Friday, October 04, 2013

Sunnah yang perlu dibudayakan - 'jazakallahu khaira"

Rasulullah sendiri mengajar kita ungkapan doanya.Usamah bin Zais r.a. berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang dilakukan kebaikan kepadanya,maka hendaklah dia berkata kepada orang yang melakukan kebaikan kepadanya itu 'jazakallahu khaira'.Dengan demikian,dia telah membalas kebaikan tersebut dengan sebaik-baik balasan."

(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i)

Dalam kitab Faid al-qadir disebut bahawa ucapan "jazakalluhu khaira" ini bermaksud "aku memohon semoga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak kepadamu sebagai balasan atas kebaikan yang engkau lakukan."

Bukan setakat hanya berpesan.Baginda sendiri melazimkan diri mengucapkannya.dalam sebuah hadis yang panjang Baginda menyebut dengan maksudnya:Wahai kaum Ansar,jazakumullahu khaira (semoga Allah mengurniakan pelbagai kebaikan kepada kalian).Sesungguhnya kalian merupakan golongan yang sangat menjaga akhlak dan jati diri serta memiliki sifat yang sabar."(Riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim)

Bahkan para sahabat juga sentiasa mengucapkan doa ini sesama mereka.Marilah sama-sama kita amalkan.

Sumber:Majalah al Ustaz Isu No5....boleh baca lebih lanjut...

PANDUAN

Sebutlah ucapan itu selengkapnya iaitu "jazakallahu khaira".Elakkan hanya mengucapkan "jazakallah" sahaja.Hal ini kerana Nabi sendiri menyebutnya dengan lengkap.Jika untuk lelaki disebut "jazakallahu khaira".Manakala untuk perempuan pula disebut "jazakillahu khairan".Lafaz "jazakumullahu khaira" disebut untuk kumpulan yang ramai.

Selamat beramal dengan sunnah Rasulullah yang tercinta.
Wallahu a'lam.

Sumber: www.islamqa.com

Pesanan:Untuk amalan saya dan juga untuk semua pembaca.



2 comments:

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...