My Girlfriend is Gumiho
Selepas kahwin baru layan pula cerita Hindustan.Hindustan ni sebab nostalgia lagu-lagu cintanya.Cerita Jepun tu suka sebab nak tajamkan lagi penguasaan bahasa Jepun yang saya sudah pelajari dulu.Masih ingat tak lagi cerita Jepun permainan bola tampar yang power tu.Ala yang sebut "summersout!" setiap kali nak tampar bola.Syok je ceritanya.Tak ada dah cerita macam tu sekarang ni.
Sekarang ni orang suka cerita Korea pulak.Kumpulan K-Pop Korea pun dah timbul semacam je.Tapi tak boleh tahanlah fesyen mereka ni.Saya layan sikit-sikit lagu diorang bolehlah,sebagai minat bersama anak-anak.Siapa nama group tu..ala...Super Junior ke..Ze:a ke 2pm...ala bedal je lah...
Cerita yang sudah ditonton:
1.Full House
2.Sassy Girl Chun Hyang
3.My Girlfriend Is Gumiho (Nine Tailed-Fox)
4.Secret Garden
Yang masih dalam list untuk ditonton:(ada simpanan dalam komputer saya)
1.Boys Over Flower
2.One mom Three Dad
3.Cinderella Man
4.A Millionaire First Love (Movie)
Hanya menunggu masa lapang je untuk menontonnya.Biarlah cerita tu dah lama,saya merasakan ia baru lagi sebab seronok menontonnya.
Pesanan:Biasanya saya menonton sebelah pagi sambil buai budak dalam buaian.Itu kira free time le.