Tuesday, February 04, 2014

Homestay atau hotel?


Kebiasaannya homestay menjadi pilihan untuk bercuti bersama keluarga.Lebih-lebih lagi jika keluarga besar.Saya sendiri akan mencari homestay jika saya hendak bercuti ke mana-mana.Maklumlah keluarga besar.

Antara ciri-ciri homestay pilihan saya ialah yang mempunyai peralatan dapur yang lengkap untuk memasak.Ini langkah penjimatan yang banyak,jika saya bercuti bersama keluarga.Saya suka kalau dapat memasak sendiri.

Selain itu,jika ada mesin basuh lebih baik.Sebabnya,saya tidak perlu bawa banyak kain baju kalau rasa nak menginap lama di sesuatu tempat.Basuh je baju jemur sekejap,keringlah dia,sementara kita keluar berjalan-jalan.

Kalau dibandingkan dengan hotel,ruang bilik je dah sempit,katil pun ada dua je.Kalau keluarga saya satu bilik tak cukup,mau kena tempah 2 atau 3 bilik.Ha berapa pula harga kena bayar kan.Tu belum lagi hal-hal makanan,biasanya kupon makan satu bilik untuk 2 orang je.Kalau yang lain nak makan pagi sekali kena bayar harga lain lah pulak.Kos lagi tu.

Tapi saya duduk hotel juga sekali sekala terutamanya jika anak-anak nak mandi kolam.Semalaman jadilah,maklumlah mandi kolam dari pagi sampai petang pun,budak-budak ni suka sangat.


Saya pernah bercuti di Sarawak bersama Cikgu Niena.Kami memilih untuk tinggal di homestay.Untuk makan sepanjang penginapan 3 hari 2 malam memang tiada masalah.Kami memasak je.Sangat jimat.Beli barang mentah boleh masak banyak,boleh makan banyak.Lagi-lagi kami 2 family besar.

Keluasan ruang tamu,bilik-bilik yang lengkap dengan perabot,sangat menyelesakan kami sekeluarga.Mudah nak bergerak dan tak statik satu tempat je,sebab ruangnya luas.Anak-anak pun bebas bergerak.

Kalau hotel,duduk je lah terperap kat dalam bilik tu,kalau nak berjalan-jalan turunlah ke lobi hotel,baru bebas bergerak kan.Tapi semua terpulang pada masing-masing yang inginkan keselesaan.

Jadi mana pilihan anda?Jawapan ada pada anda.


Pesanan: Sambil berblog sambil promosi homestay...okaylah tu kan...hehehe

15 comments:

  1. homestay better kalau nak bercuti secara berjemaah..tp kalau sekadar ber2..better hotel =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cheqna,kalau berdua duk hotel je lah ye..

      Delete
  2. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan...bergantung pada lokasi, kapasiti, keselesaan dan keperluan.
    Dapat homestay Chesu tu memang puas hati! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada keperluan kan...chesu homestay tu memang berbaloi kalau siapa g menginap ke Sarawak,selesa..

      Delete
  3. klu keluarga besar , lbh baik homestay . Tapi tak semua empat percutian ada homestay .

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih sesuai kan kalau keluarga besar,ye lah tak semua tempat ada homestay ye...

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. bagi pilihan nak duk hotel.. sebab jemu duk rumah.. nak duduk cam lain sikit dari rumah.. lagipun kemudahan macam2 der... baru rasa bercuti...
    tapi kalau ramai bolehler duk homestay.. atau kalau nak tidurjer dan banyak aktiviti lain nak dibuat memang pilih homestay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok keadaan lah ye,kalau ada aktiviti elok homestay ye,kalau hotel ni kita rasa lain sikit dari rumah...betul dah tu..

      Delete
  6. bergantung kepada keadaan la. Kalau gi ramai2 elok la dok homestay. Kalo berdua je, dan niat bercuti tu untuk bercuti semata2, dok hotel lagi best. Takpun gi bercuti yg hanya nak berjalan dan hotel tu pulak hanya utk tidur je, elok dok hotel gak. Homestay ni bagus, sebab boleh buat kita feeling macam kat rumah gitu.

    ReplyDelete
  7. Mmg suka pilih homestay.... Sebab klu bercuti mmg ramai ... Semuanya nak ikut... Meriah

    ReplyDelete
  8. Homestay/guest house memang berbaloi. Walaupun pergi berdua kalau duduk homestay masih boleh dikira murah berbanding hotel.

    Kalau ada sesiapa nak ke KL/selangor, boleh tinggal di Alhana Inn.
    Yang ni memang best, sebab luas dan ada kemudahan kolam renang.
    Yang paling best, semua aircond.

    kalau nak info lanjut, boleh google atau pergi je website diaorang
    www.alhanainn.com

    ReplyDelete
  9. kalau ramai better amik homestay
    mcm saya berdua je selesa amik hotel..

    akak, mmg kena tadah air byk byk dah.ghopenya kawwsan sy pon kena catu.huhu.
    zon 1 peringkat ke4

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ramai2...boleh share kan..

      kena catu dah ke...uih...susah ni,anak-anak jagaan ramai ni..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...