Sewaktu dah hampir sampai ke sana,suami beritahu ada Masjid Beijing.Saya pun baru tahu,itu tandanya dah lama tak kesana.Saya singgah sewaktu nak balik.
Saya bergambar di hadapan Masjid Beijing
Inilah pemandangan dari luar Masjid Beijing.Sekali pandang seperti berada di Negara China.Tapi hakikatnya Masjid ini terletak di Rantau Panjang,Kelantan,Malaysia.
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing kerana lebih mirip seperti Masjid di China.
Sedikit info tentang Masjid Beijing ini:
- Dirasmikan pada Ogos 2009
- Bercirikan seni bina China dan Islam
- Menyerupai Masjid Niujie yang berusia 1000 tahun di Beijing China
- Kos selenggaraan RM8.8 juta
- Boleh menampung 1000 jemaah pada satu-satu masa
Pemandangan pintu gerbang Masjid Beijing.
Jadi jika anda bercadang untuk shopping di Rantau Panjang,singgahlah ke Masjid Beijing ni,tapi bukan sekadar nak bergambar,tunaikan lah solat ye....
Dan semalam juga saya jumpa blogger di Rantau Panjang.....siapa kah dia?Esoklah saya cerita ye...
Pesanan:Tengah bulan ni ada cadangan bawa semua family dan adik beradik ke Kelantan,Masjid ni jadi tempat wajib untuk pergi.