Thursday, July 21, 2011

Pernah terserempak hantu tak?

Arah laluan benda putih,betul-betul lalu dibelakang cermin tingkap dapur dan menyebabkan kain langisr terbang ke atas seperti ditiup angin yang kuat.



Heee...heee....heee.....(sila laungkan seperti hantu)....

Aku datang nak cekik kau!...Keluar cepat dari tempat persembunyian kau!....heee   heee heeeee.......

Hari ni kita bukan nak mengkaji tentang hantu,tapi saja nak beritahu pengalaman terserempak dengan benda putih.Malam tadi selepas solat Maghrib saya ke dapur untuk memasak inti karipap saya.Agak lama di dapur,dalam pukul 8 malam lebih kurang,anak-anak pun naik mengaji rumah ustazah.Jadi tinggal saya seorang di rumah dan berada pula di bahagaian dapur.

Sewaktu di singki saya terperasan suatu benda berwarna putih melalui depan tingkap dapur bahagian tengah yang sedikit terbuka,yang menyebabkan langsir dapur saya seperti ditiup angin yang kuat.

Pada mulanya saya tidak bersangka apa-apa.kerana saya fikir mungkin angin yang bertiup.Tetapi apabila saya lihat semula langsir tersebut,saya perasan angin yang bertiup hanya sekali lalu sahaja.Saya menanti jika ada angin lagi yang akan menyebabkan langsir saya bertiup seperti tadi.Tetapi malangnya tiada angin lagi.

Saya meneruskan kerja memasak saya didapur,dengan bersangka lagi didalam hati bahawa itu adalah angin.Selesai memasak,barulah gerak hati saya menyangka ada sesuatu 'benda' yang lalu sepantas kilat tadi.Benda putih yang saya lihat tadi sebesar tapak tangan dan lajunya menyebabkan kain langsir saya terbang seketika.Waktu tu lah baru saya membaca ayat Kursi.

Saya terus turun ke rumah Cikgu Niena dan menceritakan kejadian tersebut.Terus naik bulu romanya,dan saya yang tadi tidak berdebar,tiba-tiba berdebar sedikit.Dia pun percaya mungkin ada sesuatu yang lalu di bahagian dapur saya.Maklumlah waktu kejadian selepas Maghrib syaitan dan jin sedang berkeliaran.

Pengalaman saya hanya sedikit sahaja.Mungkin pembaca lain lebih hebat pengalamannya.Tetapi sekurang-kurangnya ianya mencabar kekuatan iman saya.

Pesanan: Jangan takut,mereka juga makhluk Allah...

5 comments:

  1. seraaammmmmmm~~ eh dah minta izin suami ke tak gi ruah cikgu niena tu.? hahaha

    ReplyDelete
  2. cik norfa-kalau dah darurat takpe...lagipun g umah bawah ni je...jeles lah tu...ha ha ha

    @misya-tak seram sangat kot...cite orang lain laaagiii serammmmm.

    ReplyDelete
  3. mesti merinding bulu roma jugak kan klo dengar cerita macamni. alhamdulillah, nothing's going right :)

    ReplyDelete
  4. @FIFIEY LYCHEE MARATION-tima kasih singgah blog ni..ye lah mujur takde berlaku apa-apa pada saya.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...