Sunday, September 30, 2012

Tabung Haji semakin bagus perkhidmatannya

Perkhidmatan perbankkan Tabung Haji sekarang sudah semakin canggih dan moden.Sesuai dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dan semakin berkembang baik sistem IT di negara kita.
Dah lama saya tidak ke tabung haji,kalau ke sana pun nak masukkan duit raya anak setiap tahun.Makanya baru-baru ini,saya ke tabung haji Kuala Lipis,terkejut saya dengan banyak penambahbaikan dilakukan di sana.

Masuk sahaja saya ke dalam bank,satu sistem touch screen disediakan untuk mengambil nombor giliran.Kadang-kadang malu saya,sebab terkial-kial dihadapan mesin tersebut.

Mudah sahaja dengan mengikuti arahan yang disediakan dalam screen tersebut,yang tak celik IT,menjadi semakin pandai.he he he...

Setelah mengambil nombor giliran,sementara menanti nombor dipanggil,ada disediakan pula screen tv yang memaparkan nombor giliran seterusnya.Disamping itu terdapat juga info yang baik untuk dikongsi bersama.Kebetulan sekarang ini musim orang pergi haji,makan maklumat dan info berkenaan haji dikongsi bersama.Kita boleh membacanya sambil menunggu giliran jadi tidaklah kita merasa bosan.

Ok.Bila nombor sudah dipanggil,jangan lupa setelah kita selesai berurusan touch sahaja samaada perkhidmatan yang diberikan memuaskan atau tidak.Mudah sahaja interaksi melalui touch screen,Gunakan jari je.....

Sekarang ni tabung haji boleh di linkkan dengan bank lain seperti Maybank,CIMB.Jadi boleh keluarkan duit melalui mesin ATM bank tersebut.

Amacam?Bestkan.Seperti dalam permainan komputer je kan.Mungkin ramai yang sudah tahu lama dari saya,tapi tak salahkan saya berkongsi.

Pesanan:Maaflah kalau ada yang perasan lama saya tak update blog.Saya dahulukan yang penting.

14 comments:

  1. saya pun dah mula menyimpan balik dalam tabung haji..huuuu

    ReplyDelete
  2. simpanan terbaik utk masa depan kan!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum
    Salam kenal sis
    Semakin lama semakin bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam...salam kenal juga..
      terima kasih ye

      Delete
  4. assalam UA..memang banyak perubahan & perkidmatan canggih yg terkini..he2x..mula2 mama pun terkial2 juga waktu menggunakan perkhidmatan begitu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mama...makin hari makin berubah...tahun2 akan datang kita tak tahu lagi

      Delete
  5. Kalau myra sure terkial-kial jugak ha, sebab kadang canggih pun tak reti,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu canggih pun jadi susah jugakan bagi yang tak reti...he he he

      Delete
  6. akak pun dah lama x pi th.. dulu masa kat bp th dekat je tapi bila dok port klang nak p th kena p klang.. dah le jem.. jauh lg so x pegi2 le.. nasib baik dah buat potongan gaji bulanan.. x payah pening2 kpala..

    ReplyDelete
  7. sekarang ni dah mudah,nak masuk keluar duit melalui ATM maybank pun boleh,daftar dulu/linkkan melalui ATM je..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ..memudahkan urusan pelanggan..:)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...