Saturday, October 05, 2013

Alhamdulillah,akhirnya sampai juga sijil TASKA saya



Sebelum ni saya ada buat entry pasal Taska Di Rumah di SINI.Mulanya memang saya marah sangat.Ye lah,lama saya jaga budak,hampir 10 tahun tanpa sebarang masalah,tiba-tiba datang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumah.Sebabnya dapat laporan saya jaga ramai budak.Laporan dari siapa saya kurang pasti,yang pasti memang ada orang yang buat laporan.

Tapi saya kena muhasabah diri,tenangkan diri dan anggap semuanya pasti ada hikmah disebaliknya.Betul,sekarang ni saya rasa lega.Kalau saya jaga ramai pun saya tak perlu rasa takut-takut,sebab sekarang Taska saya telah berdaftar dengan JKM.Saya pun dapat ilmu baru bahawa jika saya menjaga lebih dari 4 orang budak dan kurang dari 10 orang budak,saya hanya dikategorikan sebagai TASKA DI RUMAH.Saya tidak seperti Institusi Taska yang lain,yang perlu lebih detail perkara-perkara yang perlu ada sebelum sesebuah taska dijalankan.

Sijil saya pun dah ada,jadi saya hanya perlu lebih bersemangat menjaga budak-budak ni dengan lebih baik.Jadi daripada cerita saya ni,saya perlu terima hakikat bahawa,selalu bersyukur dengan apa yang ada dan jangan mudah melatah.Setiap kejadian adalah untuk kebaikan kita pada masa hadapan.

Pesanan: Buat yang jaga anak-anak ramai di rumah tu,eloklah check website JKM untuk keterangan lanjut.Takut kena denda je.

4 comments:

  1. Akhirnya...bertukarlah status tidak sah kepada sah! Bolehlah menjalankan tugas tanpa ragu2... Semoga bergerak selangkah lagi utk membuka pusat jagaan pula...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga saya berjaya ye...hehehe..doakan ye BM..

      Delete
  2. Alhamdulillah dan semoga terus berjaya ye kak ;D

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...