Monday, March 21, 2011

Si sulung dan si bongsu....









Ini ada satu cerita.Si sulung dan si bongsu.Betapa jauhnya jarak atau perbezaan umur mereka berdua.Bayangkan hanya mereka berdua sahaja bilangan adik beradik yang ada,maka jarak umur 12 tahun sangat panjang.Memang sangat jauh......

Nampak betapa kasihnya seorang abang terhadap adiknya.Mereka merasakan hanya mereka sahaja adik beradik yang ada.Maka tentunya kasih sayang tidak berbelah bagi.

Si adik hanya mengikut sahaja rentak si abang,manakala si abang seupaya mungkin memeluk erat adik kesayangannya.Tidak gembirakah kita melihat situasi ini.Jelas di riak muka mereka sangat mesra dan akrab.

Tetapi......

Itu hanyalah khayalan semata-mata.Kerana di antara mereka masih ada 4 orang adik beradik yang masih memerlukan kasih sayang sesama mereka.Jadi jangan sangka hanya si sulung dan si bongsu sahaja yang wujud.Si angah,si achik,si uda dan si adik masih ada lagi. Maka jangan nak berangan kamu berdua sahaja adik beradik yang wujud.Ngeh...ngeh...ngeh....

Nampak sangat umi dah tak de idea nak menulis...lagi sekali..ngeh..ngeh..ngeh...

Saturday, March 19, 2011

Suka ayat dia.....

ha tengok gambar je lah...teka kat mana ni???best kan ayat dia...suka ayat dia....

Friday, March 18, 2011

Masjid Kristal di Terengganu...


Cerita Terengganu banyak,tapi tak sempat nak berjalan-jalan jauh-jauh.Mana-mana sempat je kami singgah.Yang pentingnya nak singgah solat dulu.Alang-alang dah nampak Masjid Kristal,singgah je lah.

Tu dia Masjid Kristal.....pertama kali ni jejak sini tau....




bergambar untuk kenang-kenangan..



Pesanan:Masjid tempat untuk beribadah jangan jadikan ia tempat berbual-bual-(saya dapati masih ramai lagi nak berbual tentang hal-hal duniawi di dalam masjid,kalau cakap slow-slow tu boleh terima lagi,ni waktu nak solat terdengar suara mereka berbual)..

Thursday, March 17, 2011

Nak beli keropok lekor ambil nombor dulu....


bergambar sambil menunjukkan nombor giliran masing-masing...

Sekarang zaman makin canggih.Jangan kita sangka hanya menunggu giliran untuk urusan terutama di bank-bank,klinik-klinik atau di jabatan kerajaan lain sahaja menggunakan nombor giliran.

Baru-baru ni,saya ke Terengganu untuk menghadiri satu majlis perkahwinan adik Cikgu Niena.Di kesempatan itu saya mesti membeli keropok lekor sebagai buah tangan untuk membawanya pulang.Rakan saya Suhaila yang sudah lama menetap di sana membawa kami ke Seberang Takir,Terengganu untuk menikmati keropok lekor yang sedap.

Sesampai sahaja di sana kami terus ke kedai tersebut dan yang uniknya kami perlu mengambil nombor giliran untuk membeli keropok lekor di sana.Wah! Ini sudah maju!Ini juga menunjukkan kedai mereka sentiasa mendapat sambutan hangat.Dan juga sangat praktikal.Tidaklah perlu kita berbaris panjang hingga lenguh-lenguh kaki kita.Tapi kena beli banyak sikit lah baru berbaloi menunggu!

dihadapan kedai keropok lekor...


ada arahan untuk mengambil no giliran...
no saya.....ada 119 orang lagi yang sedang menunggu....sabar je lah...


suasana di dalam..orang ramai sedang menunggu sambil order minuman dan keropok lekor rebus...nampak tak ramai...mungkin ada yang pulang ke rumah dahulu setelah mengambil nombor..
kami pun sempat berkelah...jimat kos sikit...

Pesanan:Maaf saya tak ingat nama penuh kedai itu,tapi saya rasa hanya kedai dia sahaja yang menyediakan nombor giliran.Mungkin seperti yang tercatat di kertas itu Keropok Lekor B.T.

Wednesday, March 16, 2011

Arissa sudah setahun....

Assalammualaikum....bersua kembali setelah lama menyepi....al maklum sibuk sangat ni uruskan keluarga...lagi-lagi cuti sekolah ni...

Ok,tak nak bebel panjang-panjang.Nak cerita sedikit perkara menarik sepanjang minggu ini.

Pada 5/3/2011 yang lalu genap umur setahun Arissa.Maka saya ingin membuat kelainan sedikit,saya ingin menghadiahkan sebiji kek kepada jururawat-jururawat yang banyak membantu saya dari sejak kehamilan Arissa sehingga saat-saat untuk melahirkan Arissa.

Terima kasih tak terhingga kepada jururawat-jururawat dan doktor-doktor di Klinik Kesihatan Benta,Pahang.




Selain menyambutnya di klinik,tidak ketinggalan menyambut dirumah juga,tetapi sangat simple dan menggunakan tema pakaian tidur....he he he he save budget....



Pesanan:Begitulah....anak-anak kecil tidak kisah sangat bagaimana cara menyambutnya,asalkan kita ingat kepada mereka..itu sudah memadai.

Tuesday, March 08, 2011

Dulu dan sekarang... banyak perbezaan nya

**Entry ini di tulis oleh Sumijelly**

Salam sumer, hehehe..... mesti korang tertanya, apa hal la pulak sumijelly ni duk menulis kat blog Ida nie yek?? hahaha......

Buat masa ni kakak saya sangat sibuk, sementelah internet dia tak berbayar lagi kerana sibuk menguruskan anak-anak yang lebih memerlukan dia dari belog ini... hahahaha (mampus aku kalu di baca oleh ahkak aku..kahkahkah)

So entry nie hanya lebih berkisar kekeluargaan jer...hehehe. Nak citer pasal gamba rlelama dan gamabar terkini...

Ni gambar masa tahun 1990 an kot... (aku agak jer...)


Ini gambar kami sekeluarga...

Dari kiri abang sulung, ayah, Cik Norfa (kene dukung), mak, aku, kak ida dan angah.

Wah..bila tengok gambar masa kecil-kecil...nostalgia kan... tengok muka akak aku..lagi aku tak caya.. iyerla... sekarang jer mempunyai anak 6 orang ko.. aku pun baru nak masuk 4 orang...hahaha

Ini pula adalah gambar kami adik beradik pada tahun 2008.. masa ni waktu raya..

Maklum la... time raya jer dapat berkumpul adik beradik.. dah memasing mempunyai keluarga... maka paham2 la kan...hehehe

Berbeza sungguh gambar dulu dan kini.. tapi yang pasti kami tidak dapat berkumpul bersama selalu... maklum la masing2 berkeluarga dan kakak aku pula duduk di Pahang, jadi bila pulang ke KL pun masih tidak dapat berjumpa.

Sebaik la sekarang nie sudah ada FB, Blog untuk kami mengetahui perkembangna masing-masing...

Emm...itu aja yang ingin aku kongsikan bersama korang.... terasa rindu pula dengan zaman kanak-kanak..sebab kalu aku g memana kakak aku yang banyak kene buat kerja berbanding aku......hahahahaa

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...