Tepung bahan utama untuk membuat kek dan kuih muih.
Antara tepung yang biasa kita gunakan ialah:
Tepung naik sendiri/tepung kek:
Tepung naik sendiri juga dikenali tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikot soda penaik.Tepung jenis ini banyak dijual di pasar raya>namun jika tiada ,anda boleh membuatnya sendiri dengan mengayak 250gm tepung gandum dengan 1 sudu besar (rata) serbuk penaik.Hasilnya tetap sama.
Tepung ros:
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh meranggupkan biskut.Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada.Dikatakan hasilnya lebih baik daripada tepung gandum.
Tepung berprotein tinggi:
Tepung berprotein tinggi sesuai digunakan untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi dan akan menjadi sempurna setelah diadun dengan yis.
Tepung ubi:
Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat biasa juga menggantikan dengan tepung sagu.
Tepung berprotein rendah
Lebih sesuai untuk dibuat pau.
Tepung beras pulut:
Tepung ini mempunyai seratus peratus beras merah asli,maksud beras merah,bukanlah beras itu berwarna merah,sebaliknya beras yang tidak dibuang bahagian merah pada mata padinya.Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna,pengidap kencing manis dan ibu mengandung sesuai mengamalkannya.
Sumber:SAJI Mei 2007
Ini adalah sebahagian je.Banyak lagi boleh diketahui jika kita rajin membaca.Jika kita dah kenali jenis tepung-tepung dan kegunaannya mudahlah bila kita nak buat kek atau kuih muih.
Pesanan: Penting juga tahu,pernah sekali ikut resepi dalam buku,kuih tak menjadi,rupanya salah buku tu,dia taip salah tepung.
Saya memang ada simpan notamacam ni. Senang nak refer.
ReplyDeletesaya pulak,kejap-kejap belek majalah tu kalau nak refer...
Deletesenang kalau dah tahu...
ReplyDeleteperlu simpan ni...
banyak lagi...tapi saya letak sebahagian je..
DeletePayah juga nak kenal tepung2 ni kalau tanpa label...
ReplyDeleteKalau saya... langsung le xboleh nak beza! Ummi mesti teror deh!
saya pun tengok label juga BM...tak lah pandai pun..heheheh
Delete