Showing posts with label Ikan Terubuk. Show all posts
Showing posts with label Ikan Terubuk. Show all posts

Wednesday, February 06, 2013

Kipas syiling halau lalat...


Susah sangat nak halau lalat.Letih halau guna tangan.Apa kata praktikkan macam orang jual ikan ni buat.Diorang guna kipas syiling size kecil je yang disambung pada elektrik.Senang je lalat tu lari.Saya ambil gambar ni sewaktu di Sarawak.

Pesanan:Bolehlah cuba,tapi awas!Tutuplah waktu customer datang,kang dengan tangan-tangan customer hilang.

Wednesday, January 30, 2013

Terubuk Goreng-Mengancam!


Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.Sudah cukup masin,tidak perlu kicap.Makan  sehingga tidak sedar nasi bertambah.Jadi awas untuk mereka yang berdiet.

Saya goreng garing dulu ikan.Kemudian ketepikan.Barulah digoreng bawang-bawang dan cili merah atau cili api.Kemudian satukan digaulkan sebati.Fuh!!! Terangkat.Ikan terubuk sederhana besar ni kurang sedikit tulangnya berbanding terubuk yang besar.

Cubalah!

Pesanan:Beli banyak-banyak buat stok jika tiada selera makan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...