Showing posts with label Taska Di Rumah. Show all posts
Showing posts with label Taska Di Rumah. Show all posts

Wednesday, April 15, 2015

Kesibukan Menguruskan Taska Baru

Alhamdulillah ...impian menjadi kenyataan.Berkat usaha dan doa dari semua yang menyayangi diri ini,akhirnya dapat ramai anak.Bukan seorang tapi hampir 20 orang semuanya.Termasuk Taska Di Rumah.




Itulah taska saya.Taska Mutiara Ibu,yang berlokasi di Taman Benta Permai,Benta,Pahang.
Bermula dengan menjaga anak jiran secara suka-suka (dah tak keja,jadi boring duk umah goyang kaki),maka saya mula berdaftar sebagai Taska Di Rumah Ibu pula.






Semenjak dari itu semakin bulan semakin tinggi permintaan untuk menjadi pengasuh anak-anak jiran sekitar Kuarters Guru Benta.Semakin ramai ingin menghantar anak masing-masing.Sedangkan saya tidak mampu menguruskan seorang diri dan terhad sehingga 9 orang kanak-kanak sahaja.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk mengikuti Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara (KAP).

Setelah hampir sebulan mengikuti kursus tersebut,saya pun pulanglah ke kediaman saya dan mulalah mencorak-corak langkah-langkah yang perlu di ambil untuk peringkat penubuhan Taska saya itu.

Ianya tidak semudah yang disangkakan.Saya kerap keluar bertemu orang itu,orang ini untuk melengkapkan segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui syarat-syarat untuk buka taska boleh layari laman web JKM sendiri atau bertanya dengan pejabat JKM yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Sebenarnya ianya telah beroperasi sejak bulan Oktober 2014 lagi.Namun dengan rasminya ianya beroperasi pada 12 Januari 2015.Alhamdulillah kini sedang menerima semakin ramai kanak-kanak untuk memasuki taska ini.Dan dengan rasminya juga Taska saya sudah pun berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bermula 27 Oktober 2014.Ianya sah sehingga tahun 2019 selama 5 tahun.Dan had kemasukan kanak-kanak seramai 15 orang.

Kini saya mempunyai 2 orang pekerja di Taska Mutiara Ibu dan seorang pekerja di Taska Di Rumah Ibu.


Saya bergambar di hadapan Taska Mutiara Ibu.
Mohon doa yang baik-baik sahaja.
 Inilah yang menyebabkan kesibukan nak update blog.hehehe

Pesan:Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.


Saturday, October 05, 2013

Alhamdulillah,akhirnya sampai juga sijil TASKA saya



Sebelum ni saya ada buat entry pasal Taska Di Rumah di SINI.Mulanya memang saya marah sangat.Ye lah,lama saya jaga budak,hampir 10 tahun tanpa sebarang masalah,tiba-tiba datang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumah.Sebabnya dapat laporan saya jaga ramai budak.Laporan dari siapa saya kurang pasti,yang pasti memang ada orang yang buat laporan.

Tapi saya kena muhasabah diri,tenangkan diri dan anggap semuanya pasti ada hikmah disebaliknya.Betul,sekarang ni saya rasa lega.Kalau saya jaga ramai pun saya tak perlu rasa takut-takut,sebab sekarang Taska saya telah berdaftar dengan JKM.Saya pun dapat ilmu baru bahawa jika saya menjaga lebih dari 4 orang budak dan kurang dari 10 orang budak,saya hanya dikategorikan sebagai TASKA DI RUMAH.Saya tidak seperti Institusi Taska yang lain,yang perlu lebih detail perkara-perkara yang perlu ada sebelum sesebuah taska dijalankan.

Sijil saya pun dah ada,jadi saya hanya perlu lebih bersemangat menjaga budak-budak ni dengan lebih baik.Jadi daripada cerita saya ni,saya perlu terima hakikat bahawa,selalu bersyukur dengan apa yang ada dan jangan mudah melatah.Setiap kejadian adalah untuk kebaikan kita pada masa hadapan.

Pesanan: Buat yang jaga anak-anak ramai di rumah tu,eloklah check website JKM untuk keterangan lanjut.Takut kena denda je.

Tuesday, August 27, 2013

Taska Di Rumah-Dah daftar belum?

Sekarang ni ada pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),memantau juga orang-orang perseorangan yang menjaga kanak-kanak di rumah sendiri.

Kita perlu maklum bahawa Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori Taska:

1)Taska Di Rumah
Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak untuk dijaga dalam rumah orang yang didaftarkan di bawah Seksyen 7.

2)Taska Di Institusi
Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan.

Yang lain-lain boleh baca kat laman web JKM.

Saya dalam kategori Taska Di Rumah.Okay ceritanya begini.Dah hampir 10 tahun saya jaga budak.Semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah.Ye lah mula-mula saya hanya menjaga anak dari seorang je majikan.Anak-anak mereka pun dah besar,ada yang saya tak jaga lagi.

Selepas itu datanglah seorang lagi cikgu minta tolong saya jagakan anak kerana pengasuh lama baru mengandung anak sulung.Okaylah saya terima.Tak lama lepas tu datanglah lagi seorang cikgu minta tolong saya jagakan anaknya kerana pengasuhnya nak berniaga.Okay saya terima.Setakat tulah dulu.Saya jaga penuh kasih sayang,jaga sebaik mungkin.

Atas niat suka menolong,saya di uji lagi untuk menerima lagi seorang anak cikgu atas alasan peribadi,namun saya melihat kemampuan diri,saya masih boleh uruskan kesemua anak jagaan saya.Saya terima.Jagalah saya anak-anak ini dengan baik dan tanpa menyusahkan sesiapa pun.Lagipun sekarang pun semua dah berjalan.Kalau yang ahli baru tu dari adik beradik yang sama.

Akhirnya setelah bertahun-tahun saya menjaga anak-anak ini,tiba-tiba saya di uji dengan kehadiran pegawai Jabatan kebajikan Masyarakat yang hadir di depan pintu saya meminta izin untuk masuk ke rumah memeriksa anak jagaan saya.

Saya terpana seketika,saya cuba bertanya bagaimana mereka tahu saya menjaga anak-anak cikgu di sini.Kata mereka tu akak tak perlu tahu,kami datang untuk memantau siapa-siapa yang jaga budak,tanya-tanyakan orang-orang di sini.

Saya pasti ada aduan telah dibuat.Jika tidak masakan pegawai tersebut terus mengetuk rumah saya dan minta izin masuk ke rumah tanpa bertanya terlebih dahulu sama ada saya ada jaga budak atau tidak.

Saya tak kisah,tapi kasihan majikan-majikan saya jika saya tidak dibenarkan menjaga budak lagi.Sangkaan saya meleset,mereka masih belum mahu mendenda saya,sekadar ingin memberi penerangan tentang penjagaan kanak-kanak di rumah ni.Saya hanya perlu mendaftar kerana menjaga lebih dari 4 orang kanak-kanak (tidak termasuk anak sendiri)bagi mengelakkan dari di denda RM2000(lain kali jika diorang datang lagilah).Dan saya juga ditawarkan jika berkelayakan untuk menerimaa geran Taska bernilai Rm3000 (Insentif Taska).

Saya pun ikutlah arahan seperti yang telah diberitahu.Jadi sekarang saya tidak risau lagi.Syarat untuk jagaan kanak-kanak di rumah tidak sama seperti Taska Institusi.Itu yang penting.

Rupanya saya perlu berterima kasih kepada pengadu yang buat aduan tu lah.Kalau tak saya tak tahu ada kategori Taska Di Rumah.

Jadi kepada pengasuh di rumah di luar sana,eloklah mendaftar,tak susah pun.Tak banyak pun RM60 je.Nanti kalau dah didenda itu yang susah.

Pesanan: Kita kena rajin bertanya jika tidak tahu...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...