Showing posts with label kisah masyarakat. Show all posts
Showing posts with label kisah masyarakat. Show all posts

Friday, September 20, 2013

Asiah & Imannya Yang Kental

Beli buku Asuh untuk galak anak membaca dan menimba ilmu agama.Orang dewasa pun boleh menimba ilmu juga.Mari kita berkongsi cerita tentang Asiah.Siapa Asiah?

Dalam sejarah Islam,nama Asiah menjadi sebutan sehingga kini.Bukan kerana kecantikan atau kedudukannya sebagai isteri Raja Firaun,tetapi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Asiah memeluk Islam tatkala pembantunya Mashitah dan anaknya dihukum bunuh oleh Firaun.Asiah terdengar anak Mashitah memujuk ibunya agar bersabar kepada Allah sebelum mereka menjalani hukuman.Justeru,hati Asiah yakin akan kebenaran tauhid lalu beriman.Sejak itu,Asiah menjadi pengikut Nabi Musa a.s dan mengingkari suaminya yang mengaku sebagai Tuhan.

Di istana,hanya Asiah yang beriman kepada Allah.Suatu ketika,dia melafazkan kalimah Allah lalu didengari oleh pengikut Firaun.Berita itu kemudian tersebar kepada suaminya.Asiah dihadapkan kepada Firaun. "Siapakah Allah?" tanya suaminya yang zalim itu. "Allah Tuhanku juga Tuhan seluruh alam semesta," kata Asiah penuh yakin.

Firaun amat murka lalu memberi pilihan kepada Asiah. "Jika kau mahu hidup bersamaku dan kekayaanku,kau hendaklah mengatakan bahawa aku adalah Tuhan.Tetapi jika kau memilih Allah sebagai Tuhanmu,aku akan membunuhmu!" ugut Firaun.

Tanpa berfikir lama,Asiah tetap dengan keputusannya sebagai hamba Allah.Tidak sesekali dia melafazkan kalimah syirik terhadap Allah walaupun di depannya menanti hukuman yang menyakitkan.

Dengan keputusan itu,Firaun mengarahkan tenteranya mengikat kaki dan tangan Asiah.Lalu,mereka meletakkan batu besar di atas badannya.Dalam kesakitan itu,Asiah terus berdoa kepada Allah SWT.Doa tersebut dirakamkan dalam surah at-Tahrim ayat 11 yang bermaksud:

"Wahai Tuhan,bangunkan untukku disisi-Mu sebuah rumah di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya yang buruk dan selamatkanlah daripada kaum yang zalim."

Allah SWT mendengar doa Asiah lalu dinampakkan syurga kepada wanita solehah itu rumahnya di dalam syurga.Saat itu Asiah senyum menerima hukuman.Melihatkan kegembiraan wajah Asiah,Firaun berkata kepada pengikutnya, "Lihatlah isteriku yang aneh." Hakikatnya,roh Asiah ditarik oleh malaikat dan berbahagialah Asiah menghuni syurga Allah SWT yang kekal.

Asiah telah mengajar kita untuk lebih mencintai Allah daripada kesenangan dunia.Ini kerana,cinta Allah akan membawa kebahagiaan yang kekal di dunia dan akhirat.

Sumber: Asuh Mei 2012

Pesanan: Buat pembaca yang sering mengeluh kerana kesusahan didunia ingatlah kesenangan menanti kita di akhirat jika kita orang yang beriman.

Monday, December 31, 2012

Jalan-jalan cari tudung



Lokasi : Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur...
Pemerhatian:  Rambang Mata
Harga: Tidak percaya!Murah!
Hasilnya: Sekadar window shopping sebab teringat duit ditangan untuk bayar keperluan sekolah anak...huhuhuhuhuhu....

Pesanan: Saya akan datang lagi...tunggguuuuu!!!!

Monday, December 17, 2012

Berapa kos belajar memandu?Mahal ke murah?

Pertama kali belajar memandu kereta dan ambil lesen ialah pada tahun 2003.Waktu tu ketar lutut sebab pertama kali pegang stereng kereta dengan pengajar.Mesti berdebar-debar,tangan pun sama menggigil.

Tapi saya tabah juga demi menyahut cabaran dari seseorang.Saya juga sering mencabar diri sendiri dengan mengatakan "budak tu boleh memandu,takkan aku tak boleh?".

 Jadi dengan berbekalkan semnagat yang tinggi mahu berjaya dan juga berbekal duit yang disponsored suami maka bermulalah kelas memandu saya sehinggalah saya kini boleh memandu walaupun perjalanan yang jauh.

 Berapa kos waktu tu?Tahun 2003 dulu saya menghabiskan RM950 belajar memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas D sahaja.Semua tu termasuk kos ujian untuk lesen L.Semua ujian dilakukan di Raub,Pahang.Sekarang berapa ye kos belajar memandu?Mahal ke murah?


Pesanan:Lepas ni anak teruna saya pun kena hantar ujian memandu,senanglah pergerakan saya sikit,suruh dia bawa ke mana sahaja saya nak pergi...hehehe

Friday, December 14, 2012

Perkongsian Bersama:Rebutlah Solat Saf Hadapan

Ramai yang berebut-rebut mengejar pangkat,kedudukan.Ramai yang sanggup bertelagah demi mencapai sebuah impian.Ramai juga yang sanggup menonjolkan diri demi mengejar kemegahan dan nama baik.

Tapi berapa ramai yang ingin mengejar kelebihan yang Allah janjikan pada umatNya dalam mendirikan solat.Berapa ramai pula yang sanggup berebut untuk duduk di saf yang hadapan?Berapa ramai yang berlumba-lumba untuk berada di saf hadapan?

Ramai tak kalangan kita yang suka duduk di saf belakang dengan harapan mudah untuk keluar saf dengan cepat apabila selesai solat.Sedangkan mereka tak tahu kelebihan berada di saf hadapan.Lumrah manusia.

Nu'man bin Basyir RA berkata,aku mendengar Rasulullah saw bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk orang-orang di saf pertama." (HR Ahmad.Dihasankan oleh Albani dalam Shahih at-Tarhiib)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk orang-orang di saf pertama." (HR an-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Berdasarkan dua buah hadis yang dinyatakan di atas,Rasulullah saw menjelaskan bahawa Allah SWT dan para malaikat mengucapkan selawat kepada orang-orang yang berada dalam saf hadapan ketika menunaikan solat berjemaah.

Tetapi berbeza pula bagi jemaah wanita.Ini dinyatakan oleh Nabi saw melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA,sabdanya:

Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan,dan yang terburuk ialah yang paling belakang,dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir,dan yang paling terburuk ialah yang paling depan.(HR Muslim)

Sumber:Buku 11 golongan yang didoakan malaikat-Walid Faruqi

Pesanan:Harap bertanya yang lebih arif untuk lebih lanjut berkenaan solat saf di hadapan.

Tuesday, December 11, 2012

Lengang je klinik cuti sekolah ni


Nak kan perkhidmatan terbaik.Pergilah ke klinik-klinik kerajaan berdekatan anda.Tapi pergi waktu cuti sekolahlah.Waktu ni nak tengok orang sakit boleh dikira dengan jari.

Kenapa ye?Cuti sekolah sakit pun cuti juga ye.Begitulah yang terjadi di klinik berdekatan rumah saya.Kalau hari bukan cuti sekolah datang jam 4.30 petang,hmmm lama lah nak boleh dirawat.Ramai sebelah petang.

Bila cuti sekolah ni,kalau nak datang 5 minit sebelum klinik tutup,tetap dilayan.Kelasss ko jah!

Agaknya ramai yang ke klinik kerajaan pelajar-pelajar sekolah dan kakitangan sekolah kot...ye lah free percuma tak kena bayar.Saya sendiri bukan tak biasa pergi time bukan cuti sekolah,biasanya orang tak ramai pun perkhidmatannya lambat juga.Ntah apa yang syok dibualkan oleh pekerja di kaunter pun saya tak tahu.Kalau orang ramai lagilah lambat.

Ni pemandangan biasa cuti sekolah,saya tengok sampaikan MA pulak keluar bilik cari pesakit.Sebab bila panggil nombor tak masuk-masuk lagi.Perkhidmatan terbaik tu kan.

Sebab tu saya tengok ramai lebih rela ke klinik berbayar demi tidak mahu menunggu lama.

Pesanan:Saya tak tuju kepada semua klinik kerajaan tau,hanya sebahagian je perkhidmatannya teruk.

Friday, November 30, 2012

Beruntung dia punyai suami sebegini


 Abil dan Gee....pasti ramai yang sudah tahu kisah mereka.Saya suka melihat kemesraan mereka berdua.Abil sangat romantik dengan isterinya.

Walaupun isterinya kini isterinya hanya terlantar di atas katil tetapi layanan kelas pertama diberikan kepada isterinya itu membuatkan saya sangat kagum.

Baru-baru ini saya ada menonton kisahnya di TV,saya suka sangat bila dia kata lebih kurang cam ni lah ye

"Isteri saya menjerit tanpa henti,tapi hebatkan isteri saya,walaupun begitu suaranya tidak hilang". Katanya lagi "Waktu sihat isteri membebel,waktu sakit pun dia membebel"...lucu bercampur sedih saya lihat Abil berkata-kata.



Kasih sayang seorang suami seperti Abil sangat saya kagumi.Sepanjang menonton rancangan tersebut ada linangan air mata mengalir di pipi saya.Tabah dan penuh semangat Abil menjaga isterinya yang terlantar di atas katil.Sedih bercampur gembira melihat dia sayang sangat isterinya walaupun berkeadaan sebegitu.

Saya petik sedikit dari majalah Harmoni 1-15 Oktober:

"Isteri saya merupakan seorang penghidap asma.Pada 22 Jun tahun lalu,dia diserang asma yang teruk sehingga sukar untuk bernafas ketika sedang tidur.Dia mengejutkan saya dan meminta saya memanggilkan ambulan. "Panggil ambulan" itulah ayat terakhir yang saya dengarkeluar dari mulutnyakerana sehingga kini,dia tidak mampu untuk bercakap langsung."

Pada saya sukar untuk berjumpa suami seperti ini yang sanggup susah dan senang bersama ketika sihat dan ketika sakit.Saya lihat daripada cara dia melayan isterinya sangat penuh kasih sayang.Terharu sungguh saya melihatnya.

Dan yang penting dia tidak lupa untuk membaca ayat suci al-Quran sebagai hiburan halwa telinga dia dan isterinya.

Untuk cerita lanjut berkenaan suami isteri ini boleh lawati blog Abil-Warkah Untuk Isteri.
Jangan lupa sediakan tisu untuk mengelap air mata anda.

Pesanan:Suami zaman sekarang?Sanggup ke?Jangan waktu cantik dan sihat je sayang.....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...