Saturday, January 26, 2013
Kek Lapis Sarawak
Dah sampai Sarawak rugilah kalau tak beli bawa balik kek lapis ni.Murah je kat sana RM10 je.Beli banyak lagi dapat murah.Tapi tempat nak membeli tu kena lah tanya orang Sarawak sendiri,yang mana sedap.Mujur isteri Mr Hussein yang buat kek lapis ni.Saya beli tanpa ragu-ragu.
Biasanya ada tester.Anak-anak saya makan tester ni macam makan kuih raya,kejap-kejap ambil rasa.Rasanya perasa yang sama yang tentu sedap banyak kali di ambilnya.Malu seketika...hahahaha
Saya berkesempatan melihat sendiri cara kek lapis dibuat.Sebab MRS Hussein yang buat....
Uihhh...payah jugak..Cerewet betul.
Dah siap ni...kena tunggu sejuk dulu baru boleh potong...Sedapnyaaa....Yang kecil ni katanya 2 jam boleh siap.Yang panjang kat bawah ni tak tanya pulak...
Perisa sekarang ni ikut suka kita je nak letak.Nama pula ikut trend semasa.Ada kek pelangi senja,ombak rindu,kek mint,kek coklat chip,kek cadbury...fuh!!!macam-macam nama ni....
Ini cara pembungkusan.Saya nak bawa naik flight.Letak dalam kotak susun elok-elok.
Ha jinjing kat tangan je.Tak payahlah nak pergi timbang-timbang.Tak banyak pun.Masuk pesawat nanti letak kat atas tempat duduk.Habis cerita.
Jumpa lagi Sarawak!
Pesanan:Ruginya beli sikit....memang sedap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.