Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Thursday, November 07, 2013

Insaf lihat gambar anak-anak yang ambil SPM

Keterangan Gambar:

Gambar 1-Muhd Faiz Hasiri yang patah tangan kanan menjawab soalan dalam bentuk rakaman dibantu guru Pengawas Peperiksaaan Sharifah Baity Syed Bustomai untuk mencatatkan jawapannya ketika menduduki peperiksaan SPM di sebuah bilik khas di Sekolah Menengah Kebangsaan jitra.

Gambar 2-Pelajar Calon berkeperluan Khas,Siti Suhaila Mohd sabri menggunakan CCTV ketika mengambil SPM di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan),Setapak.

Gambar 3 - Nurul Nadia Najwa Othman, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan,Padang Besar, menjawab kertas soalan SPM menggunakan kaki berikutan dilahirkan tanpa kedua-dua tangannya.

Walaupun demikian keadaan mereka semangat mengambil peperiksaan tidak luntur dari jiwa mereka.Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain.Yang sihat tubuh badan dan cukup sifat fizikalnya belum tentu lagi bersemangat sebegini.Mungkin hanya segelintir sahaja.

Pesanan: Sentiasa insaf melihat gambar yang menginsafkan..

Monday, July 29, 2013

Jemputan berbuka berturut-turut...Alhamdulillah

Dah hujung-hujung puasa ni ramai pula yang menganjurkan majlis berbuka puasa.Jadi bila orang dah pelawa tu janganlah jual mahal.Hadirlah.Bila dah di ajak tu maknanya,memang ada peruntukan makanan untuk kita.

Mereka ni dah budget makanan bergantung berapa ramai yang hadir.Jangan tak hadir,nanti membazir pula makanan.Saya ni kalau dijemput Insya Allah akan hadir,kecuali ada hal tak dapat dielakkan.

Esok jemputan berbuka di surau tempat saya tinggal.Lusa di sekolah suami mengajar.Saya rasa hanya dengan cara ni kita dapat kenal lebih dekat orang-orang yang berada di sekeliling kita dengan lebih dekat.Jadi datanglah awal sedikit,bolehlah kenal-kenal.

Alhamdulillah rezeki Allah beri tak pernahnya putus jika kita berada di dalam golongan orang yang bersyukur.Betul kan?

Sekolah pun tinggal minggu ni saja kan.Eloklah berjumpa sebelum bercuti panjang.Maklumlah kebanyakan penghuni di kuarters ni golongan guru-guru sahaja.

Okaylah itu saja cerita hari ni.

Pesanan:Biasanya jemputan sebegini,saya mesti bawa sejenis kuih untuk dirasa sedikit sorang.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru buat semua guru!


Mula-mula sekali saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat suami tercinta saya.Beliau seorang guru di Kolej Vokasional Kuala Lipis,Pahang.Kemudian Selamat Hari Guru semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari saya di tadika,sekolah rendah dan menengah,ITM dan juga sensei-sensei bahasa Jepun saya.

Memang tak terbalas budi kalian dalam memberi ilmu kepada saya.

Saya ingin sekali mengimbas kenangan di saat saya di sekolah dulu.

Di sekolah rendah,
Setiap kali selepas perhimpunan,apabila berbaris untuk naik ke kelas masing-masing,ada seorang cikgu ni sering menyebut nama saya dan memberitahu dia tidak puas dengan keputusan peperiksaan pelajaran yang diajarnya.Setiap kali itulah hati saya berdebar.Namun demikian saya bukanlah murid yang gagal,hanya markah yang diperolehi tidak memuaskan hati cikgu tu je.Namanya cikgu Jalaludin.


Di sekolah menengah pula,saya selalu ponteng kelas yang saya tidak suka seperti mata pelajaran Ekonomi Asas.Selalu saya menyembunyikan diri di perpustakaan.Cikgu tidak pernah tahu tentang hal ini.Pernah juga apabila kerja rumah tidak disiapkan,saya kena cubit di bahagian perut.Sakitnya membuatkan saya terjengket kaki.hehehe...

Sewaktu belajar di ITM Shah Alam pula,saya juga pernah beberapa kali mendapat ayat sebegini di atas kertas peperiksaan saya "Jumpa saya di pejabat" atau "Jumpa saya!".Pada mulanya saya merasa kecut perut,namun apabila berjumpa pensyarah,mereka hanya ingin membetulkan kesilapan saya.

Setelah tamat belajar di ITM,saya ditawarkan ke Jepun.Di kelas bahasa Jepun pula,saya masih ingat lagi,kami suka mempermainkan seorang cikgu Jepun bernama Sejima.Sejima Sensei walaupun orang Jepun namun dia pandai juga berbahasa Malaysia sedikit-sedikit.Namun begitu,pernah kami dimarahi olehnya,kerana kami terlalu banyak bermain dari belajar.Maklumlah usia muda,asyik nak bermain je.

Sejima Sensei


Begitulah antara kenangan saya bersama-sama cikgu-cikgu saya.Kadang-kadang terasa ingin kembali semula pada zaman persekolahan dulu.Namun ianya tidak akan berlaku,semuanya sudah tinggal kenangan.

Pesanan:Anak-anak minta dibelikan hadiah,namun saya hanya sempat membuat kek sahaja.

Sunday, February 24, 2013

Dah mula Mesyuarat PIBG

Ramai kan yang dah mulai menghadiri mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah anak masing-masing kan.

Penting tau Ibubapa hadir,boleh tahu perkembangan dan aktiviti sekolah lakukan.Anak-anak pula bila nampak muka maka ayah ada seronok,masa ni lah kita nak kenal mak ayah kawan-kawan anak kita.Masa ni jugalah nak kenal cikgu-cikgu sekolah tu,esok-esok jumpa kat pasar malam ke,boleh bertegur sapa kan.

Saya baru dapat satu undangan.Ada lagi 2 undangan menanti.Maklumlah sekolah anak ada 3.Sekolah menengah ada 2 sekolah berlainan dan satu lagi sekolah rendah.Walaubagaimanapun, bila mereka buat mesyuarat PIBG pada hari cuti,bolehlah saya hadir.Kalau buat lepas sekolah memang tak dapat datanglah.

Untuk hari ni memang ramai juga ibubapa yang hadir.Maklumlah sekolah besar.Kehadiran mestilah besarkan.



Sambil tu,saya juga hadir untuk program  majlis menandatangani akujanji antara pelajar dan ibubapa untuk anak saya yang bakal menghadapi peperiksaan PMR tahun ni.Seingat saya dulu-dulu zaman sekolah saya takde pula program sebegini.Jadi pada masa ni lah saya sempat bertanya sedikit sebanyak tentang pelajaran anak saya dengan guru kelasnya.Kalau hari sekolah memang susah juga nak datang.



Selesai semuanya seperti biasalah jamuan turut disediakan.Ramai juga yang terus balik,mungkin tidak sanggup beratur untuk berebut makanan yang disediakan.Tidak termasuk saya...hehehe laparlah,jauh-jauh datang ni takkan tak jamah sikit nasi,nanti apa kata tuan rumah hehehe...

Pesanan:Selesai yang satu,dua lagi untuk hadir,yang bestnya  bila masa pemilihan AJK PIBG,semua tunduk muka...tak nak terlibat lah tu...termasuk saya heheehe...


Monday, April 16, 2012

Apa itu 5S?

Sibuk cikgu-cikgu sekolah sini sebut 5S.Saya pun nak tahu juga apa itu 5S.Jumpa juga makna 5S itu.

Oh ini yang cikgu-cikgu sibuk sangat tu,sampai ada yang terpaksa kerja hingga dibawa ke rumah.Dahlah bawa kerja balik rumah,nak siapkan tu hingga awal pagi.Sanggup bersengkang mata,supaya kerja dapat disiapkan seperti tarikh yang telah ditetapkan.

Cikgu Niena ibu anak yang saya mengasuh tu pun sibuk duk buat benda 5S ni.Dah balik sekolah,pergi pulak ke sekolah sebelah petang.Suami saya pula,sampai bawa ke rumah kertas-kertas kerjanya.Bekerja sampai 3 pagi,esok nak bangun jam 6 pagi!.

Bila saya tanya,mereka kata sekarang ni sekolah-sekolah vokasional sedang buat 5S ni.

Lihat,bagaimana budaya bekerja dari negara matahari terbit iaitu Jepun,diserapkan dalam budaya kerja orang Malaysia.Sangat tersusun.Sangat relevan.

Nak tahu apa 5S?Baca je lah bawah ni boleh? Nak terang secara terperinci saya pun tak tahu sangat.



Kalau ada sesiapa yang tahu,bagitahulah ye.Siapa lagi yang sedang sibuk dengan 5S ni?Surirumah macam saya pun boleh aja amalkan 5S ni.Tak de masalah.Cubalah ye.

Pesanan:Hmm...asyik kita je meniru budaya kerja orang....mana identiti kita ni?...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...