Showing posts with label Pelajaran. Show all posts
Showing posts with label Pelajaran. Show all posts

Sunday, September 08, 2013

Segmen Ayu UPSR oh UPSR

Cikgu Ayu sedang buat segmen tentang UPSR oh UPSR.Sedang eloklah kena dengan entry saya hari ni.


Anak saya yang no 3 bakal menduduki UPSR minggu depan yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu 10,11 dan 12 September 2013.Selama 3 hari ni Jumaat, Sabtu dan Ahad saya berulang-alik melawat anak saya untuk memberikan tip-tip terakhir,kata-kata nasihat dan perangsang agar dia dan kawan-kawannya akan dapat mengharungi peperiksaan UPSR dengan baik dan lancar.

Saya dan suami telah banyak berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk melihat anak berjaya dalam semua mata pelajarannya.Sekarang ni saya dan suami hanya dapat berserah kepada daya usahanya sendiri dan selebihnya saya bertawakal kepada Allah.

Namun demikian saya tidaklah terlalu mengharap sangat,sebab apa-apa pun boleh jadi atas kehendak Allah jua.Lebih baik saya berikan semangat kepada anak saya disamping sebagai ibubapa,kami banyak berdoa kepada Allah.

Anak-anak saya sangat beruntung sebab saya dan suami banyak memenuhi segala kehendaknya yang berkaitan dengan pelajaran.Sekarang ni pun dia banyak juga belajar melalui internet dan satu lagi siaran Astro juga banyak membantu dengan rancangan khas untuk pelajar UPSR.Cikgu-cikgu pun siang malam buat kelas tambahan.Itulah kelebihan mereka zaman sekarang.

Tidak seperti zaman saya dahulu saya menduduki UPSR tahun 1998,dan mendapat keputusan 3A 1B dan 1D.Sebenarnya D itu adalah penulisan karangan,saya telah tersilap baca soalan,di mana saya dikehendaki membuat 2 karangan,tapi saya buat satu je karangan.Patutlah saya perasan waktu tu,saya siap lebih awal dari rakan-rakan lain.hehehe..Saya belajar sendiri,tiada tuisyen pun waktu tu.Mak ayah pun sibuk bekerja.
Mata pelajaran saya suka ialah Bahasa Malaysia bahagian karangan.Sebab saya suka menulis.

Itulah kenangan saya ada.Sampai sekarang rasa sesal juga dengan bahagian penulisan tu.Tapi nasi dah jadi bubur,saya teruskan dengan keputusan yang baik untuk SRP dan SPM saya.Jadi semak soalan dan jawapan dengan betul ye.

Pesanan:Buat semua pelajar dan anak-anak,buatlah yang terbaik untuk UPSR awak ye!Selamat Berjaya!

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru buat semua guru!


Mula-mula sekali saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat suami tercinta saya.Beliau seorang guru di Kolej Vokasional Kuala Lipis,Pahang.Kemudian Selamat Hari Guru semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari saya di tadika,sekolah rendah dan menengah,ITM dan juga sensei-sensei bahasa Jepun saya.

Memang tak terbalas budi kalian dalam memberi ilmu kepada saya.

Saya ingin sekali mengimbas kenangan di saat saya di sekolah dulu.

Di sekolah rendah,
Setiap kali selepas perhimpunan,apabila berbaris untuk naik ke kelas masing-masing,ada seorang cikgu ni sering menyebut nama saya dan memberitahu dia tidak puas dengan keputusan peperiksaan pelajaran yang diajarnya.Setiap kali itulah hati saya berdebar.Namun demikian saya bukanlah murid yang gagal,hanya markah yang diperolehi tidak memuaskan hati cikgu tu je.Namanya cikgu Jalaludin.


Di sekolah menengah pula,saya selalu ponteng kelas yang saya tidak suka seperti mata pelajaran Ekonomi Asas.Selalu saya menyembunyikan diri di perpustakaan.Cikgu tidak pernah tahu tentang hal ini.Pernah juga apabila kerja rumah tidak disiapkan,saya kena cubit di bahagian perut.Sakitnya membuatkan saya terjengket kaki.hehehe...

Sewaktu belajar di ITM Shah Alam pula,saya juga pernah beberapa kali mendapat ayat sebegini di atas kertas peperiksaan saya "Jumpa saya di pejabat" atau "Jumpa saya!".Pada mulanya saya merasa kecut perut,namun apabila berjumpa pensyarah,mereka hanya ingin membetulkan kesilapan saya.

Setelah tamat belajar di ITM,saya ditawarkan ke Jepun.Di kelas bahasa Jepun pula,saya masih ingat lagi,kami suka mempermainkan seorang cikgu Jepun bernama Sejima.Sejima Sensei walaupun orang Jepun namun dia pandai juga berbahasa Malaysia sedikit-sedikit.Namun begitu,pernah kami dimarahi olehnya,kerana kami terlalu banyak bermain dari belajar.Maklumlah usia muda,asyik nak bermain je.

Sejima Sensei


Begitulah antara kenangan saya bersama-sama cikgu-cikgu saya.Kadang-kadang terasa ingin kembali semula pada zaman persekolahan dulu.Namun ianya tidak akan berlaku,semuanya sudah tinggal kenangan.

Pesanan:Anak-anak minta dibelikan hadiah,namun saya hanya sempat membuat kek sahaja.

Monday, February 18, 2013

Buku ini bakal menjadi barang turun temurun keluarga

Saya terima buku ini pada tahun 1990 sewaktu berada di tingkatan 2.Saya bersama ayah ke pejabat Utusan sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai penerima buku ini dan gambar saya tersiar di dalam akhbar tersebut.

 Gambar saya menerima hadiah ini diselitkan juga di akhbar Utusan Malaysia.Dan mungkin ramai yang tidak tahu,ada sebaris ayat yang memberitahu "saya akan menggunakan kamus ini untuk pelajaran saya".Sedangkan saya tidak ditanya dan tidak menjawab sebegitu.Itulah rahsia wartawan.



Sebaik mendapat buku kamus ini,saya terus tulis  nama saya di dalam buku tersebut.


Walaupun sudah hampir berusia 23 tahun di dalam simpanan saya,baru saya teringat untuk mengeluarkan buku ini dalam simpanan timbunan buku-buku lama di dalam almari saya.


Inilah bukunya.Memang saya gunakan untuk pelajaran saya.Dan tergerak hati nak keluarkan buku ni,bila anak-anak perlukan kamus di sekolah.Tapi masih juga terpaksa membeli yang lain kerana buku kamus dwibahasa saya ini hanya menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia sahaja.

Apa barang lama anda yang anak-anak boleh gunakan di sekolah sekarang?Ada tak?Kongsilah.

Pesanan:Dapat yang baru,barang lama dibuang jangan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...