Monday, July 29, 2013

Jemputan berbuka berturut-turut...Alhamdulillah

Dah hujung-hujung puasa ni ramai pula yang menganjurkan majlis berbuka puasa.Jadi bila orang dah pelawa tu janganlah jual mahal.Hadirlah.Bila dah di ajak tu maknanya,memang ada peruntukan makanan untuk kita.

Mereka ni dah budget makanan bergantung berapa ramai yang hadir.Jangan tak hadir,nanti membazir pula makanan.Saya ni kalau dijemput Insya Allah akan hadir,kecuali ada hal tak dapat dielakkan.

Esok jemputan berbuka di surau tempat saya tinggal.Lusa di sekolah suami mengajar.Saya rasa hanya dengan cara ni kita dapat kenal lebih dekat orang-orang yang berada di sekeliling kita dengan lebih dekat.Jadi datanglah awal sedikit,bolehlah kenal-kenal.

Alhamdulillah rezeki Allah beri tak pernahnya putus jika kita berada di dalam golongan orang yang bersyukur.Betul kan?

Sekolah pun tinggal minggu ni saja kan.Eloklah berjumpa sebelum bercuti panjang.Maklumlah kebanyakan penghuni di kuarters ni golongan guru-guru sahaja.

Okaylah itu saja cerita hari ni.

Pesanan:Biasanya jemputan sebegini,saya mesti bawa sejenis kuih untuk dirasa sedikit sorang.

11 comments:

  1. ye ciku setuju..hihi..kalau orang ajak kita makan berbuka..pegi je .Alhamdulillah doakan yang terbaik.Kalau berbuka di masjid atau surau tu lagi best..terus je boleh solat terawikh.:)

    ReplyDelete
  2. Di Bulan Ramadhan ini, rezeki melimpah ruah...Masing2 ingin merebut ganjaran berganda dengan bersedekah. Maslis berbuka puasa ada dimana2.
    Cuma kadang2 tu lihat makanan terlalu berlebih-lebihan... dah jadi membazir pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang menganjurkan pun harap janagn banyak sangat makanannya,bukan apa takut membazir,tapi kalau ada lebih boleh tapau kan...hehehe

      Delete
  3. Islam juga menggalakkan kita hadir ke majlis seperti ini untuk jalin serta kukuhkan ukhuwah sesama muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu,eloklah hadir jika tiada keuzuran..mengharap betul orang yang mengajak tu..

      Delete
  4. ai kak banak jemputan berbuka ni ngalahkan YB plak dia kihkihkih.alhamdulillah rezeki kan?kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal zal...belum jadi YB dah banyak jemputan kan...kalau dah jadi YB..sebulan orang jemput berbuka kan...hehehe

      Delete
  5. berbuka ramai2 ni seronok kan..

    ReplyDelete
  6. rezeki tu, seronok bila berbuka beramai2 macam ni kan !

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...