Saya beli dapur baru untuk rumah baru.Punyalah teruja nak mencuba,tak baca langsung cara penggunaannya.
Kesudahannya,kena menunggu lama baru boleh guna dapur tu.
Begini ceritanya,
Inilah dapur yang saya beli,jenama pensonic ye....beli pun yang canggih sikitlah 3 penunu,biasa saya guna 2 penunu je.Tak reti nak guna banyak-banyak penunu ni.
Ini rupanya bila dikeluarkan.Sekarangkan fesyen dapur berkaca.Tu kalau ketu dengan tukul pecah tak?He he he...
Jadi kami pun beli gas dan beli kepala gas yang ini.Kononnya suami kata mudahlah nak tutup kalau kita takde kat rumah lama.Saya pun mulalah 'ketik' dapur tu.'Ghah'!Kuat bunyinya angin tu,tapi tak juga keluar api dapur tu.Masa ni lah baru lah terkial-kial baca buku panduan penggunaan yang disertakan.Hah amik kau!Rupanya tak boleh guna kepala gas bertekanan tinggi.Pergi balik ke kedai cari yang biasa.
Ha tu dia.Inilah kepala gas yang sesuai digunakan untuk dapur ni.Jadi bila dah tukar kepala gas baru,kami mulalah nak buka api dapur.'Ketik' punya 'ketik',tak menyala pun.Apa pula masalahnya kali ni.Aiiiii...perut dah lapar ni,nasi tadi jerang periuk elektrik nak hampir masak ni.Lauk tak boleh masak lagi.
Bacalah lagi buku tu.Rupanya bawah dapur tu ada tempat letak bateri.Kami pun periksalah,Sah!Takde bateri.Pergilah anak sulung ke kedai lagi beli bateri pula.situ je dah banyak 'hengget' (RM),habis dah.Ini kes tak baca buku yang disertakanlah ni.Berlagak hero gitu.
Tu dia tempat letak bateri kosong.Kenapalah syarikat tu supply bateri terus.Saya pula mana lah pernah guna gas pakai bateri.Biasa beli,pasang kepala gas,sambung wayar gas,dah boleh guna.'Ketik; je terus keluar api.
Jadilah sebagai pengajaran kepada saya.
sekian...
Pesanan:Apa ye perkataan yang sesuai nak ganti perkataan 'ketik'.Saya pun tak tahu bahasa negeri mana tu.Main hentam je.