Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Tuesday, July 05, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri-Raya sederhana tahun ni





Lama tidak update blog,atas sebab kesibukan saya menguruskan taska,anak-anak dan keluarga.Tahun ini giliran saya beraya di Kuala Lumpur.Walaupun awal lagi sudah bercuti,saya hanya pulang ke Kuala Lumpur pada hari isnin kerana menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pejabat.Lagipun bukannya jauh dan jalan pun tidak jem ke Kuala lumpur.

Raya sederhana sahaja,memandangkan ayah yang diserang strok pada bulan 10 tahun lepas,masih belum sihat sepenuhnya.Masih lagi mengharap orang lain menguruskan dirinya,kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri.Semoga dipanjangkan umur ayah dan diberi kesembuhan.Amin.

Saya sendiri pun tidak berapa teruja untuk menyambut hari raya kali ini,memandangkan baju raya baru pun saya tidak beli apatah lagi kasut baru.Kini tumpuan saya hanya untuk anak-anak.Suami pun begitu jua.Kami cuba berjimat selagi mampu memandangkan barang pun mahal-mahal belaka sekarang ni.Kerja berdua pun cukup-cukup untuk tampung keluarga sendiri,ada lebihan kami sedekah.Itu je.

Lagipun bila umur semakin meningkat,kegembiraan anak-anak menjadi keutamaan,puas sudah saya beraya sakan waktu dulu-dulu.Cukuplah buat persiapan diri untuk ke ala akhirat pula.Kesederan semakin memuncak bila kita kerap menghadiri majlis ilmu dan mendengar majlis ilmu dari mana-mana sama ada tv atau radio.Alhamdulillah diberi kesedaran awal oleh Allah s.w.t.

Kepada blogge-blogger yang mengenali saya atau baru kenal saya,dan kepada sesiapa je yang kenal saya,saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan saya juga maafkan anda semua.

Hati-hati pulang ke kampung,jaga diri,jaga peribadi.Bye..
Jumpa lagi.

Saturday, September 19, 2015

Akhirnya cuti sekolah pun bermula!!!!!

Memang ternanti-nanti cuti sekolah ni.Bukan anak-anak aje yang sukakan cuti,ibu-ibu kat rumah pun nak juga cuti.Tapi apalah maknanya bercuti jika masih dirumah kan....

Jadi kita mesti keluar dari rumah,Yeahhhhh!!!!

Okaylah.Sebenarnya tak ke mana-mana pun.Hanya balik kampung je.Kan nak sambut raya Haji sekali.Jadi sebelum raya tu bolehlah rehat-rehatkan minda sekejap.Letih seharian menjaga anak-anak asuhan,seminggu ni bolehlah rehat dari menjalankan rutin harian,buat susu,mandi budak,salin lampin,main ku cha--ku chak dengan baby...hehehe...al maklum anak-anak sendiri dah besar-besar.Main-main dengan anak asuhan je lah...hehehhe

Rindu pulak dengan budak-budak tu....waaaaa

Takpe,pejam celik sekejap je seminggu ni.Apa-apapun bolehlah rehat sekejap dari mendengar tangisan anak-anak kecil,Seronok sebenarnya bila tengok ragam budak-budak tu.Heeee..ada yang nak kena gigit ni....gerammmm!!!Taklah kejam sangat nak gigit anak-anak orang ni.Jangan cari pasal.Kita yang tak cari pasal ni lah orang  selalu target...free free je nak kena kan kita...kannnn...

Okaylah...selamat bercutilah kepada yang bercuti.Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua umat Islam.Korban tak tahun ni?Inshaa Allah berkorban tahun ni.Tak dapat tahun ni tahun depan ye tak...Amin!!

Pesanan:Lama tak berblog kekok pulak...hahhaha.(ayat mengada)

Sunday, June 15, 2014

Kacang Pool Haji di Larkin

Ada lagi tarikan di Larkin jika anda ke Johor Bahru.Tarikan makanan popular di sana.Saya yang pernah dengar nama je tapi tak dapat bayangkan bagaimana rupa dan rasanya lagi teruja nak mencuba.



Menurut cerita memang sangat terkenal.Sampaikan orang luar dari Johor Bahru sanggup datang jauh semata-mata nak merasa kacang pool haji ni.

Ok tak nak cerita banyak...jom tengok rupanya.



Cara makannya dicicah dengan roti.Rotinya yang dibakar sangat lembut.Isi kacang pool tu yang saya rasa ada daging selain kacang.Memang sedaplah.Telur yang kuningnya separuh masak memang sesuai sangat.Licin tau saya makan.

Jadi bila makanan yang pertama kali saya makan dan rasanya sangat sedap memang saya cadanglah untuk orang lain merasa.

Cubalah cari di sebelah Plaza Larkin di medan Selera Johor.Kalau hotel berdekatan situ adalah Hotel Seri Malaysia,Johor Bahru.

Wednesday, June 11, 2014

Jalan-jalan sendiri di Johor Bahru

Sementara suami kursus dari pagi hingga petang,saya memberanikan diri memandu sendiri membawa anak-anak keliling bandar Johor Bahru.

Sampai traffic lights jumpa je sesiapa di sebelah kereta saya tak segan-segan bertanya.

Mudah je rupanya.Cuma ikut signboard je.Jangan ikut signboard pergi Woodlands nanti sampai Singapura kata orang tu.

Round keliling je.Tak turun pun.





Kemudian waktu nak balik hotel,saya rasa macam laluan lain pula dari waktu saya nak ke bandar.Entah macam mana saya ternampak Plaza Angsana.Saya pun parking kereta masuk dalam tu.


Bawalah anak-anak jalan situ.Ada lah membeli sikit.Lepas tu nak balik dari situ lagi senang rupanya.Ikut je signboard Terminal Bas Larkin.Akhirnya sampailah kat hotel.



Teman suami berkursus di Johor Bahru

Cuti sekolah masih berbaki seminggu lagi.Dah lama saya ingin ke Johor Bahru bercuti.Kesempatan suami diarahkan berkursus di Johor saya tak lepaskan.

Walaupun hanya membawa 2 orang anak sahaja (no 5&6),semangat bercuti masih ada.Sebab anak-anak lain ada yang duduk rumah atuk neneknya,ada juga yang sudah mula bersekolah.

Mujur anak-anak yang lain sudah besar dan boleh berdikari.

Inilah perjalanan saya...






Tol yang terakhir.Wajib pakai touch n go.Tunai tidak diterima.Nasib baik ada kad pengenalan.Guna IC je.


Thursday, January 30, 2014

Cuti panjang ke sempena Tahun Baru Cina ni?

Saya sudah berada di kampung suami Kelantan, menikmati cuti setelah letih bekerja seharian sebulan.Namun demikian sebagai seorang ibu dan isteri,tugas di dapur sentiasa tak pernah cuti.Memasak menjimatkan disamping kebersihan dikawal,

Ada yang mulai bercuti 30 Januari 2014 hingga 4 Februari.Ini bagi sekolah yang sudah pun menggantikan cuti pada sabtu lepas.Namun begitu ada juga yang hanya bercuti sehingga 2 Februari je.Anak-anak saya ada di dua situasi cuti itu.Jadi hendak tak hendak lebihan 2 hari tu kena bercuti di rumah semula lah.Balik awal jugalah saya ke Kuala Lipis.

Saya tertanya-tanya masih sejukkah sesetengah daerah di Kelantan hingga ada yang mencapai sehingga 17 darjah selsius.Namun bila saya sudah tiba di Kota Bharu,jiran saya memberitahu hari ni baru terasa panasnya berbanding sebelum ni dengan cuaca sejuk.Apapun saya bersyukur dengan cuaca yang ada sekaran ni.Tak panas tak sejuk.

Okaylah,sempena cuti panjang ni jagalah kesihatan dan keselamatan diridan keluarga.Yang pasti cikgu sekolah beri kerja sekolah yang banyak kat anak-anak.Tu yang saya dengar anak-anak cakap "umi ,cikgu ni bagi kerja sekolah banyaklah,macam cuti sebulan je"...hahaha...buat je lah anakku.

Selamat bercuti!

Pesanan:Ramai dah rasa perubahan cuaca tidak menentu ni,ada juga budak-budak dan dewasa rasa nak demam je kan.

Wednesday, December 25, 2013

Ada benda tersembunyi di celah-celah pokok tu...

Sedang saya menikmati kesibukan laluan jalan raya di KL-Seremban Highway,sg Besi,dari atas bilik hotel Nouvelle hotel,saya terlihat sesuatu di celah-celah pokok.


Saya cuba mengambil gambar dari jauh.Saya pasti ada sesuatu.


Saya dah nampak.Hmmm ingatkan apalah tadi.Agaknya ada yang tak perasan kot.Atau saya yang baru lihat untuk kali yang pertamanya.


Rupanya replika orang sedang menunggang kudalah.Tertanya-tanya juga kenapa ada ye benda tu kat situ,ada sesiapa boleh beritahu?

Pesanan: Berakhir dah minggu cuti persekolahan,bersiap sedia menanti hari persekolahan bermula.

Sunday, June 02, 2013

Cuti Sekolah Sudah Bermula......Jom Bercuti!

 STICKY POST!ROLL ke bawah untuk entry terbaru!!!

IKLAN

Sudah tentu kalau kita nak kemana-mana ,tempat yang paling kita cari ialah tempat tinggal yang sesuai dengan keperluan keluarga dan juga budget keluarga.

Apakata jika anda merancang bercuti ke Kelantan,jom singgah bermalam di D'Family Homestay,pemilik Melayu beragama Islam dan menyediakan kelengkapan rumah seperti berada di rumah sendiri.


Dengan menyediakan ruang tamu yang besar,anda tidak perlu bersesak-sesak berada di ruang tamu untuk berehat sambil menonton televisyen dengan langganan Astro Basic pasti tidak mengecewakan anda.Anda juga boleh menonton Astro langganan anda sendiri dengan membawa bersama dekoder anda.Hanya tukarkan dekoder yang sedia ada,anda seperti berada di rumah sendiri.Menarikkan!


Bilik utama yang luas dilengkapi aircond,disediakan juga bilik air didalam dan ruang tingkap untuk lebih keselesaan.Almari untuk menyimpan dan menggantung pakaian turut disediakan.


Ruang dapur yang luas juga memudahkan kerja-kerja memasak anda sekeluarga.Dengan ruang meja makan dan kerusi 8 biji pasti anda sekeluarga dapat menikmati hidangan dengan selesa.Peti sejuk,alatan memasak dan mesin basuh juga turut disediakan untuk penginapan yang lama.

Apa yang penting D'Family Homestay juga turut menawarkan penginapan untuk kumpulan-kumpulan kecil seramai 15-20 orang dengan menyediakan bantal dan toto tambahan untuk keselesaan tetamu yang menginap.

Lokasinya yang strategik hanya 10 minit ke Kota Bharu.mampu memuaskan hati tetamu kerana persekitarannya yang dekat dengan pasar basah,kedai runcit,stesyen minyak,masjid dan mesin ATM Maybank pasti menyenangkan tetamu berurusan.

Dengan harga RM250 semalam termasuk cuti sekolah dan cuti umum pasti berbaloi untuk anda,lebih-lebih lagi jika menginap dengan keluarga yang besar atau dengan kumpulan-kumpulan kecil.

Apa pun tujuan penginapan anda atau  destinasi anda,,jangan lupa untuk mencuba menginap di D'Family Homestay,Pengkalan Chepa,Kelantan.

Untuk keterangan lanjut dan lebih gambar lawati :D'Family Homestay

Pesanan:Harga boleh dirunding bergantung pada budget masing-masing,jangan risau pemiliknya peramah orangnya.

Friday, May 31, 2013

Aktiviti anak-anak-buat coklat sendiri

Cuti sekolah,selain buat kerja sekolah yang menimbun cikgu bagi tu,saya bagi peluang anak-anak relax sikit kita buat aktiviti.

Aktiviti ni memang semua anak-anak suka.Senang pun senang.Makan pun sedap.

Kita buat coklat sendiri....

Anak-anak teruja tau!

Beli coklat bar-milk chocolate compound....cairkan dan masukkan ke acuan,bentukkan.Semudah ABC....


Nak kreatif lagi letak inti blueberry di tengah-tengah coklat tu.Bila kita gigit terasalah rasa filling blueberry tu.Puas hati.Banyak dapat.Makan pun tak habis.Sebab cepat muak.

Amacam?okaylah tu kan.Saya suka sebenarnya kalau cikgu bagi banyak kerja sekolah kat diorang ni.Taklah  melangok je keje diaorang ni.

Pesanan:Hari biasa 4 pot nasi okay dah,cuti sekolah semua ada 7 pot pun kadang-kadang ngam-ngam je...Fuh!!!

Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday # 25 Bercuti Sekejap


Saya nak berehat sekejap.Sekejap pun jadilah.Saya pun bukan robot buat kerja tanpa henti.Perlu rehatkan diri dan minda.hehehehe...

Pesanan:Sebenarnya cuti ini adalah minggu yang sibuk.

Wednesday, May 15, 2013

Rancang cuti anda dengan baik

Ada lebih kurang 2 minggu lagi sekolah akan bercuti panjang selama 2 minggu.Eloklah kita mulai merancang aktiviti keluarga dan anak-anak.

Kalau yang ada FB (facebook),boleh dapati banyaknya aktiviti-aktiviti untuk anak-anak seperti kem motivasi,kem solat,kem kecemerlangan.Elok juga kita daftar anak-anak.

Bagi yang ingin bercuti  di tempat-tempat sejuk seperti Cameron Highlands,Genting Highlands ke,eloklah menempah sekarang.Pasti penuh kalau ditempah saat-saat akhir.

Bercerita tentang perancangan percutian ni,saya sendiri pernah tersilap rancang.Pernah sekali pada masa cuti sekolah,saya tidak menempah bilik langsung,saya terus ke Cameron Highlands dengan harapan ada lagi bilik kosong lagi.Bila tiba je,hampir kesemua bilik penuh.Kalau ada pun dalam 1-2 bilik,itupun sebab harganya mencecah sehingga RM300-RM500 semalaman.Ha kan dah tak de tempat nak tidur.

Pada mulanya kami nak terus balik malam tu juga,tapi dah lewat,konon-kononnya nak tidur dalam kereta sahaja namun demikian bila memikirkan anak-anak,terpaksa juga cari lagi.Cari-punya cari dapatlah sebuah bilik kecil.Harganya?Mahal tak padan dengan bilik kecil tu.Nak buat apa,terpaksa jugalah bermalam di situ.

Jadi kalau sesiapa nak ke Cameron Highlands contohnya,eloklah tempah sekarang.Sekarang pun bilik-bilik,apartment-apartment dah ramai yang tempah.Harganya memang mahal sikit dari biasa,sebab cuti sekolah.

Pesanan:Masa ni lah pengusaha hotel dan apartment naik harga.Jadi pandai-pandailah tawar menawar.

Tuesday, March 26, 2013

Wordless Wednesday # 21 - Peti ais kosong


Hari ni hari selasa...jangan keliru ye!!!!
Pesanan:Ni dah cuti sekolah,kena beli lauk banyaklah,anak-anak balik berkumpul.

Tuesday, March 19, 2013

Laptop ASUS untuk update entry



Ni lah laptop suami yang sering saya pinjam untuk update entry terbaru.Tu pun dapat pakai sebelah malam.Kalau siang saya pakai komputer compaq kat ruang tamu tu.Sekarang ni anak-anak tak balik asrama lagi,tak lah berebut sangat.Nantilah cuti sekolah,berebut-rebutlah diorang adik beradik.

Guna laptop suami ni senang sikit,gambar semua dah ada situ.Gambar-gambar lama semua tersimpan di situ.Berbanding komputer depan rumah,asyik hilang je gambar bila kena servis baru.Mengong sikit komputer tu.

Tapi apa-apapun setakat ni sebelah siang komputer depan rumah tu lah saya pakai.Yelah laptop suami dia bawa ke tempat kerja.Sekarang ni hampir semua rumah dah ada komputer kan.Semua dah mahir,tak payah hantar kelas komputer.Dulu waktu sekolah rendah dan menengah saya masuk juga kelas komputer.Tapi belajar asas je lah.Belajar menaip.

Sekarang ni bukan saya yang ajar anak-anak,anak-anak lak tempat saya bertanya.Lucu pulak.Ye lah dulu saya tak belajar internet ni.Dah jadi mak orang baru pandai nak buka internet.

Pesanan: Dah nak mula cuti sekolah ni.Elok saya update entry banyak-banyak.

Sunday, February 24, 2013

Dah mula Mesyuarat PIBG

Ramai kan yang dah mulai menghadiri mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah anak masing-masing kan.

Penting tau Ibubapa hadir,boleh tahu perkembangan dan aktiviti sekolah lakukan.Anak-anak pula bila nampak muka maka ayah ada seronok,masa ni lah kita nak kenal mak ayah kawan-kawan anak kita.Masa ni jugalah nak kenal cikgu-cikgu sekolah tu,esok-esok jumpa kat pasar malam ke,boleh bertegur sapa kan.

Saya baru dapat satu undangan.Ada lagi 2 undangan menanti.Maklumlah sekolah anak ada 3.Sekolah menengah ada 2 sekolah berlainan dan satu lagi sekolah rendah.Walaubagaimanapun, bila mereka buat mesyuarat PIBG pada hari cuti,bolehlah saya hadir.Kalau buat lepas sekolah memang tak dapat datanglah.

Untuk hari ni memang ramai juga ibubapa yang hadir.Maklumlah sekolah besar.Kehadiran mestilah besarkan.



Sambil tu,saya juga hadir untuk program  majlis menandatangani akujanji antara pelajar dan ibubapa untuk anak saya yang bakal menghadapi peperiksaan PMR tahun ni.Seingat saya dulu-dulu zaman sekolah saya takde pula program sebegini.Jadi pada masa ni lah saya sempat bertanya sedikit sebanyak tentang pelajaran anak saya dengan guru kelasnya.Kalau hari sekolah memang susah juga nak datang.



Selesai semuanya seperti biasalah jamuan turut disediakan.Ramai juga yang terus balik,mungkin tidak sanggup beratur untuk berebut makanan yang disediakan.Tidak termasuk saya...hehehe laparlah,jauh-jauh datang ni takkan tak jamah sikit nasi,nanti apa kata tuan rumah hehehe...

Pesanan:Selesai yang satu,dua lagi untuk hadir,yang bestnya  bila masa pemilihan AJK PIBG,semua tunduk muka...tak nak terlibat lah tu...termasuk saya heheehe...


Thursday, February 07, 2013

Cuti Raya Cina semingggu eh? Untuk sekolah je kan...

Beruntunglah mereka-mereka yang dapat cuti seminggu tu.Lama boleh berehat dan bercuti.Saya juga dapat cuti singkat.Apa ingat surirumah tak nak bercuti ke?

Sejak sekolah suami bertukar dari Sekolah Menengah Vokasional menjadi Kolej Vokasional,pulang rumah dah tak macam sekolah biasa.Kerja office hour....8 pagi-5 petang...Rehat tak dapat nak balik.Menghabiskan minyak kereta je kalau setakat nak makan nasi sepinggan.Kantin sekolah dah bertukar Cafe...maka faham-fahamlah harga makanan pun naik.Tapi gaji tetap tak naik,sama je macam cikgu sekolah menengah lain.Apa bezanya?Ini yang saya dengar luahan dari cikgu-cikgu lain.Sekarang bergelar pensyarah walaupun ada ketika menjadi cikgu.

Jadi kesimpulannya...saya cuti 3 hari je selebihnya mereka berkerja dengan alasan tidak perlu menggantikan hari sabtu sebagai hari ganti persekolahan.Senang je kan....hahaha Walaupun nanti anak-anak penuh dirumah....

Tak sabar menanti anak-anak pulang dari asrama untuk berkumpul cuti sekolah ni.Pulanglah.....

Pesanan:Ada ketika cuti kolej sama seperti sekolah biasa,kena check jadual cuti....




Saturday, January 26, 2013

Cuti-cuti Ke Sarawak!


Akhirnya tercapai juga hajat di hati nak ke luar dari Semenanjung Malaysia menuju ke Sarawak.

Saya menyampaikan hajat anak-anak yang teringin menaiki kapal terbang.Dengan adanya penerbangan tambang murah,Air Asia nampaknya impian menjadi kenyataan.Bayangkanlah tiket yang harus kami bayar dengan penerbangan MAS seramai 8 orang???Jadi saya selalu bertanyakan anak-anak apa yang mereka teringin sangat.Rupanya mereka sangat teruja untuk mencuba merasa bagaimana menaiki kapal terbang.


Memang saya sangat bertuah kerana mempunyai sahabat baik di Sarawak.Orang Sarawak memang baik lah!!!Mr Hussein dan isterilah yang menjadi tour guide kami sesampai sahaja kaki kami menjejak tanah Sarawak.

Kami terus ke Sarikin ala-ala Rantau Panjang Kelantan.Sepanjang perjalanan ke Sarikin satu je yang amat mengecewakan kami.Jalannya tidak elok.Sepatutnya tempat yang sering dikunjungi pelancong jalanya tidak berlubang-lubang dan permukaan jalan raya yang kasar.Hmmmm...apa kata orang-orang besar Sarawak?

Inilah antara gambar sempat saya ambil dalam perjalanan ke Sarikin,Sarawak.Apabila melalui jalan seperti ini,semua perlu perlahankan kenderaan.

Okay jom kita shopping!!!Tapi mujurlah kami ada Mr Hussein....dia yang akan beritahu apa yang harus di beli dan tidak di sini.Katanya ada yang murah dan ada yang mahal.Saya mulakan dengan window shopping dan survey harga.Dari mula hingga ke akhir.....nanti baru boleh memilih...hehehehe....




Beli apa saya?Ala beli tikar getah dan telekung je.....hahahaha
Sikit2 dulu gambarnya....hehehe...okaylah jumpa lagi...ada lagi ceritanya kami bercuti di sini....Sambung pula nanti ye....


Pesanan:Setiap kali nak membeli...saya lihat budget dulu...bukan apa biar menyimpan jangan meminta...

Tuesday, October 30, 2012

Lewat je sikit...habis jem le jalan...

Hari ahad yang lepas,saya bertolak pulang ke Kuala Lipis jam 4 petang dari Kota Bharu.Lewat dari rancangan asal nak bertolak lepas zohor.Kebetulan pula adik ipar ajak makan mee kari.Kami pun tak makan tengah hari lagi,jadi kami singgah dulu makan di rumahnya.Rezeki jangan ditolakkannnnn...


Kami sampai ke Gua Musang pun dah masuk waktu Isyak,berhenti juga di R&R Hentian Gua Musang untuk solat.Anak-anak pun nak ke tandas,dahaga airlah,nak makan lah.Nak makan kat situ,tengok beratur panjang,langsung tak jadi,beli roti je lah.Waktu kami sampai di Merapoh pun kereta berderet-deret,merangkak-rangkak bergerak.Cuba lihat anak panah menunjukkan betapa panjangnya kereta beratur di jalan raya.


Ni pun saya dah tak tahan.Slow je kereta.Saya pun keluarkan handphone,buka tingkap kereta,snap sana snap sini,tak cukup saya snap gambar,saya suruh pula anak lelaki yang duduk belakang ambik lagi gambar.Si suami sudah menjeling,kemudian buat lawak malam-malam buta..."tu nak masuk blog lah tu...mesti tajuk dia jem..."he he he...suka benar dia menyakat saya.Sama naik juga anak lelaki tersengih-sengih di belakang.


Yang ni lah sering berlaku,kalau kereta lain ikut peraturan beratur....kereta ni mungkin dah tak sabar memotong di lorong sebelah sewaktu kereta kosong.Memanglah kosong sebelah tu,sebab kebetulan takde kereta yang lalu,habis tu kalau ada kereta,agak-agak dia nak menghimpit kereta siapa ye,agar beri dia ruang masuk ke lorong kanan??Habis orang lain jadi mangsa.Semua pun nak cepat...bersabarlah...kami ni lagilah dengan anak kecil lagi.Boleh je sabar.Nanti bila jalan dah clear sikit,pecutlah ikut suka.

Tiba di Benta-Kuala Lipis jam 11.30 malam.Agak-agak pukul berapa mereka yang duduk di Kuala Lumpur sampai ye?Mau jam 2-3 pagi rasanya.

Pesanan:Memang tak boleh elak dah,asal cuti panjang je..sesaklah jalan ke KL-Kota Bharu-KL.

Friday, May 25, 2012

Dah hantar anak ke rumah mak!




Cuti sekolah baru nak bermula.Bagi negeri Kelantan,Kedah dan Terengganu,mereka dah mulai bercuti hari ini.Bagi negeri-negeri lain,hari ini hari terakhir persekolahan untuk cuti penggal pertama.

Apa?Dah hantar anak ke rumah mak?Iye...semalam balik sekolah saya terus bertolak dari Kuala Lipis ke rumah mak di Pandan Indah,Kuala Lumpur.Padahal belum cuti lagi.Mesti ramai tertanya-tanya,awalnya.Jangan salah sangka,saya terpaksa hantar awal sebab,saya perlu pulang ke Kelantan Sabtu ni,pagi-pagi lagi nak bertolak.Jadi taknak keletihan jika hantar anak hari Jumaat.

Saya ada 6 orang anak,perlu membahagikan anak-anak.Separuh ikut saya balik Kelantan,separuh duduk rumah mak di KL.Keputusan pun dibuat.Anak ke 4 dan ke-5,duduk KL.Yang lain ikut saya balik Kelantan.Jadi yang ikut saya 4 orang.Yang dua orang tu dah mula ponteng sekolah hari ni...he he he...

Bertolak semalam jam 3.30 petang,sampai rumah mak jam 6 petang.Jalan jem di sesetengah tempat je.Kemudian selepas solat maghrib bertolak pulang semula ke Kuala Lipis.Jam 8.20malam bertolak,sampai ke Kuala Lipis jam 11 malam sebab singgah makan malam.Letih?Saya dah biasa berulang alik KL-KL (Kuala Lipis-Kuala Lumpur),jadi alah bisa tegal biasa.Boleh ke perumpamaan ni.Boleh je.

Jadi sekarang ni sedang bersiap menyimpan barang nak balik Kelantan pula.Semoga kami selamat sampai ke destinasi.

Selamat Bercuti!Siapa-siapa balik Kelate jumpa kereta avanza hitam plat D dalam perjalanan balik sana hon dua kali..he he he..kalau saya orangnya,saya balas hon 3 kali...ha ha ha

Pesanan:Banyak 'projek' sedang menunggu di sana untuk diselesaikan.Tungguuu..!

Tuesday, December 20, 2011

Jejak Upin dan Ipin di Muzium Negara

Semalam kesempatan membawa anak-anak berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur,membawa saya ke Muzium Negara.Muzuim Negara berdekatan dengan Masjid Negara.

Kebetulan ada Jejak Upin dan Ipin disana,itu pun adik saya yang beritahu.Memang kami tak tahu langsung.Jadi anak-anak kemain suka dapat mengembara ke dunia dan ipin.Tiket untuk dewasa RM12,kanak-kanak 6-12 tahun RM6,bawah 5 tahun percuma.Kalau hari sabtu dan ahad ada cabutan bertuah tau!

 Rupanya dah lama Upin dan Ipin bermusafir di Muzium Negara,kami je yang tak tahu.Tengok tu dari 26 November hingga 31 Disember 2011 dari jam 9 pagi-5 petang.Ada masa lagi kalau nak bawa anak-anak ke sana.
 Melawat di dalam seumpama satu pengembaraan,boleh melihat semua yang berkaitan pembikinan Upin dan Ipin.
 Galeri gambar juga tidak ketinggalan ditayangkan kepada umum.Leka benar kami melihat gambar mereka berdua bersama artis-artis popular.
 Selain itu juga antara acara-acara menarik adalah soalan kuiz untuk anak-anak dan juga pertandingan pakaian beragamHadiah menarik menanti.Semuanya disediakan oleh pihak mereka.Kelihatan anak saya yang bertudung coklat Ain sedang menyertai antara pertandingan menarik di sana.

 Inilah antara artis popular yang Upin dan Ipin sempat bergambar.Siti Nurhaliza.Saya cuma tolong tunjukkan sahaja.he he he

 Waktu acara bergambar dengan Upin dan Ipin,keadaan sangat ramai,semua berebut-rebut nak bergambar.Kami ikut ambil je gambar anak-anak biarpun ketika itu anak-anak orang lain juga ada bersama.Memang susah nak bergambar in person.Kasihan anak saya baju kuning tu tak dapar bergambar sebelah,sebab dia kecil.

 Dengan Upin pula,anak-anak dan anak-anak buah saya ikut masuk je bergambar,tak kisah punya.Si kecil yang didukung kakaknya kemain takut dengan maskot Upin dan Ipin ni,menjerit-jerit dia kerana takut bila diorang datang dekat.

 Susah sangat nak bergambar dengan yang ori,kami bergambar ramai-ramai atas pentas dengan patung kertas.Puas!



Ni tiket masuk,untuk disimpan sebagai kenangan pernah jejak Upin dan Ipin.


 Akhir sekali tandatangan khas saya tinggalkan di sini yang disediakan di luar bilik pameran.Tak nampak?, saya sain kat telinga Upin/Ipin tau.


Ha ni close up!Tengok betul-betul.Ummiarissa was here!!!

Pesanan:Hari ni nak bawa anak-anak ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pula,ada tinggal 2-3 hari je lagi di Kuala Lumpur sebelum pulang semula ke Lipis!hu hu hu

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...