Kalau anda pulang ke kampung dan kena pula bulan puasa,dan dah semestinya anda akan berbuka di tengah jalan,mana yang anda rancang?Berbuka di kedai makan atau bawa bekal dari rumah?
Saya lebih suka membawa bekal dari rumah.Makan je apa yang ada.Cuma saya akan beli air sahaja.Bila kita dah bawa bekal dari rumah,kita tak perlu pening kepala nak cari kedai makan yang mana,nak order apa.Lama pula nak tunggu kan.Ye lah semua akan makan serentak kan.
Yang best lagi bila dah bawa bekal kita hanya perlu cari tempat yang sesuai je,jadi berhentilah kat mana-mana kita rasa sesuai.
Hari ni saya akan pulang ke kampung suami di Kelantan.Bila dah lewat petang bertolak,memang konpem,saya dan keluarga akan berbuka di tengah jalan.Saya dah siapkan semua makanan yang diperlukan.Bawa pinggan plastik dan cawan.Amacam?
Nasi putih lauk sotong masak kunyit,ayam goreng berempah dan kurma.Tak lupa juga sedikit kuih kaswi sebagai pelengkap.Banyak pula menunya ye.Lari dah ni dari menu satu lauk satu kuih.Takpe sekali sekala,berjalan jauh perlukan pilihan makanan kan.
Selamat bercuti sempena Nuzul Al-Quran dan selamat berhujung minggu.
Pesanan:Saya ke Kelantan sambil melawat anak yang tinggal asrama sana.Boleh bersahur dan berbuka bersama.
Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts
Thursday, July 25, 2013
Tuesday, July 10, 2012
Pelik tak nama kampung anda?
Inilah kampung mak saya dan di sinilah saya dilahirkan.Walaupun saya dilahirkan di sini,saya dibesarkan dan bersekolah di Kuala Lumpur.Ini macam mak balik kampunglah sebab nak lahirkan saya,kemudian berpantang di sana.Habis pantang pulang semulalah ke rumah sendiri di Kuala Lumpurkan.
Inilah nama kampung saya,Kg Jalan Enam Kaki,Beranang,Selangor.Sebab itu kalau game bola Selangor main pun saya sokong,Kuala Lumpur main pun saya sokong.Sekarang bila dah berkahwin dengan orang Kelantan,sokong jugalah negeri Kelantan.
Sekarang saya jarang pulang ke sini,selepas atuk dan nenek tiada.Kalau pulang pun hanya sekadar menziarahi keluarga yang masih tinggal di sana,itupun jika ada majlis tertentu atau hari raya.
Pelik tak nama kampung saya tu.Saya pun tak pernah bertanya kenapa nama kampung tu diberi sebegitu rupa.Mungkin kalau tanya orang-orang tua yang dah lama tinggal di situ mereka tahu,tapi rasanya ramai yang sudah tiada.
Banyak lagi nama tempat-tempat di Malaysia ini yang pelik-pelikkan?Tentu ada sejarah disebalik nama tersebut.Apa nama kampung korang pulak?
Tambahan:Nama kampung suami di Kelantan pulak Kedai Lalat...kata suami dulu kat situ kalau ada pasar ramai yang hurung kat situ macam lalat,lepas tu balik...sekarang dah tukar nama...Kota Jembal pula..
(baru teringat nak tambah he he he)
Pesanan:Terbayang zaman kecil,cuti sekolah je mak hantar balik kampung.sekarang cuti sekolah saya pula hantar anak kat mak tapi bukan kampung,bandarlah...he he he
Inilah nama kampung saya,Kg Jalan Enam Kaki,Beranang,Selangor.Sebab itu kalau game bola Selangor main pun saya sokong,Kuala Lumpur main pun saya sokong.Sekarang bila dah berkahwin dengan orang Kelantan,sokong jugalah negeri Kelantan.
Seminggu yang lepas saya ke sana lagi kerana meraikan perkahwinan sepupu saya.Anak kepada kakak mak saya.Sepupu saya tu dah jadi anak yatim piatu.Hanya tinggal keluarganyalah yang menginap di sana(mereka buat rumah di situ)selain pakcik (adik mak) yang tinggal di rumah arwah nenek dan arwah atuk saya.
Pelik tak nama kampung saya tu.Saya pun tak pernah bertanya kenapa nama kampung tu diberi sebegitu rupa.Mungkin kalau tanya orang-orang tua yang dah lama tinggal di situ mereka tahu,tapi rasanya ramai yang sudah tiada.
Banyak lagi nama tempat-tempat di Malaysia ini yang pelik-pelikkan?Tentu ada sejarah disebalik nama tersebut.Apa nama kampung korang pulak?
Tambahan:Nama kampung suami di Kelantan pulak Kedai Lalat...kata suami dulu kat situ kalau ada pasar ramai yang hurung kat situ macam lalat,lepas tu balik...sekarang dah tukar nama...Kota Jembal pula..
(baru teringat nak tambah he he he)
Pesanan:Terbayang zaman kecil,cuti sekolah je mak hantar balik kampung.sekarang cuti sekolah saya pula hantar anak kat mak tapi bukan kampung,bandarlah...he he he
Friday, June 22, 2012
Kelambu Budak vs Kelambu Orang Tua
Ini kelambu budak.Biasa dah kan tengok.Memang sesuai dan cukup untuk seorang je ni.Kelambu ni sangat nostalgia kerana digunakan untuk sewaktu anak sulung saya kecil dan kini dia sudah pun berusia 14 tahun.Kelambu ini jugalah digunakan untuk kesemua 6 orang anak saya.Maknanya saya tak belilah kelambu baru.Guna je apa yang ada.
Orang tua pun nak kelambu jugakan.Lagi-lagi kat rumah kampung macam rumah Tok Ayah memang banyak nyamuk.Besar-besar pulak tu.Jadi orang berniaga ni pun ingat juga kepentingan orang tua,maka diciptakanlah kelambu besar khusus untuk kita yang tua ni.Kelambu ni kalau untuk keluarga saya kena ada 2.Maka kami bahagikan.2 yang kecik dan kami berdua satu kelambu.Satu kelambu lagi boleh isi 3 orang anak-anak dara saya.Yang bujang pula,dia kalih dengan nyamuk,dia berselimut penuh,nyamuk pun takut nak hinggap.ha ha ha
Biasanya kelambu besar ni ada banyak dijual di Kelantan.Buatan orang Thailand ni.Banyak kali teringin nak beli bawa balik satu,tapi kereta asyik penuh dengan orang dan barang je.Harganya sekitar RM40-RM50lah rasanya.Tak ingat,sebab dah lama adik ipar saya beli.Dia beli khas untuk Tok Ayah,tapi bila kami balik kamilah yang pakai.
Pesanan:Dah masuk kelambu malas rasanya nak keluar dari situ,syok je tidur.he he he
Labels:
Kampung,
Kelambu,
Masyarakat,
Tok Ayah
Subscribe to:
Posts (Atom)
