Friday, October 11, 2013

Permohonan ke Kolej Vokasional 2014

STICKY POST
Scroll ke bawah untuk entry terbaru..terima kasih


Bagi pelajar yang menduduki PMR tahun 2013,permohonan untuk kemasukan ke Kolej Vokasional 2014 telah dibuka dari 17 September 2013 hingga 25 Disember 2013.Sesiapa yang berminat bolehlah rujuk di bawah:


Untuk permohonan secara online:Klik http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/

Untuk info kemasukan: Klik http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/info-kemasukan

Untuk syarat kursus :Klik http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/info-kemasukan/maklumat-permohonan-kemasukan-2/syarat-khusus

Saya bercadang juga untuk masukkan anak ke Kolej Vokasional ni selepas PMR ni Nanti.nak minta pendapat babanya yang juga tenaga pengajar di KV ni.

Ni alamat Kolej Vokasional Kuala Lipis,Pahang.Mohon terus ke sekolah pun boleh

Sekolah Menengah Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah
Km. 13, Jalan Lipis-Benta,
27200 Kuala Lipis,
Pahang,
Malaysia.
Tel: 09-3227955
Fax: 09-3227389
Senarai Kolej Vokasional yang lain cari di :http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/profil-sekolah/senarai-smt-smv-kv

Pesanan:Agak-agak ada anak sesiapa yang nak masuk KV Kuala Lipis,bolehlah kita jumpa nanti...hehehehe

Wednesday, October 09, 2013

Berapa harga lembu korban sempena Ibadah Korban tahun 2013?

Harga lembu pun setiap tahun naik harga sama macam barangan keperluan yang lain.Seingat saya harga sebahagian (1/7) lembu dulu RM250,kemudian naik lagi RM350 dan sekarang naik lagi RM450.Jadi kalau RM450 x 7 bahagian menjadikannya RM3150 seekor lembu.Katanya termasuk upah menjaga dan memberi makan lembu sebelum diserahkan kepada pembeli sama ada sehari sebelum raya haji.Harga tu saya dapati di Kelantan kampung suami saya.

Tak kisahlah berapa kena bayarpun kan,yang penting ikhlas dalam mengerjakan ibadah korban.Yang penting lembu itu mengikut syarat-syarat haiwan yang boleh dijadikan korban haji.

Syarat Sah Korban
  1. Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
  2. Hendaklah korban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
  3. Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
  4. Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.

Pesanan: Semoga Ibadah korban kita diterima Allah s.w.t.

Monday, October 07, 2013

Respon anonymous terhadap entry 3 pelajar dilanggar

Saya dapat respon dari cik anon (anonymous) tentang entry saya yang ini_ gara-gara guru menyuruh pelajar panaskan enjin kereta,3 orang pelajar lain kena langgar.

Saya rasa cik anon mungkin saksi kejadian.Jadi kita boleh tahu bagaimana kejadian sebenar yang berlaku.Saya tidak kisah siapapun boleh komen sesuatu entry jika mengetahui kisah sebenar.Tujuan ruangan komen diadakan untuk menunjukkan keprihatinan seseorang tentang sesuatu isu yang dilontarkan.

Jadi sedikit sebanyak terungkai kisah disebalik perbuatan seorang guru yang menyuruh anak muridnya memanaskan enjin kereta.Katanya tidak mahu murid kepanasan,disuruhnya panaskan enjin kereta sahaja,jangan buat apa-apa dan buka air-cond.Namun murid tersebut yang tidak mendengar arahan,bertindak lebih dari jangkaan.

Kita harap perkara ini tidak berulang lagi.Semoga segala kejadian kita jadikan iktibar.Dan anggaplah inilah takdir yang telah ditentukan Allah.

Sekian terima kasih di atas segala komen anda.

Pesanan:Jangan saling menuding jari.

Saturday, October 05, 2013

Mentega SunBear sinonim dengan Suria FM

Kalau pulang ke kampung suami di Kelantan pasti selalunya hujung minggu,biasanya hari Jumaat petang bertolak tengah malam baru sampai.Jadi selalu jugalah saya buka siaran radio SuriaFM.Memang lagu-lagunya syok kalau dengar masa duk dalam kereta.Kena pulak buka tingkap,angin menerpa masuk,saya bayangkan seperti dalam video klip gamaknya...hahahaha (berangan)



Biasa kalau sebelah petang DJ Linda Onn lah selalu berkumandang dalam segmen nya Ceria Petang Di Suria. Celotehnya yang bersahaja dan pertuturan yang lancar,memang sedaplah mendengarnya.Bila tiba tang iklan,selalu sangatlah saya dengar iklan tentang mentega kacang SunBear ni.Kadang-kadang saya dan suami saling berpandangan sambil tersenyum.Kami tak berkata apa-apa.Entahlah biarlah diri kami sendiri yang mentafsirkan dalam hati masing-masing.Yang mana pernah dengar iklannya,boleh tahu kot.Takde apa-apa pun yang pelik tau.Saja je..



Dek kerana saban hari kalau terbuka je siaran ni,ada je iklan ni,semalam saya terpengaruh juga nak pergi mencarinya di pasaraya rumah saya.Hasilnya saya beli perasa terbaru mereka mentega kacang bercoklat tu.Anak-anak memang suka apatah lagi kami mak ayahnya.hehehe...Memang sedaplah.Rupanya iklan yang keluar banyak-banyak kali ni,antara penyebab orang ramai nak mencuba produk mereka ni.Betul tak?

Yang bagusnya tentang SunBear ni ianya ada tanda Halal Jakim dan juga pengeluar produk ini iaitu Syarikat Delima Oil Products Sdn Bhd dimiliki oleh orang Islam.Kalau bukan kita orang Islam nak sokong siapa lagikan.Siap ku promote lagi ni.

Ok cerita lagi pasal SuriaFM.Satu lagi siaran SuriaFM yang saya dan suami suka dengar pada tengah malam bila berada di dalam kereta ialah Suria Cinta bersama Dj Lin.Tak boleh tahan dengar suara Dj Lin yang mendayu-dayu dan romantis pada tengah-tengah malam tu.Heheheh,kadang-kadang dengar celoteh pendengarnya yang meluahkan masalah pun buat saya dan suami saling berpandangan dan senyum-senyum.Macam-macam rupanya masalah cinta diorang ni.

Panjang betul entry ni ye,korang skip je lah kalau malas nak baca.Tak de penting mana pun.

Pesanan: Laju roti rumah ni habis dek penangan mentega sunbear...hahahaha...



Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...