Showing posts with label Kuala Lipis. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lipis. Show all posts

Sunday, August 03, 2014

Perjalanan pulang lewat 2 jam.




Kalau dah namanya raya mana-mana mesti jem.Lagi-lagi cuti sekolah.Perjalanan pulang ke Kuala Lipis dari Kelantan biasanya memakan masa 5 jam berakhir dengan 7 jam perjalanan.

Itu bertolak hari sabtu.Maknanya kalau bertolak hari Jumaat pun jem,hari Sabtu pun jem hari Ahad apa tah lagi kan.

Jadi jalan penyelesaian bertolak hari sabtu.Kalau lewat sampai pun masih ada satu hari untuk berehat.Lega rasanya selamat sampai.

Itu pun lewat juga bertolak selepas Asar kerana menghadiri kenduri kahwin.Kalau tidak awal lagi sampai.

Jam 6 petang di Machang jalan masih clear lagi.Pada tanggapan saya oklah.Ku ingat panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan.

Memang hujan ok.Sampai Kg Keroh,Kuala Krai dah mula kereta banyak,jalanpun dah slow.Waktu malam anak-anak tak banyak meragam.Mereka tidur.Itu untungnya bertolak lewat petang.

Apapun kami bersyukur sepanjang perjalanan Allah permudahkan.Selamat sampai di rumah walau pun jam sudah menunjukkan angka 12 tengah malam.

SELAMAT PULANG KE RUMAH MASING-MASING DENGAN SELAMAT.

Pesanan:Kita tidak sunyi di jalan raya walaupun jam 1 pagi.

Wednesday, October 02, 2013

Gara-gara guru menyuruh pelajar panaskan enjin kereta,3 orang pelajar lain kena langgar

Anak saya baru je beritahu minggu lepas sekolah rendahnya akan mengadakan perkhemahan di Kg lalang,Kuala Lipis.Jadi dia minta kebenaran.Kalau dah cikgu yang suruh pergi,pergi je lah.Kata saya pada anak saya tu.

Tiba-tiba malam tadi kecoh di sekitar perumahan saya bercerita tentang budak kena langgar waktu di kem tersebut.Ceritanya seorang guru menyuruh seorang pelajarnya menghidupkan enjin kereta (panaskan enjin kereta).Entah macam mana kereta tu 'reverse' ke belakang dan melanggar 3 orang pelajar menengah yang masih berkemas di dalam khemah tersebut.Antara salah seorang pelajar tersebut adalah anak jiran lama saya.

Untuk kepastian saya cuba menjenguk kedai makan dia di Hentian Rehat Benta,sah,memang tutup malam tadi.Siti Aisyah Mohd Radzuan cedera tulang selangka dan patah tangan kiri.Sekarang dia berada di Hospital Kuala Lipis,saya masih tidak dapat menjenguknya lagi,kerana suami saya balik lewat jaga budak periksa minggu ni.

Saya doakan semoga semuanya cepat sembuh.Dahlah tu anak sulung perempuan,tiba-tiba pulak terjadi tragedi tidak disangka ni.Pasti keluarganya sedang bersedih lagi ketika ni.

Anak saya telefon lagi malam tadi,beritahu cikgu batalkan perkhemahan tersebut.Sepatutnya hari ni budak sekolah rendah (sekolah anak saya) pula yang berkhemah di sana.Jadi tak jadilah dia berkhemah hari ni.

Untuk berita lanjut boleh baca SINI

Pesanan: Harap cikgu janganlah suruh pelajar buat perkara yang tiada kaitan dengan mereka....

Monday, March 04, 2013

Hujan Lebat Air cepat Naik

Dah 2- 3 hari ni...hujan lebat turun kat kawasan rumah saya di Benta,Pahang.Kalaupun tak hujan lebat,tetap juga turun hujan setiap hari.Kain baju pun banyak yang tak kering di ampaian.


Ini pemandangan yang saya ambil di salah sebuah kampung yang sering dinaiki air jika hujan turun lebat berterusan.Nama kampung ni Kampung Binjai yang terkenal dengan penjualan jagung.Lihat kat gambar tanaman pun ditenggelami air.Kampung Binjai terletak dilaluan ke Kuala Lipis-Benta.Kawasannya rendah sedikit.


 Jambatan nilah yang selalu digunakan penduduk kampung untuk ke bandar Kuala Lipis,jika air hujan turun lebat,jambatan ini akan ditenggelami air banjir,maka akan terputus hubungan laluan.


Air yang deras ni pun dah hampir menaiki atas jambatan.Biasanya air tu taklah separas jambatan seperti didalam gambar ni.


Jadi persediaan berjaga-jaga kemungkinan air akan naik teggelamkan jambatan,sampan sudah tersedia.
Ada juga disediakan pondok untuk penduduk kampung berjaga-jaga jika kemungkinan air banjir naik dengan cepat.

Pesanan: Followers saya semakin naik dah 482...tak sedar pun...sebab kat atas tu tak tunjuk jumlah..

Tuesday, July 10, 2012

Aksi anak-anak bersama LRT

Kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan ibubapa.Bila lihat anak-anak gembira,hati pun rasa senang.
Sebagai seorang ibu,saya memang nak anak-anak merasa mereka disayangi.

Oleh kerana kami selalu balik ke KL naik kereta,ada ketika suami tidak dapat turut serta,saya sanggup menaiki bas dan seterusnya menaiki LRT untuk sampai ke rumah mak saya di Pandan Indah,Kuala Lumpur.Dengan adanya perkhidmatan ini sangat menyenangkan perjalanan pulang saya dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur.Saya ambil LRT di stesyen Setia Wangsa.

Jom lihat kegembiraan anak-anak saya.Saya bawa anak yang kecil je,kos murah sikit,kalau bawa balik anak yang besar-besar tu kos akan bertambah..he he he








Waktu nak ambil gambar ni,kebetulan orang tak ramai dalam LRT tu,kalau ramai segan juga saya.Tu yang anak-anak pun bebas berdiri bagai dalam LRT tu.Seronokkan.

Pesanan:Saya lihat orang yang naik LRT,kalau warganegara asing,saya perhatikan je,takut-takut ramai-ramai tu ada hati nak buat jahat dalam LRT.Hati-hati lebih baik.

Sunday, June 03, 2012

Mendung memang nak hujan

Semalam saya berada di Kelantan.Hari ini saya berada di Kuala Lipis.Kenapa? Ingat tak entry saya hantar anak rumah mak? 

Dah seminggu mereka berdua di rumah mak di KL,tiba masanya tinggal rumah tok ayah pula di Kelantan.Barulah adilkan.Jadi kebetulan abang saya nak balik rumah mertua di Benta,saya minta bawakan dua orang anak saya bersama.Jadi tak perlulah saya balik hingga ke Kuala Lumpur,letih dah duduk dalam kereta.

Sambil-sambil selepas kami selesai makan di Gua Musang sewaktu balik ke Kuala Lipis,saya sempat mengambil gambar langit yang gelap menandakan hujan lebat akan turun.

Ini pemandangan dari dalam kereta saya,langit yang gelapdi sebelah sana.

Ini pula kami semakin menghampiri langit gelap tersebut.Memang kami sudah jangka hujan lebat akan turun bila-bila masa sahaja,apabila melihat kereta-kereta sudah memasang lampu.

Ini langit yang bergelora,tanda hujan sudah turun di sebelah sana.

Lihat!Sesampai sahaja di tempat tersebut hujan pun turun selebat-lebatnya.Memang lebat beserta kilat sabung menyabung.Anak-anak ketika ini sudah lena diulit mimpi.

Hanya saya belum tidur menemankan suami memandu dalam keadaan tahap penglihatan yang terhad akibat hujan lebat ni.Kereta pun dipandu perlahan kerana tak nampak jalan.

Sangat cantik dan menakjubkan ciptaan Allah di langit dan di bumi.Cantik tiada bandingan tatkala saya mengambil gambar-gambar di langit.

Pesanan:Esok misi bertolak semulake Kelantan untuk meneruskan sedikit kerja-kerja peribadi yang belum selesai.

Friday, September 16, 2011

Perbarisaan Kemerdekaan di Kuala Lipis

Walaupun bandar Kuala Lipis tidak sebesar bandar Kuala Lumpur,tetapi penghayatan menyambut kemerdekaan tetap berjalan dengan meriah dengan perarakan perbarisan dari seluruh warga Lipis.

Jom kita lihat gambar,biarkan gambar menceritakan segala-galanya:








Kemeriahan sambutan tetap dirasai walaupun kumpulan yang terlibat dalam perbarisan ini tidak ramai.Cuaca yang baik menjadikan perjalanan perbarisan ini menjadi lancar.

Pesanan:Ingat zaman sekolah dulu pernah masuk perbarisan merdeka,sekarang anak pula terlibat.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...