Sunday, June 02, 2013

Jangan bercakap,tutup handphone,anak-anak jangan buat bising.


Macam-macam yang hendak saya kongsikan pada cuti sekolah kali ini.Mana yang sempat saya updatekan,jika tidak tunggu masa lapang yang lain pula.

Di kejiranan rumah mak saya,kami sekeluarga di jemput menghadiri jemputan pernikahan anak jiran perempuan yang baru berusia 19 tahun dan pasangannya berumur 28 tahun.Tindakan bijak seorang ibu yang tidak mahu melihat anaknya dibawa ke hulu- ke hilir tanpa ikatan sah.Maka dibuat keputusan yang amat tepat menikahkan anak perempuannya dengan pasangan pilihannya dengan secepat mungkin bagi mengelakkan fitnah masyarakat sekeliling.Kita harus bersangka baik dengan keluarga pihak perempuan.

Apa yang ingin saya kongsikan,adalah keadaan atau situasi sewaktu pernikahan itu dijalankan.Kebiasaannya sebelum dinikahkan pasangan tersebut,toka kadi akan memberikan penerangan,sedikit tazkirah seperti tanggungjawab suami isteri dan yang berkaitan.

Sudah lumrah tetamu-tetamu suka sangat berbual sesama sendiri walau berada di mana-mana majlis sekalipun.Oleh kerana pengalaman tok kadi dengan keadaan sedemikian,tok kadi memberi sedikit amaran dalam nada yang tegas kepada para tetamu,terutama kaum wanita.

Antara yang dikatakan "sila tutup atau senyapkan handphone anda" "yang tak habis berbual tu teruskan berbual...saya boleh tunggu lagi..saya boleh mulakan sejam lagi...saya bercakap puan bercakap mana nak dengar" "anak-anak yang menangis tu silalah bawa keluar dewan,agar majlis ni berjalan lancar".

Tabiat sungguhkan orang kita ni,suka sangat sok sek sok sek...mana lah tak marah tok kadi tu.Tapi malam tu,majlis berjalan lancar dan segala tazkirah tentang rumah tangga dapat didengar jelas dan dikongsikan dengan yang hadir.

Ingatlah,jika kita ingin majlis kita dihormati tetamu,kita harus menghormati majlis orang lain juga.Lebih-lebih lagi berada di dalam dewan di dalam kawasan masjid,elakkan berbual perkara yang tidak penting.

Pesanan:Tutup je atau buat vibrate je handphone tu,majlis pernikahan pun bukan mengambil masa berjam-jam.

4 comments:

  1. Betul3..

    Sayapun tak suka jika ada orang yang bercakap di depan, lepas tu yang kat belakangpun sibuk nak bercakap sama.. Macam tak tau adab je dok potpetpotpet kat dalam majlis...

    ReplyDelete
  2. Menghormati majlis...jika tidak jangan sertai!
    Adap dan sopan mesti di jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,jika kita tidak hormat majlis orang,bagaimana orang nak hormat majlis kita nanti kan..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...