Thursday, June 19, 2014

Dah mula berjual beli?



Dah mula lah orang sibuk ke sana sini bershopping kan.Kononnya beli awal taknak sesak waktu nak dekat raya.

Fenomena shopping awal atau saat akhir memang dah sinonim dengan masyarakat kita.Terpulanglah pada diri masing-masing nak utamakan siapa dulu.

Masa ni memang jualan murah pun merata-rata tempat ada.Kita yang nak membeli sediakan duit je.

Hmmm....budgetlah.Beli ikut kemampuan.Jangan boros sangat.Ingatan untuk diri sendiri juga ni.

Selamat membeli belah.

Pesanan:Tema apa raya tahun ni?

Sunday, June 15, 2014

Kacang Pool Haji di Larkin

Ada lagi tarikan di Larkin jika anda ke Johor Bahru.Tarikan makanan popular di sana.Saya yang pernah dengar nama je tapi tak dapat bayangkan bagaimana rupa dan rasanya lagi teruja nak mencuba.



Menurut cerita memang sangat terkenal.Sampaikan orang luar dari Johor Bahru sanggup datang jauh semata-mata nak merasa kacang pool haji ni.

Ok tak nak cerita banyak...jom tengok rupanya.



Cara makannya dicicah dengan roti.Rotinya yang dibakar sangat lembut.Isi kacang pool tu yang saya rasa ada daging selain kacang.Memang sedaplah.Telur yang kuningnya separuh masak memang sesuai sangat.Licin tau saya makan.

Jadi bila makanan yang pertama kali saya makan dan rasanya sangat sedap memang saya cadanglah untuk orang lain merasa.

Cubalah cari di sebelah Plaza Larkin di medan Selera Johor.Kalau hotel berdekatan situ adalah Hotel Seri Malaysia,Johor Bahru.

Saturday, June 14, 2014

Putu Piring Larkin

Putu piring kat Larkin,Johor Bahru ni warna kuning.Tak biasa seperti saya beli kat Lipis warna putih.

Alang-alang dah sampai Larkin kena cari juga.Katanya tersohor juga.Saya dah tak pandang kuih lain.Hanya putu piring je terbayang.Lagipun memang kuih kegemaran saya juga.

Sekali cari je saya jumpa setelah bertanya dengan orang.Mudah je.Cuma laluan nak masuk ke tempat tu boleh jem kalau kereta banyak sebab betul-betul dengan traffic lights.Jadi kena bagi signal awal-awal.

Selain putu piring,ada juga kuih muih lain.Saya hanya beli putu piring 10 keping RM5 dan kuih lepat pisang 4biji RM2.Mahal juga ye.Biasa kat Lipis kuih 3 biji RM1..manakala putu piring 5 keping RM2.Hmmm beli juga sebab dah sampai.Memang harganya begitu di situ.



Penjualnya sangat peramah.Suka saya bila dilayan dengan baik.Kalau ke Larkin,jangan lupa singgah beli ye.

Wednesday, June 11, 2014

Jalan-jalan sendiri di Johor Bahru

Sementara suami kursus dari pagi hingga petang,saya memberanikan diri memandu sendiri membawa anak-anak keliling bandar Johor Bahru.

Sampai traffic lights jumpa je sesiapa di sebelah kereta saya tak segan-segan bertanya.

Mudah je rupanya.Cuma ikut signboard je.Jangan ikut signboard pergi Woodlands nanti sampai Singapura kata orang tu.

Round keliling je.Tak turun pun.





Kemudian waktu nak balik hotel,saya rasa macam laluan lain pula dari waktu saya nak ke bandar.Entah macam mana saya ternampak Plaza Angsana.Saya pun parking kereta masuk dalam tu.


Bawalah anak-anak jalan situ.Ada lah membeli sikit.Lepas tu nak balik dari situ lagi senang rupanya.Ikut je signboard Terminal Bas Larkin.Akhirnya sampailah kat hotel.



Teman suami berkursus di Johor Bahru

Cuti sekolah masih berbaki seminggu lagi.Dah lama saya ingin ke Johor Bahru bercuti.Kesempatan suami diarahkan berkursus di Johor saya tak lepaskan.

Walaupun hanya membawa 2 orang anak sahaja (no 5&6),semangat bercuti masih ada.Sebab anak-anak lain ada yang duduk rumah atuk neneknya,ada juga yang sudah mula bersekolah.

Mujur anak-anak yang lain sudah besar dan boleh berdikari.

Inilah perjalanan saya...






Tol yang terakhir.Wajib pakai touch n go.Tunai tidak diterima.Nasib baik ada kad pengenalan.Guna IC je.


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...