Showing posts with label Hiasan kek. Show all posts
Showing posts with label Hiasan kek. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Kek Coklat Cappucino Segitiga -Saji Mac 2012

Biasa tak mencuba resepi-resepi dari majalah masakan.Eloklah dicuba ye,jangan asyik membeli dan membelek-belek aje majalah tersebut.Tak cuba mana nak tahu sedap ke tidak kan.

Ini gambar dari majalah Saji keluaran Mac 2012.Cara hiasan yang sangat menarik.

Ini hasil yang saya buat setelah mencubanya untuk pertama kali.Memang sangat sedap.Lebih-lebih lagi penggemar kopi.Baunya sahaja sudah cukup menggambarkan keenakan kek ini.


Saya buat kek nipis,tidak seperti yang majalah Saji buat kerana menggunakan acuan segi empat yang besar.Inilah hasilnya setelah di sapukan krimnya dan di potong dua.Ini adalah sebahagian dari kek,masih ada lagi lebihan kek yang belum di sapukan krimnya.

Mari lihat resepinya.
Bahan-bahan:

4 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu besar ovalet
50 ml air
1 sudu besar serbuk kopi nescafe
100 gm tepung kek
25 gm serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
65 gm mentega (dicairkan)

Bahan Mentega Krim Kopi:

90 gm lemak sayuran
50 gm mentega
190 gm gula aising
30 gm serbuk kopi nescafe(dicairkan)
1 sudu besar air panas

Cara Menyediakan:
1. Sediakan mentega krim kopi.Pukul lemak sayuran,mentega dan gula aising sampai kembang.
2. Kemudian masukkan bancuhan kopi dengan air panas tadi ke dalam bancuhan dan gaul rata.
3. Bagi menyediakan kek,pukul telur,gula,ovalet,air dan serbuk kopi hingga kembang.
4. Ayak tepung,serbuk penaik dan serbuk koko ke dalam bancuhan tadi dan gaul rata.
5. Masukkan mentega cair dan gaul rata.
6. Tuang ke atas tin pembakar empat segi dan bakar pada suhu 180darjah selsius selama 30 minit.
7. Sejukkan,potong kepada bentuk segitiga.
8. Sapukan coffee buttercream.

Nota:Saya tidak guna jenama nescafe,boleh guna kopi lain pun.Saya juga membakar tidak sampai 30 minit kerana kek yang saya buat nipis tidak tebal.

Pesanan:Jaga-jaga dengan kandungan gula yang banyak,manis sangat pun tak baik untuk kesihatan.

Tuesday, March 06, 2012

Kek Harijadi Warna-Warni

Hari Isnin (semalam) genap dua tahun anak ke 6 saya merangkap anak bongsu saya.Maka oleh kerana kami sibuk,jadi tak sempat nak buat jamuan hari lahirnya.Saya pula nak keluar cari kek pun tak berkesempatan.

Oleh kerana bahan-bahan dah ada,bolehlah buat kek yang ringkas untuknya.

Saya tengok blog-blog lain sibuk buat warna-warni kek diorangkan..Apa susah,dengan resepi kek span biasa pun saya boleh buat.Sebab tambah pewarna je kan.Jom tengok saya buat kek.Resepi google je lah ye..Saya cuma nak beritahu macam mana warna-warni itu terjadi je..

Bagaimana kek ini terhasil?he he he

Setelah dipotong akan menjadi begini.Tertarikkan,Budak-budak suka warna warni ni.


Inilah potongan dari bahagian di atas.


Jom tengok sini pula.
Mula-mula dah bahagi beberapa bahagian warna,bakarlah satu-satu,kemudian lapiskan dengan krim antara satu lapis ke satu lapis.

Buatlah sampai habis lapis-lapis warna tu.Begitu asyik saya melakukan selapis demi selapis.Letih tau,nak tunggu sejuk dulu,dahlah bekas satu saiz tu ada satu je.



Dah siap,krimkan semuanya.Biar tutup semua kek tu.Krim ler kemas-kemas ye,bawah ni kurang kemas sikit.Tapi okay je...he he he


Hiaslah mengikut citarasa anda.Saya suka warna-warni di luar juga...


Inilah birthday girl nya...Arissa (baju belang) dan kakaknya Anis  tolong pegangkan pisau kek.
Selamat Hari Lahir Arissa!

Pesanan:Kasihan anak-anak,dah lama umi tak buat jamuan untuk kawan-kawannya.Masalah masa yang sangat sibuk.Tapi umi tetap luangkan masa buat kek ni.

Friday, September 23, 2011

Kek Pelangi berubah menjadi kek harijadi


nampak tak warna warni kek tu..


Dah lama tidak menerima tempahan kek.Walaupun saya buat secara suka-suka sahaja,bila lama tak buat terasa kekok pula.Saya masih belum mahir lagi dalam pembuatan kek,tetapi setakat yang simple-simple tu bolehlah.

Semalam anak minta buatkan kek harijadi,oleh kerana bahan-bahan ada yang tak cukup,saya cadangkan buat kek pelangi je(bukan kek span).Bila dah siap,kebetulan saya ada simpan aising dalam peti beku,saya keluarkan.Bila rasa okay lagi,saya pun letak aising atas kek tu.Atas je lah,yang tepi tu saya biarkan begitu.Cantik pula.Sebab warna-warni terserlah.

Seperti biasa,saya design atasnya,minta tolong Cikgu Niena tulis dan tambah apa yang patut.Jadi lah kek hari jadi.Cuma lapik bawah kek sepatutnya empat segi,yang ada bulat je,letak aje lah,nampak okay je.

Pesanan:Teringat kek kahwin adik baru ni,sedap betul.Bila tanya rupanya kek Secret Recipe.Patutlah sedap.Mesti mahal kan.

Friday, June 10, 2011

Cara membuat hiasan di atas cup cake


Macam-macam hiasan boleh kita corakkan di atas cup cake kita.Yang pentingnya kretiviti seseorang dalam membentuk sesuatu rekaan.Contoh seperti di bawah ini.

Setelah disapu rata di atas kek aising putih,menggunakan nozel berbentuk bintang,buat lengkungan kecil sekeliling kek menggunakan aising berwarna kuning.
Juga di bahagian tengah lengkungan sederhana kecil.Di antara lengkungan tersebut menggunakan warna hijau tetapi nozel bintang yang sama,corakkan berjarak antara satu sama lain,


Menggunakan nozel untuk tulisan,hanya bermain dengan bulatan menaik sedikit menggunakan warna merah jambu,corakkan di antara warna hijau tadi.Dan juga bulatan menaik membesar sedikit di bahagian tengahnya. Maka ini hasilnya.


Contoh seterusnya:
Mula-mula setelah disapu rata kek dengan aising,gunakan nozel berbentuk bintang,aising kuning,tekankan corak,jarakkan antara satu sama lain di sekeliling cup cake.

Selang-selikan pula dengan warna lain di antara yang kosong dengan warna hijau pula.


Kemudian buat sekeliling berselangseli warnanya hingga penuh ke bahagian tengah.

Beginilah bila dah siap.Nozel bentuk bintang.

Pesanan:Nanti saya share lagi bentuk yang lain ye.Ilmu dikongsi lebih seronok.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...