Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Bento Yang Sangat Kreatif

Saya dah lama takde entry pasal makanan.Tiba-tiba dapat idea bila mana kawan sekolah menengah lama saya dulu sering post gambar-gambar bekalan makanan yang sering dia bekalkan kepada anak-anaknya untuk ke sekolah.

Bento ni dalam bahasa Jepun.Jadi dia selalu sebut bento dalam tulisannya.Memang kalau di Jepun Bento tidak asing dibawa oleh sesiapa sahaja yang bekerja di pejabat atau sekolah.

Kawan saya letak nama Emy Borhan dalam fb nya.Setelah memohon keizinannya untuk share dengan pembaca blog saya,baru saya berani publishkan.

Saya sangat tertarik dengan idea kreatifnya setiap hari.Bila dah macam ni rupanya bento tu,semua anak-anak pun suka dan akan bawa bekal setiap hari.

Tapi kalau difikir2kan banyak masa juga dia habiskan nak mereka bentuk makanan tu hehehe.Rajin betul kawan saya ni.

Jom tengok!







Harap-harap perkongsian ini memberi idea untuk anda menggalakkan lagi anak-anak bawa bekalan makanan dari rumah.Air tangan ibu dan bersih lagi.
Bestkan idea ni!

Pesanan:Kena rajin bawa boleh reka macam-macam.

Monday, September 15, 2014

Upsr belum selesai lagi.

Upsr yang sepatutnya sudah selesai namun akibat sikap tidak amanah seseorang maka terpaksa dilakukan semula.Berikut jadual asal UPSR 2014.





Namun demikian apabila 2 kertas soalan bocor iaitu Sains dan Bahasa Inggeris maka satu tarikh ditetapkan untuk murid menduduki semula kertas tersebut iaitu pada 30 September 2014.

Walaupun telah menjawab soalan Bahasa Inggeris,namun Sains tidak sempat kerana sudah dibatalkan awal lagi.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang hal ini kerana rata-rata orang ramai sibuk memperkatakan tentangnya.

Anak saya antara yang terjejas akibat hal ini.Namun saya menganggapnya sebagai satu hikmah dan peluang untuknya memperbaiki kesilapan adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian.

Tidak mahu anak merasa kecewa,saya dan suami serta guru sekolahnya memberikan semangat baru dan harapan kepadanya bahawa inilah peluang untuknya mengulangkaji dengan lebih tekun lagi.Biar apapun berlaku,usaha perlu dilakukan.

Bermula hari ini isnin (15/9/2014),(sepatutnya mereka sudah boleh bercuti panjang),sekolah menggiatkan lagi usaha untuk anak muridnya lebih maju dengan mengadakan kelas tambahan semula.Semoga anak saya dan kawan-kawan dapat menerima segala yang berlaku sebagai satu hikmah dan takdir.Dan akan belajar lagi dengan lebih bersungguh-sungguh.Amin!

Pesanan:Simpan perasaan kecewa jangan ibubapa tunjuk kepada anak-anak.

Sunday, August 03, 2014

Perjalanan pulang lewat 2 jam.




Kalau dah namanya raya mana-mana mesti jem.Lagi-lagi cuti sekolah.Perjalanan pulang ke Kuala Lipis dari Kelantan biasanya memakan masa 5 jam berakhir dengan 7 jam perjalanan.

Itu bertolak hari sabtu.Maknanya kalau bertolak hari Jumaat pun jem,hari Sabtu pun jem hari Ahad apa tah lagi kan.

Jadi jalan penyelesaian bertolak hari sabtu.Kalau lewat sampai pun masih ada satu hari untuk berehat.Lega rasanya selamat sampai.

Itu pun lewat juga bertolak selepas Asar kerana menghadiri kenduri kahwin.Kalau tidak awal lagi sampai.

Jam 6 petang di Machang jalan masih clear lagi.Pada tanggapan saya oklah.Ku ingat panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan.

Memang hujan ok.Sampai Kg Keroh,Kuala Krai dah mula kereta banyak,jalanpun dah slow.Waktu malam anak-anak tak banyak meragam.Mereka tidur.Itu untungnya bertolak lewat petang.

Apapun kami bersyukur sepanjang perjalanan Allah permudahkan.Selamat sampai di rumah walau pun jam sudah menunjukkan angka 12 tengah malam.

SELAMAT PULANG KE RUMAH MASING-MASING DENGAN SELAMAT.

Pesanan:Kita tidak sunyi di jalan raya walaupun jam 1 pagi.

Tuesday, July 22, 2014

Sekarang lega sikit anak-anak dah besar

Anak-anak dah boleh berdikari.Kalau sekolah baju-baju urus sendiri.Kalau nak balik kampung,mereka boleh pilih dan simpan baju sendiri.

Kini saya menguruskan pakaian anak-anak kecil yang berusis 7 dan 4 tahun je.Itupun mereka pun dah boleh isi dan pilih pakaian sendiri.Abang kakak ada lagi memudahkan kerja saya.

Setiap kali selepas berbuka,saya dah boleh urus diri sendiri.Tak perlu nak mengemas sisa makanan dan membasuh pinggan lagi.Masa untuk saya pun ada lah sikit.Begitu juga waktu bersahur.Anak-anak bersama bantu selesaikan apa yang patut.

Baru saya rasa macam mana orang yang ada anak sikit.hehehe...ye lah..dapat rilex sikit.

Setiap tahun kalau naik kereta mesti ada si kecik yang saya pangku di depan.Walaupun dah 4 tahun si bongsu,masih juga nak duduk depan dengan saya.Memang jaranglah saya dapat naik kereta duduk sorang je kat depan.Ha yang ni belum merasa rilex lagi.hehehe...

Apapun saya lega mereka dah besar-besar belaka.Alhamdulillah....

Thursday, July 03, 2014

Kek cheese meleleh jadi pilihan bulan puasa ni

Hari lahir anak saya jatuh pada bulan puasa.Jadi kakaknya rajin ke dapur buat kek.

Kek pilihan ialah kek kesukaan ramai kek cheese meleleh.Meleleh juga lah bila tengok waktu puasa ni.hehehe




Bila dah siap siangnya...tunggu malamlah baru boleh makan.Masa berbuka tak berapa nak pandang.Maklumlah dah kenyanglah tu kan.Tapi bila dah habis solat terawih semua mengadap kek tu.Baru rasa nak makan kan.

Hai...macam-macam hal ye.

Saturday, May 17, 2014

Perginya anak yang soleh

Rutin biasa saya setiap pagi membawa anak-anak taska ke taman permainan. Membuat aktiviti rutin seperti senaman ringan.
Tatkala waktu selesainya aktiviti tersebut,saya berjalan pulang ke rumah,di kala itu,saya lihat jiran baik saya dan suami kelihatan tergesa-gesa menaiki kereta. Sempat saya menegur bertanya arah tujuan.

"Eh Kak Tie nak ke mana ni?".tanya saya.
"Along kemalangan di Temerloh".
"Macam mana?Dia takde apa-apa kan?"tanya saya lagi.
Kak Tie hanya menggelengkan kepala dan senyap.Terus menaiki kereta.

Sebaik tiba di rumah,saya lihat jam lebih kurang 8.45 pagi.Perasaan risau menerpa hati saya. Tidak senang duduk saya.
 Saya mencapai handphone dan mulai menghantar mesej kepada suami.Saya beritahu halnya,dan meminta dia telefon semula suami Kak Tie,Cikgu Rozlan bertanya khabar.
Suami saya dan suami Kak Tie satu tempat kerja. Ironinya saya menghantar mesej sahaja sebab dia sedang jaga budak periksa.

Tak lama kemudian,saya mendapat panggilan dari suami mengatakan anak Kak Tie yang kemalangan tu,meninggal dunia. Terkejut saya.Yang lebih sedih Kak Tie dan suami masih dalam perjalanan ke Temerloh dari Benta, masih tidak tahu yang anaknya sudah tiada. Keluarga di Temerloh merahsiakan hal ini.



Terus bercucuran air mata ini.Mengalir tidak henti.Saya cuba buat panggilan kat Kak Tie,tapi tidak berjaya.

Saya dah resah gelisah di rumah. Sedihnya saya seperti anak saya yang terlibat.Inilah dikatakan naluri ibu.Lagipun saya juga mengenali arwah.
Memang tidak disangka,arwah yang saya kenali sangat berbudi bahasa dengan orang tua,sangat pendiam,sangat berlemah lembut,anak yang soleh...akhirnya pergi jua.

Dia dikatakan baru keluar dari rumah untuk ke tempat praktikal. Dengan menaiki motosikal,sampai di jambatan Temerloh,cuba mengelak sesuatu di hadapan,dia dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta.
Sudah sampai ajalnya.Tanggal 14 Mei 2014 bersamaan 14 Rejab 1435...Berakhirlah kehidupannya menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya selama 22 tahun.

SALAM TAKZIAH.AL FATIHAH....

Saturday, May 10, 2014

Aktiviti di taska 'Sayang Ibu'


Tidak kira tarikh bila ia di sambut. Tujuannya hanyalah untuk mengajar anak-anak agar sentiasa menghargai ibu dan menyayangi ibu.

Ini lah antara aktiviti yang saya lakukan untuk anak-anak taska saya.Saya sendiri tidak war-warkan tarikh hari ibu yang hampir semua orang sibuk memikirkannya.

Sekadar memberitahu kita cipta kad untuk beritahu kita sayang ibu kita . Setiap hari saya bertanya kepada anak-anak taska 'siapa sayang ibu bapa?'...semuanya mengangkat tangan tanda sayang.

Lalu saya mengajak anak-anak menadah tangan dan mengajar doa untuk ibu bapa. Semua gembira.

Semoga anak-anak saya juga begitu. Tanpa ibu siapalah kita.

Jom sama sama berdoa untuk ibu bapa.

Pesanan:Beruntung saya masih ada ibu dan ayah.

Friday, February 21, 2014

Usia bukan penghalang menambah ilmu

Ramai di luar sana terutamanya surirumah tangga merasakan tidak perlu lagi untuk belajar.Ini kerana mereka merasakan hidup mereka akan berakhir di rumah sahaja.

Ilmu bukan hanya belajar di kelas akademik sahaja,belajar banyak cabangnya.Belajar memasak pun perlu untuk menambah skill memasak kita disamping menambah menu baru.Barulah hidup menjadi seronok bila dapat ilmu baru.

Ilmu ditambah juga barangkali menambah pendapatan keluarga.Contohnya boleh belajar membuat kuih,kek untuk dijual.Belajar menjahit boleh upah menjahit baju orang.Hidup bertambah gembira.Usia juga bukan penghalang mencari ilmu.Sesiapa sahaja berhak mendapatkan ilmu.

Saya pula asalnya menjaga budak secara suka-suka,akhirnya saya berdaftar dengan JKM di bawah Taska Di Rumah,dan saya berjaya menambah pendapatan keluarga.Apabila diberi peluang menambah ilmu,saya tidak melepaskan peluang,bakal mengikuti Kursus Asas Permata anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang di Kuantan.

Mungkin dengan kursus yang saya sertai kelak akan mendedahkan kepada saya lebih banyak ilmu yang saya tidak ketahui.Kursus yang bakal saya hadiri selama hampir sebulan ni (bermula minggu hadapan),akan menyebabkan saya perlu berkorban.Saya perlu berjauhan dengan keluarga yang selama ini tidak pernah saya tinggalkan sebegitu lama.Demi mencapai cita-cita murni,saya perlu berkorban.

Sudah terlalu lama saya tidak berada dikalangan kelompok kumpulan yang ramai,pasti saya merasa kekok.Saya perlu biasakan diri.Semoga Allah permudahkan segalanya.Semoga kawan-kawan doakan kejayaan saya.

Mungkin sibuk sedikit,jadi saya akan jarang berblog.Selepas ini saya akan kongsikan pengalaman saya berkursus ye.

Jumpa lagi.

Pesanan: Jauhnya tempat kursus dari rumah saya hampir 5-6 jam,mampukah saya menanggung rindu terhadap keluarga yang ditinggalkan.....

Thursday, January 30, 2014

Cuti panjang ke sempena Tahun Baru Cina ni?

Saya sudah berada di kampung suami Kelantan, menikmati cuti setelah letih bekerja seharian sebulan.Namun demikian sebagai seorang ibu dan isteri,tugas di dapur sentiasa tak pernah cuti.Memasak menjimatkan disamping kebersihan dikawal,

Ada yang mulai bercuti 30 Januari 2014 hingga 4 Februari.Ini bagi sekolah yang sudah pun menggantikan cuti pada sabtu lepas.Namun begitu ada juga yang hanya bercuti sehingga 2 Februari je.Anak-anak saya ada di dua situasi cuti itu.Jadi hendak tak hendak lebihan 2 hari tu kena bercuti di rumah semula lah.Balik awal jugalah saya ke Kuala Lipis.

Saya tertanya-tanya masih sejukkah sesetengah daerah di Kelantan hingga ada yang mencapai sehingga 17 darjah selsius.Namun bila saya sudah tiba di Kota Bharu,jiran saya memberitahu hari ni baru terasa panasnya berbanding sebelum ni dengan cuaca sejuk.Apapun saya bersyukur dengan cuaca yang ada sekaran ni.Tak panas tak sejuk.

Okaylah,sempena cuti panjang ni jagalah kesihatan dan keselamatan diridan keluarga.Yang pasti cikgu sekolah beri kerja sekolah yang banyak kat anak-anak.Tu yang saya dengar anak-anak cakap "umi ,cikgu ni bagi kerja sekolah banyaklah,macam cuti sebulan je"...hahaha...buat je lah anakku.

Selamat bercuti!

Pesanan:Ramai dah rasa perubahan cuaca tidak menentu ni,ada juga budak-budak dan dewasa rasa nak demam je kan.

Monday, January 27, 2014

Ada susah ada senang jika anak satu sekolah dengan ayahnya

Saya baru je habis mendaftar anak lelaki sulung saya masuk ke Kolej Vokasional Kuala Lipis.Baru dapat tawaran untuk second intake.Walaupun suami mengajar di situ,saya tidak mahu bebankannya dengan kerja sekolah lagi,nak daftar anak lagi.Jadi saya lah yang uruskan pendaftaran anak.

Setiap kali saya pergi mendaftar,membayar yuran,ke kedai koperasi,pasti saya berselisih dengan kawan-kawan suami yang juga tenaga pengajar di situ.Setiap kali itulah mereka bertegur sapa dan bertanya tujuan saya ke situ pagi tu.Sah-sahlah saya daftar anak sekolah situ.



Jadi dikeliling anak saya ialah rakan ayahnya,juga rakan kepada saya.Jadi saya dah pesan kat anak saya janganlah buat perangai,belajarlah betul-betul,jaga air muka ibu dan ayah.Maklumlah dah satu sekolah dengan ayahnya.

Ada baik dan tak baiknya bila anak kita ni berada sama sekolah di tempat ayahnya mengajar.Pasti ada yang serba tak kena.Namun saya dah berpesan kepada tenaga pengajar di situ,saya serahkan anak saya pada mereka,buatlah apa yang patut.Dia juga sama seperti pelajar yang lain,tiada istimewanya.

Yang susah,jangan malas buat kerjalah,nanti mulalah ada yang tak senang hati,yang senangnya,pergi sekolah sekali balik sekali dengan ayahnya.kan

Itulah yang paling saya takuti,tapi saya percaya anak saya pandai menjaga diri.


Semoga dia akan lebih berjaya!

Pesanan:Ada 2 orang tenaga pengajar situ yang hantar anak mereka dengan saya,hehehe...anakku di tanganmu,anakmu di tanganku...adilkan...hehehe..saya harap mereka dapat ajar yang terbaik untuk anak saya.

Tuesday, January 07, 2014

Semuanya dah selesai untuk awal tahun ni...

Anak-anak semua dah ke sekolah.Lega hati ini,bila semuanya dapat diselesaikan satu persatu.Memang banyaklah duit keluar untuk bayaran buku-buku dan yuran-yuran sekolah anak-anak.Tanggungjawab tetap tanggungjawab.Yang penting anak dapat belajar dengan baik.

Sebenarnya,ada lagi duit kena sediakan ni.Itu baru awal tahun,lepas ni macam-macam lagi cikgu suruh beli.Ikut pengalaman tahun-tahun lepas,begitu juga,ada je barang cikgu suruh beli.Jadi kena bersedialah ni.


Tiga orang anak saya di sekolah menengah,manakala 2 orang lagi di sekolah rendah dan seorang di tabika.Alhamdulillah,semangat awal tahun,kasut baru,baju baru,serba baru,nak sekolah pun lagi bersemangat bangun pagi-pagi.Semoga berterusan.

Memang bahang kenaikan harga barangan dan serba serbi yang lain sangat kami sekeluarga rasai,maklumlah untuk menyediakan pembayaran yuran untuk semua anak,memang banyak.Mujurlah suami kerja berpendapatan tetap,bolehlah menampung sedikit sebanyak.Tidak mahu mengeluh panjang,saya dan keluarga perlu teruskan kehidupan.Yang penting agama Islam diutamakan.

Hmmm...macam-mana dengan kawan-kawan atau blogger di luar sana?Okaykah untuk awal tahun ni.Sama-samalah kita berdoa kepada Allah mohon dipermudahlan segala urusan dan dimurahkan rezeki.Hanya kepadaNyalah kita memohon dan berserah.

Jumpa lagi!

Pesanan:Rasa nak mengadu....kepada Allah jualah tempat memohon pertolongan.

Thursday, December 26, 2013

Wasabi warna hijau yang terang dan cantik,warna pilihan tahun 2014

Warna cat pilihan rumah saya tahun ini hijau.Lebih kurang macam hijau pucuk pisanglah.Selepas seharian bertungkus lumus mengecat dinding rumah bersama anak-anak,saya sangat puas hati hasil daripada cat tersebut.Betullah kata tokey kedai cat tu,warnanya terang dan cantik.



Jenama Kansai Paint -Crown Emulsion Warna Wasabi 3748B.Kata tokey ini warna baru.Kalau berminat bolehlah cari di kedai cat.Harganya pun murah je RM38 untuk 7 Liter.


Ini di bilik anak dara saya.Disebabkan langsirnya warna kuning dan terpancar pula cahaya petang,warnanya jadi lagi cantik.


Yang ini warna cat di bilik saya.Oleh kerana bilik bertutup hanya di terangi cahaya lampu inilah warna aslinya.



Begitu juga di ruangan makan.Warnanya terang walaupun lampu tidak dipasang.Ini warna di siang hari.


Bila rumah dah di cat baru,semangat nak hadapi tahun 2014 semakin naik.Semangat dan cita-cita untuk menjadi orang berjaya dan berjaya dalam hidup semakin membara.Semoga segala impian saya tercapai.Amin!

Pesanan: Sekadar berkongsi warna cat,sebab saya juga selalu mengambil inspirasi blogger lain yang mengecat rumah menggunakan cat pilihan mereka.

Thursday, December 05, 2013

Hujan-hujan ni,masak apa pun laku.Lagi-lagi Roti Sardin Berkeju


Hujan sudah mulai melanda kawasan pantai timur.Sana-sini sudah kedengaran banjir melanda.Semoga semua mengambillangkah berjaga-jaga agar tidak terjadi kejadian-kejadian yang menyedihkan diri dan keluarga.

Saya yang tinggal di kawasan Benta-Lipis pun dah rasa macam duduk di kawasan sejuk,sebab hujan sepanjang siang dan malam.Air di sungai pun dah naik dan bertukar warna menjadi air teh.Sejak-sejak hujan ni kain jemuran pun 3 hari berjemur (kejap jemur kejap angkat),baru boleh kering.Malam-malam pula dah pandai tidur berselimut tanpa kipas dipasang.

Ha,hujan-hujan ni,perut pun sentiasa lapar.Masak je apa-apa,habis licin dimakan.Lagi-lagi cuti sekolah sebegini,anak-anaksemua ada di rumah,makin bertambahlah menu masakan.

Kalau buat roti apa pun laku macam goreng pisang panas!hehehe...Jomlah buat roti sardin berkeju.Google je kat resepi,macam-macam versi ada.Tak tahu siapa yang empunya original resepi.Tapi yang penting sedap dimakan panas-panas.Buat sekali nak buat berkali-kali.

Bahan-bahan asas,sardin,roti,keju....senang je buatnya..kita bakor je....hehehe.Ikut kreativiti masing-masing.
Cubalah ye.

Pesanan: Kalau beli kat kedai dengan anak yang ramai ni,banyak juga duit keluar,kalau buat sendiri banyak juga dapat.Alhamdulillah!

Saturday, November 16, 2013

Jangan bersedih jika anak kita tidak mencapai keputusan memuaskan

Keputusan UPSR sudah diumumkan.Seperti biasa pasti ada yang mencapai keputusan cemerlang 5A,4A,3A,2A atau 1A.Namun ada juga yang mendapat keputusan kurang memuaskan.

Ibubapa semua,percayalah apa sahaja keputusan yang anak-anak kita dapat bukan kayu pengukur muktamad kejayaan mereka,tetapi ianya sebagai satu langkah untuk kita lebih maju ke hadapan.Memang impian semua ibubapa agar anak-anak mendapat keputusan cemerlang,sama juga seperti saya.

Kenapa ibubapa suka buat perbandingan anak-anak sendiri dengan kejayaan anak-anak orang lain.Ini sering berlaku apabila anak kita gagal mendapat keputusan yang kita impikan.Banyak saya belajar tentang perkara ini.Saya dapati anak semakin kecewa,sepatutnya kita beri semangat.Ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan.

Ibubapa sendiri melihat sendiri bagaimana anak-anak belajar,dari situ ibubapa sepatutnya sendiri tahu pencapaiannya seiring dengan kejayaannya,Namun demikian jika mereka sudah berusaha sehabis boleh,jika itu sahaja keputusan yang mereka dapat,terima je lah.

Perjalanan mereka masih jauh,kejayaan masih boleh dikecapi dengan usaha yang bersungguhg-sungguh.Pernah dengar tak,ada yang pernah gagal mereka bangkit semula,kini menjadi orang berjaya.Biasakan kita dengar.Jadi jangan menghukum anak-anak jika mereka anak yang baik.Pasti mereka lebih kecewa.

Berilah semangat,nasihat dan dorongan agar mereka berjaya suatu hari nanti.Yang penting ingat kepada Allah,mohonlah kepadaNya.

Semoga kejayaan anak-anak yang lain menjadi pendorong untuk mereka lebih berjaya.

Pesanan:Ini juga buat peringatan buat diri saya juga.Sebab anak pun sekadar mendapat 3A2B.

Wednesday, November 06, 2013

Anak-anak yang mati sebelum baligh,dimana kedudukanmu?

Damailah engkau wahai anak-anak kecil yang meninggal dunia sebelum usia balighmu.Syurga menantimu wahai anak-anak.Tenanglah dan bergembiralah wahai ibu dan ayah,anak-anakmu menanti di sana.

Terdapat banyak info berkaitan dengan hal ini.Di mana kah kedudukan mereka yang mati sebelum usia baligh.

Antaranya:

Anak orang islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Hal ini termasuk dalam kesepakatan semua para ulama. Al-Imam Ibn Kathir berkata:
فأما ولدان المؤمنين فلا خلاف بين العلماء كما حكاه القاضي أبو يعلى بن الفراء الحنبلي عن الإمام أحمد أنه قال : لا يختلف فيهم أنهم من أهل الجنة . وهذا هو المشهور بين الناس ( أي عامة العلماء ) وهو الذي نقطع به إن شاء الله عز وجل 
Maksudnya: “Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama (semua mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang dihikayatan oleh al-Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada perbezaan di kalangan ulama, bahawa semua anak-anak orang yang beriman termasuk dari kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami putuskan insyaallah.” (Tafsir al-Quran al-‘Azim 3/33)
Al-Imam al-Nawawi pula berkata:
أجمع من يعتد به من علماء المسلمين على أن من مات من أطفال المسلمين فهو من أهل الجنة ؛ لأنه ليس مكلفا
Maksudnya: “Telah bersepakat para ulama umat Islam yang diambil kira perkataannya, bahawa sesiapa yang mati dari kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.” (Syarh Muslim 16/207)

Sumber: SINI

Pesanan: Kita yang sudah baligh dan berakal ini yang perlu berbuat lebih banyak kebajikan dan kebaikan,kerana kita masih tidak tahu di manakah kedudukan kita?Wallahualam...semoga dikuatkan iman kita agar mati dalam Islam.

Saturday, October 05, 2013

Alhamdulillah,akhirnya sampai juga sijil TASKA saya



Sebelum ni saya ada buat entry pasal Taska Di Rumah di SINI.Mulanya memang saya marah sangat.Ye lah,lama saya jaga budak,hampir 10 tahun tanpa sebarang masalah,tiba-tiba datang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumah.Sebabnya dapat laporan saya jaga ramai budak.Laporan dari siapa saya kurang pasti,yang pasti memang ada orang yang buat laporan.

Tapi saya kena muhasabah diri,tenangkan diri dan anggap semuanya pasti ada hikmah disebaliknya.Betul,sekarang ni saya rasa lega.Kalau saya jaga ramai pun saya tak perlu rasa takut-takut,sebab sekarang Taska saya telah berdaftar dengan JKM.Saya pun dapat ilmu baru bahawa jika saya menjaga lebih dari 4 orang budak dan kurang dari 10 orang budak,saya hanya dikategorikan sebagai TASKA DI RUMAH.Saya tidak seperti Institusi Taska yang lain,yang perlu lebih detail perkara-perkara yang perlu ada sebelum sesebuah taska dijalankan.

Sijil saya pun dah ada,jadi saya hanya perlu lebih bersemangat menjaga budak-budak ni dengan lebih baik.Jadi daripada cerita saya ni,saya perlu terima hakikat bahawa,selalu bersyukur dengan apa yang ada dan jangan mudah melatah.Setiap kejadian adalah untuk kebaikan kita pada masa hadapan.

Pesanan: Buat yang jaga anak-anak ramai di rumah tu,eloklah check website JKM untuk keterangan lanjut.Takut kena denda je.

Thursday, October 03, 2013

Selepas 2 hari bersalin amik PMR

Terkejut?jangan terkejut,inilah hakikatnya.Tapi bagus budak ni,dia ada kesedaran terhadap tanggungjawabnya sebagai pelajar dan anak.Dia masih lagi bersemangat untuk meneruskan pelajarannya dengan mengambil peperiksaan walaupun dia telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya.


Apa-apapun gagal sekali dalam hidup bukan bermakna gagal selama-lamanya.Dia yang masih lemah lagi,masih gagah untuk mengambil peperiksaan PMR.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor, 15, berkata akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.

Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menjalani peperiksaan.

Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.

“Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.

“Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.


Pesanan: Jangan cepat putus asa dalam hidup,ingat Allah sentiasa ada disisi kita

Tuesday, August 27, 2013

Taska Di Rumah-Dah daftar belum?

Sekarang ni ada pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),memantau juga orang-orang perseorangan yang menjaga kanak-kanak di rumah sendiri.

Kita perlu maklum bahawa Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori Taska:

1)Taska Di Rumah
Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak untuk dijaga dalam rumah orang yang didaftarkan di bawah Seksyen 7.

2)Taska Di Institusi
Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan.

Yang lain-lain boleh baca kat laman web JKM.

Saya dalam kategori Taska Di Rumah.Okay ceritanya begini.Dah hampir 10 tahun saya jaga budak.Semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah.Ye lah mula-mula saya hanya menjaga anak dari seorang je majikan.Anak-anak mereka pun dah besar,ada yang saya tak jaga lagi.

Selepas itu datanglah seorang lagi cikgu minta tolong saya jagakan anak kerana pengasuh lama baru mengandung anak sulung.Okaylah saya terima.Tak lama lepas tu datanglah lagi seorang cikgu minta tolong saya jagakan anaknya kerana pengasuhnya nak berniaga.Okay saya terima.Setakat tulah dulu.Saya jaga penuh kasih sayang,jaga sebaik mungkin.

Atas niat suka menolong,saya di uji lagi untuk menerima lagi seorang anak cikgu atas alasan peribadi,namun saya melihat kemampuan diri,saya masih boleh uruskan kesemua anak jagaan saya.Saya terima.Jagalah saya anak-anak ini dengan baik dan tanpa menyusahkan sesiapa pun.Lagipun sekarang pun semua dah berjalan.Kalau yang ahli baru tu dari adik beradik yang sama.

Akhirnya setelah bertahun-tahun saya menjaga anak-anak ini,tiba-tiba saya di uji dengan kehadiran pegawai Jabatan kebajikan Masyarakat yang hadir di depan pintu saya meminta izin untuk masuk ke rumah memeriksa anak jagaan saya.

Saya terpana seketika,saya cuba bertanya bagaimana mereka tahu saya menjaga anak-anak cikgu di sini.Kata mereka tu akak tak perlu tahu,kami datang untuk memantau siapa-siapa yang jaga budak,tanya-tanyakan orang-orang di sini.

Saya pasti ada aduan telah dibuat.Jika tidak masakan pegawai tersebut terus mengetuk rumah saya dan minta izin masuk ke rumah tanpa bertanya terlebih dahulu sama ada saya ada jaga budak atau tidak.

Saya tak kisah,tapi kasihan majikan-majikan saya jika saya tidak dibenarkan menjaga budak lagi.Sangkaan saya meleset,mereka masih belum mahu mendenda saya,sekadar ingin memberi penerangan tentang penjagaan kanak-kanak di rumah ni.Saya hanya perlu mendaftar kerana menjaga lebih dari 4 orang kanak-kanak (tidak termasuk anak sendiri)bagi mengelakkan dari di denda RM2000(lain kali jika diorang datang lagilah).Dan saya juga ditawarkan jika berkelayakan untuk menerimaa geran Taska bernilai Rm3000 (Insentif Taska).

Saya pun ikutlah arahan seperti yang telah diberitahu.Jadi sekarang saya tidak risau lagi.Syarat untuk jagaan kanak-kanak di rumah tidak sama seperti Taska Institusi.Itu yang penting.

Rupanya saya perlu berterima kasih kepada pengadu yang buat aduan tu lah.Kalau tak saya tak tahu ada kategori Taska Di Rumah.

Jadi kepada pengasuh di rumah di luar sana,eloklah mendaftar,tak susah pun.Tak banyak pun RM60 je.Nanti kalau dah didenda itu yang susah.

Pesanan: Kita kena rajin bertanya jika tidak tahu...

Sunday, August 25, 2013

Gulai Kambing di Majlis Kahwin

Perkahwinan anak saudara suami saya dihidangkan dengan gulai kambing yang sangat enak.Memang puas hati kalau dimasak sendiri bergotong royong bersama saudara mara yang hadir.

Saya sempat melihat cara penyediaannya.Walaupun memakan masa yang lama ianya memang berbaloi.2 ekor kambing untuk sekawah besar.


Hasilnya dalam kawah tak sempat saya ambil.Jadi saya ambil yang sudah disenduk di dalam besen besar.Memang sedap dan terbaik!Makan sekali nak lagi.


Saya sempat membantu tau buat gulai kambing ni.Nak tahu apa saya buat?Saya tolong tuangkan santan je.Hehehe...Kacau pun sekali sekala...Dah last part tu kena lelaki ambil alih.Sebab nak balik-balikkan daging tu perlu kekuatan.

Pesanan:Biasa saya tak gemar sangat daging kambing,tapi yang ni memang terbaik.

Wednesday, August 21, 2013

Kawan anak-anak mulakan operasi

Dah bermula sekolah.Suasana hari raya masih ada.Begitu juga di kawasan perumahan saya.

Kini giliran anak-anak meraikan bersama rakan-rakan mereka.Pandai pula mereka menjalankan operasi.Dari si kecik hingga si besar,berjalan beramai-ramai singgah rumah kawan-kawan untuk beraya.

Rumah cikgu pun diterjah juga.Layan sahajalah mereka.Maklumlah rumah cikgu belaka kat sini.hehehe

Dah dapat undangan open house ke?Makan tu beringatlah.Jangan semuanya nak disumbat ye...Kesihatan perlu dijaga juga.

Pesanan:Tak kemana-mana minggu ni,sekolah dah mula menggantikan cuti...sabtu ni dah mula sekolah ganti.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...