Thursday, October 03, 2013

Selepas 2 hari bersalin amik PMR

Terkejut?jangan terkejut,inilah hakikatnya.Tapi bagus budak ni,dia ada kesedaran terhadap tanggungjawabnya sebagai pelajar dan anak.Dia masih lagi bersemangat untuk meneruskan pelajarannya dengan mengambil peperiksaan walaupun dia telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya.


Apa-apapun gagal sekali dalam hidup bukan bermakna gagal selama-lamanya.Dia yang masih lemah lagi,masih gagah untuk mengambil peperiksaan PMR.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor, 15, berkata akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.

Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menjalani peperiksaan.

Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.

“Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.

“Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.


Pesanan: Jangan cepat putus asa dalam hidup,ingat Allah sentiasa ada disisi kita

20 comments:

  1. semoga dia menemui cahaya dalam hidupnya dan terus cemerlang dalam pelajaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia masih muda,masih jauh perjalanan hidupnya

      Delete
  2. Semoga murid ini bertaubat..dan xkn ulangi kesilapan lalu..hmm..kesian kt bb kecik yg xthu apa2.huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dia menyesal atas perbuatannya,dan menjadi ibu yang bertanggungjawab walaupun masih muda

      Delete
  3. kesiannya...moga ada sinar untuk mangsa lepas ni..

    ReplyDelete
  4. bagus la kalau dia tak putus asa. Kalo dia jenis pendek akal, silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur mak ayah dia pun tak pendek akal,disuruh juga amik PMR...kalau tak banyak lagilah dia ketinggalan dalam hidup ni..

      Delete
  5. Alhamdulillah adik ni diberi hidayah untuk tidak buang anak dia tu...

    moga kita sebagai masyarakat ni bagi semangat untuk dia teruskan kehidupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kan Ina...kita pun sebagai masyarakat kena bimbing budak macam ni...

      Delete
  6. Sedihnya... moga anak ini bertaubat dan ada cahaya baru dihujungnya. Lelakinya lepas gitu aje ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi dah jadi bubur kak..lelaki tu tak tahulah..takde pula cerita dalam tu..

      Delete
  7. kuat semangat untuk belajar lagi walau dh jadi ibu...moga ini akan jadi pengajaran berharga buatnya...gud luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu kuat semangat Nur...masa depan dia dan anak juga...

      Delete
  8. semoga adik ni tak mengulangi kesilapan lalu & ambil ikhtibar dari ape yang dah berlaku.. moga2 cemerlang di masa akan datang:)

    ReplyDelete
  9. Jangan disalahkan dan dibebankan lagi. Kini masa utk kita membantu dan memberi sokongan. Yang lepas jadikan sempadan...andai dia bertaubat dan mendapat hidayah, mungkin dia menjadi lebih baik dari kita... Semoga berjaya dik!

    ReplyDelete
  10. itu ujian Allah utk dia . dlm stiap perjalanan hidup manusia itu , akan melalui fasa yg sgt sukar ... insha Allah , akan ada yg terbaik utknya nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pula tak tahu ujian bagaimana pula nanti Allah nak bagi kat kita kan,jadi jangan mencemuh...doakan yang terbaik...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...