Monday, July 18, 2011

Petua Daripada Rasulullah

Banyak tanggungjawab perlu dipikul selepas berkahwin.

Sebagai surirumah sepenuh masa,seringkali (kadang-kadang ye)juga mereka bergelar surirumah sepenuh masa  merungut tentang bebanan kerja di rumah yang tidak pernah-pernah habis dan semakin banyak..Kerjanya hanya habis apabila sudah masuk tidur.Itupun tidak lena kerana bimbang lewat bangun keesokan harinya,jadi apabila terjaga perkara pertama yang mereka lihat adalah melihat jam.

Tetapi saya insaf apabila terbaca di Majalah Nur keluaran Februari 2009.Mari saya kongsikan.

Marilah wahai kaum wanita kita renungkan bersama:

Kita dihidupkan bukan tujuan bersuka-sukaan semata-mata.Sebaliknya kita didatangkan ke dunia untuk tujuan yang baik,berbuat kebajikan dan melaksanakan tuntutan Allah.

Berdasarkan ajaran Islam,seorang wanita (isteri) sebenarnya tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga.Ini bertujuan untuk membolehkan isteri mencurahkan sepenuh perhatian kepada urusan rumahtangga,mendidik anak dan membesarkan mereka.Hal ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan Ibn Umar,

"Rasulullah bersabda,"Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya.: (Riwayat Bukhari & Muslim)

Namun hakikatnya hari ini,tuntutan semasa yang begitu mendesak memaksa golongan isteri supaya keluar rumah berganding bahu mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga.Komitmen sebagai isteri,ibu dan juga pekerja kepada majikan,secara tidak langsung menjadikan wanita begitu lelah yang kadangkala tidak mampu ditanggungnya sendirian.

Ramai isteri berkerjaya mengimpikan pembantu rumah untuk meringankan urusan rumah tangga.Namun jika suami memahami,maka beban di rumah dapat dikurangkan dengan saling membantu dan bertolak ansur.Lebih daripada itu,insya-Allah kerjasama itu dapat menumbuhkan kasih sayang suami isteri kerana masing-masing  dapat menerima dan mengorbankan kepentingan diri.

Rasululullah tidak ketinggalan prihatin akan masalah keletihan para isteri menangani kerja rumah.Dalam hadisnya,baginda menitipkan petua yang jika diamalkan akan memberikan jiwa yang tenang,hilang keserabutan dan keletihan.

Dari Abu Hurairah katanya, Fatimah meminta daripada Rasulullah(bapanya) seorang khadam(pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja,Jawab Rasulullah,"Engkau tidak akan mendapatkannya daripadaku.Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam?Iaitu, tasbih 33 kali,tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur."(Riwayat Muslim)


Senang jika sentiasa diamalkan.

Pesanan:Walaubagaimanapun,suami isteri mesti saling bantu-membantu.

4 comments:

  1. InsyaAllah sama2 kita amalkan tips yang terbaik ni :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..dkna harap bakal husband dkna boleh membantu dkna dirumah..sama sama susah dan senang

    ReplyDelete
  3. @Dni-ye lah eloklah juga disebarkan...pahala bertambah...

    @Dkna-kena cari betul-betul,sekarang ni susah juga nak cari pasangan sehidup semati...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...