja selesai majlis pertunangan adik saya,(rujuk entry ini)saya bergegas pulang ke Kuala Lipis.Kemudian pulang ke Kelantan hari rabu.
Hampir 99 peratus barang-barang dalam rumah lama telah selamat dipindahkan di rumah baru.Rujuk entry ini pula.Satu peratus lagi ialah belum menyerahkan kunci rumah kepada Pengerusi Kuarters.
Saya sampai ke Kelantan jam 12 tengah malam selepas bertolak dari Kuala Lipis jam 5 petang.Biasalah singgah makan dulu.
Menurut adik ipar saya ada kenduri hari khamis (hari ini) di Guntong,Terengganu.Biar betul kenduri kahwin buat hari khamis.Tapi memang betul.Sepupu suami (perempuan)berkahwin pada hari khamis.Ringkas dan meriah.
Pesanan:Majlis kahwin yang ringkas dan tidak berlaku pembaziran amat dituntut dalam Agama Islam.Macam tak percaya kenduri kahwin buat hari khamis,kebetulan semua sedang bercuti Tahun Baru Cina...jadi percayalahhhh...
Wednesday, February 02, 2011
Sambutan Harijadi anak Pak Arab
Pemilik restoran Mr Sulaiman dan anaknya Hanan..
Kek berbentuk princess
Kawan adik (yang nama Jun tu)yang kawin ngan orang Arab buat sambutan harijadi anak sulungnya Hanan.Kami sekeluarga dijemput.Memang murah rezeki kami minggu ni.
Kami dijamu makan nasi arab sesuai dengan selera pemilik Restoran Saba Mr Sulaiman orang Arab yang sudah lama bermastautin di Malaysia yang akhirnya bertemu jodoh dengan orang Malaysia juga.Memang sedap dan lazat makanan di restorannya.Restoran Saba yang terletak di Cyberjaya itu memang ramai pengunjungnya terutama di hujung minggu atau cuti sekolah.
Antara juadah arab yang dihidangkan
Antara kanak-kanak yang hadir (yang berbaju skirt pink "birthday girl")
Pesanan:Selagi kita dapat menghadiri jemputan orang eloklah kita pergi.Kecuali atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Nampak keceriaan di wajah tuan rumah dengan kehadiran para tetamu jemputan.
Tuesday, February 01, 2011
Pergolakan di Mesir..siapa mangsanya?
kami bergambar bersama di hari pernikahan mereka bersama ibunya
Tetapi siapa yang menjadi mangsa?Rakyat Malaysia yang sedang belajar dan bekerja disana turut menjadi mangsa pergolakan di Mesir.Tidak ketinggalan anak saudara suami saya yang sedang mengikuti jurusan perubatan yang masih lagi belajar bersama suaminya turut terkena tempiasnya.Malam tadi saya cuba menelefon ibunya yang berada di Kelantan untuk bertanya khabar keadaan anaknya di sana.Katanya tengah malam nanti baru mendapat jawapan di mana mereka akan dipindahkan.Kalau tidak silap saya mereka (anak saudara dan suami) dan pelajar-pelajar yang lain berhimpun di dewan Malaysia.Memang mereka tidak dapat berhubung dengan kita,hanya kita sahaja yang dapat berhubung dengan mereka.
Akhirnya saya dapat mesej daripada ibunya mengatakan mereka selamat,mungkin tengah malam nanti akan dipindahkan ke Jordan atau mana-mana tempat selamat.Lega seketika.
Saya juga mendapat berita terbaru dari blog sufeenan tentang keadaan disana.Sungguh sedih mendengarnya.Betul katanya ramai yang tidak mengendahkan masalah pelajar kita di sana kerana menganggap bukan saudara mereka yang terlibat.Tolonglah sekadar yang mampu..
Juga berita terbaru dari blog ini.Banyak lagi blog yang memberi berita terbaru keadaan di Mesir.Harapan kita agar semuanya selamat.
Pesanan:Semoga kerajaan kita dapat bertindak dengan bijak.Selamat semuanya..hendaknya..
Makan Seafood di Manhattan
anak-anak bergambar depan restoran
Bestnya dapat undangan memeriahkan sambutan harijadi anak kepada anak saudara,Nurul di sebuah restoran bernama Manhattan Fish Market.
Sebelum ke sana ,saya sudah pun men'google' sama ada restoran itu halal atau tidak.Saya memang 'alert' sangat bab-bab makan di tempat yang tidak biasa makan ni. Alhamdulillah ada dalam senarai halal Jakim.
Jauhnya kan saya makan.Ala bukan kat luar negara pun.Restoran tu kat Bandar Sunway je.Dalam bangunan Sunway Piramid.Anak-anak dah lama ajak berjalan ke sana,masa je yang tak ada.Bila dah ada undangan tu,seronoklah budak-budak ni.
kek harijadi dari secret resepi(keju)
cendawan salut tepung ni
seafood-udang,sotong,sayuran,nasi,ikan dan tiram
kelihatan anak buah dan anak-anakku
Pesanan:Saya ni allergic juga ngan udanglah terutamanya..habis gatal-gatal lidah saya.Yang lain saya makan je ...
Subscribe to:
Posts (Atom)