Dah 2- 3 hari ni...hujan lebat turun kat kawasan rumah saya di Benta,Pahang.Kalaupun tak hujan lebat,tetap juga turun hujan setiap hari.Kain baju pun banyak yang tak kering di ampaian.
Ini pemandangan yang saya ambil di salah sebuah kampung yang sering dinaiki air jika hujan turun lebat berterusan.Nama kampung ni Kampung Binjai yang terkenal dengan penjualan jagung.Lihat kat gambar tanaman pun ditenggelami air.Kampung Binjai terletak dilaluan ke Kuala Lipis-Benta.Kawasannya rendah sedikit.
Jambatan nilah yang selalu digunakan penduduk kampung untuk ke bandar Kuala Lipis,jika air hujan turun lebat,jambatan ini akan ditenggelami air banjir,maka akan terputus hubungan laluan.
Air yang deras ni pun dah hampir menaiki atas jambatan.Biasanya air tu taklah separas jambatan seperti didalam gambar ni.
Jadi persediaan berjaga-jaga kemungkinan air akan naik teggelamkan jambatan,sampan sudah tersedia.
Ada juga disediakan pondok untuk penduduk kampung berjaga-jaga jika kemungkinan air banjir naik dengan cepat.
Pesanan: Followers saya semakin naik dah 482...tak sedar pun...sebab kat atas tu tak tunjuk jumlah..
Showing posts with label followers. Show all posts
Showing posts with label followers. Show all posts
Monday, March 04, 2013
Monday, May 21, 2012
Jangan lupa letak link bila dah follow..
Kalau seseorang follow satu-satu blog,pasti akan meninggalkan link untuk dijejak semula.Saya pasti ramai yang menghadapi masalah seperti saya tidak dapat menjejak semula blog yang follow blog kita.
Ianya terjadi kerana blog itu tidak meninggalkan link atau URL agar mudah dijejaki semula.Jadi saya menjadi serba salah bila keadaan ini berlaku.Nanti dikatakan sombong tidak singgah ke blog mereka.
Tetapi kalau dah saya tekan keluar macam ni,apa daya yang dapat saya lakukan.Saya tidak dapat jejak anda.
3.Masukkanlah URL blog anda dan nama link anda.Tekan Add
Nota Terbaru:Terpaksa publish semula sebab ada lagi masalah begini.(21/5/2012)
Pesanan:Dulu mula-mula follow blog orang pun saya seperti mereka juga ,dah tahu baru saya buat.
Ianya terjadi kerana blog itu tidak meninggalkan link atau URL agar mudah dijejaki semula.Jadi saya menjadi serba salah bila keadaan ini berlaku.Nanti dikatakan sombong tidak singgah ke blog mereka.
Tetapi kalau dah saya tekan keluar macam ni,apa daya yang dapat saya lakukan.Saya tidak dapat jejak anda.
Sepatutnya ianya keluar sebegini(rujuk gambar bawah)
Akan keluar LINKS BLOG kita sendiri.Bawah about me..
Bagaimana untuk mengatasi masalah ni.Ini ada cara mudah:
1.Selepas tekan follow button keluar benda ni tekan more options.
2.Tekanlah Add link3.Masukkanlah URL blog anda dan nama link anda.Tekan Add
Kemudian tekan button follow.
Tadaaa...dah siap.Barulah boleh jejak anda.Mudah kan.Boleh cuba ye Hawa dan Junk.Saya pun masih belajar juga,kalau salah tolong tunjukkan.Nota Terbaru:Terpaksa publish semula sebab ada lagi masalah begini.(21/5/2012)
Pesanan:Dulu mula-mula follow blog orang pun saya seperti mereka juga ,dah tahu baru saya buat.
Monday, June 06, 2011
Kepada pembaca yang saya hormati...
Ini adalah sticky post..

boleh teka tak ?mana patung,mana manusia?
Ramai yang antara mereka-mereka yang follow saya tidak tinggalkan link mereka.Saya amat berharap anda tinggalkan link anda untuk memudahkan saya merujuk semula blog anda,seterusnya men'follow' anda.Dengan cara ini saya tidak tertinggal untuk berjalan ke blog anda.Jadi kepada sesiapa yang sudi memberi keizinan kepada saya untuk berkunjung ke blog anda sama ada anda follow saya atau tidak,mungkin juga saya tidak sedar kehadiran anda maka link yang ditinggalkan amat dialu-alukan. Saya amat menghargai kesemua yang sudi membaca blog saya ini.Sekian.Terima Kasih.
Pesanan:Entry sebenar saya di bawah entry ini...
Sunday, February 20, 2011
Blog adik comel ni review blog saya lah..

Terima kasih pada adik ni NUR AISYA HUMAIRA yang telah me'review' blog akak buat rujukan mereka-mereka yang memerlukan.Rajin betul adik kita ni.
Akak kau ni terharu betul bila ada juga orang nak toleh-toleh walaupun tak toleh banyak-banyak pada blog yang tak lah seberapa ni.Tapi ada ilmu itu yang penting. Tapi tak banyak juga tips yang diberi,sekadar menulis apa yang ada sahaja.
Saya ni bila ingat-ingat balik,taklah sampai nak suruh siapa-siapa untuk review blog ni waktu mula-mula berblog.Tapi bila ada yang sudi menghulur tangan,saya tak lepaskan.Ini yang kali kedua blog ini direview selepas direview oleh blog jomsantaisekejap.
Terima kasih daun keladi,
Sila datang lagi.
Adik ni yang berasal dari Terengganu ni dan sebagai pelajar juga anak remaja dan muda.Saya follow anak-anak muda termasuklah adik NUR AISYA HUMAIRA ni bukan apa,saya mempunyai anak dara dan anak teruna,maka saya ingin mengetahui apa yang diinginkan oleh anak muda ni.Apa aktiviti mereka lakukan,bagaimana mereka menyelesaikan sesuatu masalah,apa masalah yang biasa mereka hadapi dan macam-macam lah.Maka tugas saya melihat secara logik dengan akal yang waras,untuk mengambil mana yang elok dan cuba melihat secara positif perkara yang tak elok bagi memberi saya panduan untuk mendidik anak-anak dengan lebih baik.Jadi tidak salah saya follow anak-anak muda kan.
Bolehlah jenguk blog dia ye kalau ada masa.
Pesanan:Lebih baik ramai berkawan dari mempunyai ramai musuh.
Thursday, January 27, 2011
Follower yang ke seratus dan ayah saya?
Terima kasih kepada mereka yang menjadi followers saya.Pagi ni saya buka blog je,saya nampak followers saya sudah genap 100 orang. Followers saya yang ke seratus adalah dari BABY (MAMA AMANA & ARIEF. Terima kasih kepada MAMA. Sila lah terjah blog MAMA. Menarik isi kandungan blognya membuatkan saya terus menjadi followers di blognya. Juga tak lupa kepada semua yang sudi mengikuti blog saya ini.Dan antara kesemua followers itu saya juga terkedu sebentar, ayah saya juga menjadi followers saya!Hah! Terkejut besar saya.Adakah itu bermakna ayah saya juga mempunyai blog? Ya, dia ada blog.Tetapi tidak berapa aktif.Saya tidak akan beritahu yang mana ayah saya dalam senarai followers itu.Biarkan rahsia.Tapi tak tahulah,setelah mendapat tahu blog saya ini,mungkin dia akan aktifkan blognya.
Semangat untuk berblog bangkit lagi.Teruskan memberi suntikan semangat kepada saya.Saya akan cuba sajikan yang terbaik untuk tatapan semua.
TERIMA KASIH SEMUA!
Pesanan:Betulkan.Blogger dikalangan kita terdiri daripada pelbagai peringkat umur.Jadi silalah semai budaya hormat-menghormati sesama kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)





