Thursday, July 25, 2013

Berbuka di kedai atau bawa bekal ?

Kalau anda pulang ke kampung dan kena pula bulan puasa,dan dah semestinya anda akan berbuka di tengah jalan,mana yang anda rancang?Berbuka di kedai makan atau bawa bekal dari rumah?


Saya lebih suka membawa bekal dari rumah.Makan je apa yang ada.Cuma saya akan beli air sahaja.Bila kita dah bawa bekal dari rumah,kita tak perlu pening kepala nak cari kedai makan yang mana,nak order apa.Lama pula nak tunggu kan.Ye lah semua akan makan serentak kan.

Yang best lagi bila dah bawa bekal kita hanya perlu cari tempat yang sesuai je,jadi berhentilah kat mana-mana kita rasa sesuai.


Hari ni saya akan pulang ke kampung suami di Kelantan.Bila dah lewat petang bertolak,memang konpem,saya dan keluarga akan berbuka di tengah jalan.Saya dah siapkan semua makanan yang diperlukan.Bawa pinggan plastik dan cawan.Amacam?

Nasi putih lauk sotong masak kunyit,ayam goreng berempah dan kurma.Tak lupa juga sedikit kuih kaswi sebagai pelengkap.Banyak pula menunya ye.Lari dah ni dari menu satu lauk satu kuih.Takpe sekali sekala,berjalan jauh perlukan pilihan makanan kan.

Selamat bercuti sempena Nuzul Al-Quran dan selamat berhujung minggu.

Pesanan:Saya ke Kelantan sambil melawat anak yang tinggal asrama sana.Boleh bersahur dan berbuka bersama.

6 comments:

  1. saya pernah berhenti di r&r time berbuka , tpt mkn full . maka saya pun basahkan tekak dgn air mineral dan pi solat dulu . surau kosong ! . lagi mudah x berebut . bila nak berbuka , dah byk tpt yg habis ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa ni lagi-lagi pulak kena time gaji,kedaimakn full kan...tak menang tangan nak amik order orang kedai ni...

      Delete
  2. Saya memang suka cara Ummi, dimana2 pun tetap dgn makanan masakan sendiri.
    Selamat bercuti dan menyambut Nuzul Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang suka memasak...lagipun anak-anak ramai ni dengan memasak sangat jimat...lagi satu nak semua orang yang makan makanan saya sayang kan saya hehehehe,,,air tangan umi kan...

      Delete
  3. Kalo saya pon lagi suka makan makanan rumah, tapi biasanya saya mesti tak masak jugak. Hahah. Makan je la kat kedai. Huhu...

    *takde kuah ke bekal tu? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya anak ramai susah sikit kalau nak makan kedai dalam keadaan orang ramai...terutama bulan pose ni...

      ada kuah tapi kuah singgang semalam,bungkus dalam plastik lain,kuah semata-mata,isi dah habis.

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...