Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Saturday, February 14, 2015

Masih lagi sedih kehilangan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA)

Sejak mendapat berita kehilangan Tok Guru Nik Aziz yang meninggal dunia pada 12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H bersama dengan malam Jumaat,sayu dan sebak di hati.Allahyarham selamat dikebumikan di perkuburan Pulau Melaka bersebelahan pusara ayahandanya.

Sebak sangat,entah kenapa saya merasa sedih sangat sedangkan saya berjumpa depan mata pun belum pernah, Saya sanjung dan hormatinya sebagai ulamak dan orang alim yang sentiasa memperjuangkan agama Islam.Kesedihan itulah yang melambatkan saya menaip di blog berkenaan dengan berita sedih ini.









Sejak saya berkahwin dengan orang Kelantan (saya orang Selangor),saya banyak kali mengajak suami untuk melihat sendiri dari dekat rumahnya.Alhamdulillah rupanya rumah mertua saya sangat dekat dengan rumahnya,Saya selalu juga lalu di kawasan rumah beliau,dapat melihat dari jauh rumahnya.Rumah yang dikatakan hanyalah sebuah rumah kampung biasa,bukannya rumah banglo seperti yang saya bayangkan dimiliki oleh seorang Menteri Besar.

Sehinggalah pada suatu hari emak dan keluarga saya dari Kuala Lumpur teringin benar melawat ke rumah beliau.Kami pun pergi,namun ketika itu hanya ada anak lelaki dan anak perempuannya sahaja.Kami berbual di kawasan luar rumah.Saya tak ingat ke mana Tok Guru Nik Aziz pergi ketika itu.

Hampir semua ahli keluarga suami saya menangis selepas mendengar khabar tersebut.Saya pula ketika itu memang berada di Kelantan menjemput suami habis berkursus,namun balik pada hari yang sama,dan mendengar berita tersebut setelah hampir separuh perjalanan untuk pulang ke Kuala Lipis dari Kelantan.Tak dapat saya berpatah balik,kerana ada tanggungjawab lainnya keesokan harinya.

Bila seorang ulamak sepertinya meninggalkan kita,pasti tiada lagi pengganti yang sama sepertinya.Seluruh rakyat yang sayangkannya menangis hiba.

Al Fatihah....

"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat,melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur".(HR Ahmad dan Tirmidzi)

Innalillahiwainnailaihirajiun....

Pesanan:Kenangan terindah anak ke 3 saya ditahnikkan oleh beliau di Masjid Pulau Melaka miliknya pada tahun 2001.Mengambil berkat orang alim.



Tuesday, January 06, 2015

Lagi gambar kesan banjir di Kelantan

Kemusnahan harta benda dan rumah yang tidak dapat dibayang dengan kata-kata sahaja.Ianya menusuk terus ke jiwa. Melihat sendiri lebih sayu dan sedih.Semua gambar ini saya sendiri yang ambil.Tidak ada copy paste dari mana-mana.Apa yang dilihat itulah yang hendak saya kongsikan.







Monday, January 05, 2015

Kesan selepas banjir






Inilah antara kesan selepas banjir melanda negeri Kelantan.Kemusnahan rumah dan harta benda dapat dilihat disana sini.Saya sempat merakam beberapa keping gambar pada 3/1/2015 sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung suami di Kota Bharu.

Lebih sayu di hati apabila kelihatan kanak-kanak berdiri di tepi jalan memohon bantuan makanan dan minuman.

Sunday, August 03, 2014

Perjalanan pulang lewat 2 jam.




Kalau dah namanya raya mana-mana mesti jem.Lagi-lagi cuti sekolah.Perjalanan pulang ke Kuala Lipis dari Kelantan biasanya memakan masa 5 jam berakhir dengan 7 jam perjalanan.

Itu bertolak hari sabtu.Maknanya kalau bertolak hari Jumaat pun jem,hari Sabtu pun jem hari Ahad apa tah lagi kan.

Jadi jalan penyelesaian bertolak hari sabtu.Kalau lewat sampai pun masih ada satu hari untuk berehat.Lega rasanya selamat sampai.

Itu pun lewat juga bertolak selepas Asar kerana menghadiri kenduri kahwin.Kalau tidak awal lagi sampai.

Jam 6 petang di Machang jalan masih clear lagi.Pada tanggapan saya oklah.Ku ingat panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan.

Memang hujan ok.Sampai Kg Keroh,Kuala Krai dah mula kereta banyak,jalanpun dah slow.Waktu malam anak-anak tak banyak meragam.Mereka tidur.Itu untungnya bertolak lewat petang.

Apapun kami bersyukur sepanjang perjalanan Allah permudahkan.Selamat sampai di rumah walau pun jam sudah menunjukkan angka 12 tengah malam.

SELAMAT PULANG KE RUMAH MASING-MASING DENGAN SELAMAT.

Pesanan:Kita tidak sunyi di jalan raya walaupun jam 1 pagi.

Thursday, January 30, 2014

Cuti panjang ke sempena Tahun Baru Cina ni?

Saya sudah berada di kampung suami Kelantan, menikmati cuti setelah letih bekerja seharian sebulan.Namun demikian sebagai seorang ibu dan isteri,tugas di dapur sentiasa tak pernah cuti.Memasak menjimatkan disamping kebersihan dikawal,

Ada yang mulai bercuti 30 Januari 2014 hingga 4 Februari.Ini bagi sekolah yang sudah pun menggantikan cuti pada sabtu lepas.Namun begitu ada juga yang hanya bercuti sehingga 2 Februari je.Anak-anak saya ada di dua situasi cuti itu.Jadi hendak tak hendak lebihan 2 hari tu kena bercuti di rumah semula lah.Balik awal jugalah saya ke Kuala Lipis.

Saya tertanya-tanya masih sejukkah sesetengah daerah di Kelantan hingga ada yang mencapai sehingga 17 darjah selsius.Namun bila saya sudah tiba di Kota Bharu,jiran saya memberitahu hari ni baru terasa panasnya berbanding sebelum ni dengan cuaca sejuk.Apapun saya bersyukur dengan cuaca yang ada sekaran ni.Tak panas tak sejuk.

Okaylah,sempena cuti panjang ni jagalah kesihatan dan keselamatan diridan keluarga.Yang pasti cikgu sekolah beri kerja sekolah yang banyak kat anak-anak.Tu yang saya dengar anak-anak cakap "umi ,cikgu ni bagi kerja sekolah banyaklah,macam cuti sebulan je"...hahaha...buat je lah anakku.

Selamat bercuti!

Pesanan:Ramai dah rasa perubahan cuaca tidak menentu ni,ada juga budak-budak dan dewasa rasa nak demam je kan.

Wednesday, January 08, 2014

Wordless Wednesday - # 30 - RM 3.00 sahaja, hanya di Kelantan


Nasi Ayam Goreng Berempah Kak Wok di Panchor,Kelantan.

Pesanan: Kalau balik sekali sekala ke Kelantan,malas nak masak beli ni je.

Thursday, October 31, 2013

Piya dan Apex antara yang hadiri majlis tahlil penyokong cilik The Red Warriors

Bermula hari Selasa lalu kenduri tahlil telah diadakan untuk arwah Sharlene Zamelya (anak saudara suami) ceritanya di SINI,dan diadakan 3 malam berturut-turut.Antara yang turut menghadiri majlis tahlil tersebut ialah penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan pemain bola sepak Kelantan Badhri Radzi (Piya).Mereka berdua sudi meluangkan masa dan memberi suntikan semangat kehidupan kepada keluarga abang ipar saya yang masih bersedih lagi dengan kehilangan anak bongsu tersayang.



Kelihatan suami dan anak ke 5 saya Anis turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan Apex.
Gambar di bawah pula,sanak saudara turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan Piya.



Piya bersama salah seorang peminat cilik sewaktu menghadiri kenduri arwah Sharlene Zamelya.Terima kasih kepada penduduk kampung Kota Jembal dan pemain-pemain Kelantan yang sudi hadir ke majlis kenduri arwah,semoga segala kebaikan dibalas kebaikan oleh Allah s.w.t.

Dibelakang sharlene tu juga adalah sepupunya...Adam..
Semoga arwah berbahagia di sana.

Pesanan:Semua sayang ADIK,panggilan untuk Sharlene Zamelya....


Tuesday, October 29, 2013

Penyokong cilik The Red Warriors yang akan dirindui selalu

Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada hari raya haji baru-baru ni.Terasa baru sahaja kita merayakan raya haji.Namun takdir menentukan segala-galanya.Allah lebih sayangkan dia.Tempatnya telah ditentukan Allah.Semoga berbahagia lah kamu di sana.

Sharlene Zamelya nama yang diberi kedua ibubapanya telah pergi meninggalkan orang-orang yang menyayanginya pada hari Isnin 28 Oktober 2013/23 Zulhijjah 1434 pada jam lebih kurang 8.15 pagi.Anak bongsu daripada lima orang adik beradik.Dia seorang kanak-kanak yang riang dan sangat manja dengan keluarganya.Juga kepada sesiapa yang dikenali dan mengenalinya.Dia juga penyokong tegar kepada pasukan bolasepak negerinya Kelantan.Hampir setiap kali pasukan Kelantan dapat masuk ke perlawanan akhir,dia dan keluarga akan turun memberikan sokongan.

Dia juga adik cilik yang sering memimpin tangan pemain-pemain pasukan negeri Kelantan.Seringkali wajahnya keluar di kaca TV memimpin tangan pemain, jika pasukan bolasepak Kelantan bermain di tempat sendiri di Kota Bharu.



Dia hanya berusia 9 tahun ketika meninggalkan keluarga untuk selama-lamanya dengan penyakit misteri yang dialaminya.Jangan ditanya apa,kerana kita hanya merancang hanya Allah yang tentukan segalanya.Apabila segala ikhtiar telah dilakukan,akhirnya kita berserah jua kepada Allah.

Tempatnya telah ditentukan Allah,berbahagialah kau di sana Adik!Al Fatihah

Pesanan: Dia adalah anak saudara suami saya.Saya dan keluarga terus pulang ke sana sebaik sahaja mendapat berita kehilangannya.

Thursday, July 25, 2013

Berbuka di kedai atau bawa bekal ?

Kalau anda pulang ke kampung dan kena pula bulan puasa,dan dah semestinya anda akan berbuka di tengah jalan,mana yang anda rancang?Berbuka di kedai makan atau bawa bekal dari rumah?


Saya lebih suka membawa bekal dari rumah.Makan je apa yang ada.Cuma saya akan beli air sahaja.Bila kita dah bawa bekal dari rumah,kita tak perlu pening kepala nak cari kedai makan yang mana,nak order apa.Lama pula nak tunggu kan.Ye lah semua akan makan serentak kan.

Yang best lagi bila dah bawa bekal kita hanya perlu cari tempat yang sesuai je,jadi berhentilah kat mana-mana kita rasa sesuai.


Hari ni saya akan pulang ke kampung suami di Kelantan.Bila dah lewat petang bertolak,memang konpem,saya dan keluarga akan berbuka di tengah jalan.Saya dah siapkan semua makanan yang diperlukan.Bawa pinggan plastik dan cawan.Amacam?

Nasi putih lauk sotong masak kunyit,ayam goreng berempah dan kurma.Tak lupa juga sedikit kuih kaswi sebagai pelengkap.Banyak pula menunya ye.Lari dah ni dari menu satu lauk satu kuih.Takpe sekali sekala,berjalan jauh perlukan pilihan makanan kan.

Selamat bercuti sempena Nuzul Al-Quran dan selamat berhujung minggu.

Pesanan:Saya ke Kelantan sambil melawat anak yang tinggal asrama sana.Boleh bersahur dan berbuka bersama.

Wednesday, May 29, 2013

Saturday, February 23, 2013

Pengkalan Kubur,Kelantan-Zon Bebas Cukai

Kalau pergi Kelantan nak membeli-belah ada 2 tempat menarik.Satu di Rantau Panjang dan satu lagi Pengkalan Kubur.

 Saya nak pergi Pengkalan Kubur kat Tumpat,Kelantan.Jom!

Mula-mula masuk situ kena lalu kat pemeriksaan Kastam.Balik nanti baru dia periksa barang yang kita beli.





Kalau jalan-jalan tengah hari,panas juga. Tapi bila belek-belek pakaian warna-warni ni,tak terasa panasnya.hehehe


Ini gerai periuk belanga,tikar,toto,bekas air dan macam-macam lagi.


Gerai pakaian lagi.Kebanyakan pakaian saya lihat banyak diambil dari Thailand lah.



Gerai jual mainan budak-budak pun ada.

Ha...yang ni tak boleh tinggal.Rugilah siapa tak singgah sini.
Macam-macam jenama pinggan mangkuk terkenal dijual di sini.Cantiklah..




Okay tak?Kepada sesiapa nak membeli-belah tu sediakan duit je.Takde duit nak beli apa kan..

Pesanan: Saya pergi sana hari biasa,jadi tak ramai pengunjung.

Sunday, February 17, 2013

Berehat seketika di Stesyen Petronas!

Biasalah bila berjalan jauh,masa perjalanan cuti-cuti sekolah ni walaupun makan masa sekejap sebenarnya,tapi dek kerana jem kereta yang banyak,perjalanan dekat menjadi jauh...

Jadi usaha pihak petronas memberikan minuman percuma sangat dialu-alukan.Apabila berehat seketika menikmati minuman panas atau sejuk,badan boleh berehat sekejap.Mata pun segar semula.

Jom berehat!

Sewaktu sedang menikmati minuman di salah sebuah stesen petronas di Kelantan,pada dinihari yang dingin,saya terpandang pada sebuah banner yang direntangkan di situ.Jom lihat!

Tengok tulisan yang atas tu,bukan yang bawah tu tau!
Katanya di situ "Sekiranyo ado silap,tulung royak weh" "Kami sedia ditegur"

Bila saya membacanya hati bertambah sejuk.Walaupun tak jumpa lagi silapnya sewaktu mengisi minyak kereta disitu.Apa yang saya suka sangat dengan rakyat Kelantan ni,bahasanya sentiasa berada di atas walaupun dimana mereka berada.Bila kita yang tak pandai bahasa diorang ni,bila sebut semula perkataan yang ditulis tu,terasa benar pandai berbahasa Kelantan...hehehe

Okaylah...buat pemandu di luar sana,pastikan rehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan anda.

Pesanan:Alhamdulillah selamat sampai Lipis jam 1 pagi,setelah menghantar anak ke asrama di Kelantan.

Monday, December 03, 2012

Masjid Beijing di Malaysia

Semalam hari minggu,kebetulan masih di Kelantan saya berjalan-jalan ke Rantau Panjang,Kelantan.Lama juga tidak ke sana.Ye ada 2 sebab je kalau tak ke sana,tak de duit ada masa atau takde masa tapi ada duit...hehehehe

Sewaktu dah hampir sampai ke sana,suami beritahu ada Masjid Beijing.Saya pun baru tahu,itu tandanya dah lama tak kesana.Saya singgah sewaktu nak balik.


 Saya bergambar di hadapan Masjid Beijing

 Inilah pemandangan dari luar Masjid Beijing.Sekali pandang seperti berada di Negara China.Tapi hakikatnya Masjid ini terletak di Rantau Panjang,Kelantan,Malaysia.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing kerana lebih mirip seperti Masjid di China.

Sedikit info tentang Masjid Beijing ini:


  • Dirasmikan pada Ogos 2009
  • Bercirikan seni bina China dan Islam
  • Menyerupai Masjid Niujie yang berusia 1000 tahun di Beijing China
  • Kos selenggaraan RM8.8 juta
  • Boleh menampung 1000 jemaah pada satu-satu masa


Pemandangan pintu gerbang Masjid Beijing.




Jadi jika anda bercadang untuk shopping di Rantau Panjang,singgahlah ke Masjid Beijing ni,tapi bukan sekadar nak bergambar,tunaikan lah solat ye....

Dan semalam juga saya jumpa blogger di Rantau Panjang.....siapa kah dia?Esoklah saya cerita ye...

Pesanan:Tengah bulan ni ada cadangan bawa semua family dan adik beradik ke Kelantan,Masjid ni jadi tempat wajib untuk pergi.

Saturday, November 24, 2012

Kucha Asyura Perdana-Malaysia Book of Record


Baru je petang tadi saya menyebukkan diri ke RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar),Wakaf Che Yeh,Kelantan untuk menyaksikan Program Himpunan Permuafakatan Rakan Padu Negeri Kelantan 2012.Antara programnya ialah Kucha Asyura Perdana.(kacau bubur asyuralah tu).

Kebetulan saya berada di Kelantan cutisekolah ni,adik ipar ajak ke sana.Manalah tau dpat secubit sorang asyura.Namun begitu,impian kami tinggal impian,tak dapat rasapun.Nampak macam diorang dah packing nak bagi geng-geng diorang je.

Majlis tu dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed (Tok Pa).Sempatlah saya snap gambar ketibaannya.Yang tak sempat bila time dia bersalam dengan suami saya....


Dah tu macam biasalah mesti ada acara simbolik pegang  batang pengacau bubur asyura tu.Simbolik memasak asyura.Mesti dia nak tiru cam saya kan...he he he

Ni aksi Tok Pa

Ni aksi ummiarissa...

Ini pula antara asyura yang telah siap di masak dan dihiasi dengan hasil kreativiti masing-masing.



Punyalah ramai manusia dalam ni.Masing-masing sedang sibuk mengacau asyura.Ada juga sempat saya ambil resepinya.Ada macam-macam versi resepi ni.Nanti saya share lain kali.


Ni antara aksi pengacau bubur asyura....Masak berkumpulan sebegini memang seronok.

Pesanan:Tak dapat rasa,dapat bau je.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...