Monday, July 22, 2013

Sharifah Aleya pun sukar nak bezakan anak-anak kembarnya...'Sunshine dan Moony'

Sedutan akhbar dari SINI

Berbicara mengenai peranannya membesarkan anak kembar, Leya seboleh-bolehnya tidak mahu membezakan anak-anaknya termasuklah dari segi pemakaian.

“Sebolehnya, saya akan pastikan mereka memakai baju yang sama. Paling berbeza pun cuma corak saja kerana saya tidak mahu menjawab hal ini di kemudian hari. 

“Maksud saya, katakanlah bila mereka besar nanti dan mereka lihat gambar masa kecil. Apa perasaan mereka, jika salah seorang daripada mereka bajunya lebih glamor berlabuci dan seorang lagi tidak, pasti sedih bukan? Jadi, saya pastikan layanan untuk anak sama rata, tiada lebih dan tiada kurang,” katanya.



 Leya turut ditanya, bagaimana cara untuk membezakan Asha dan Aza yang memiliki wajah seiras.


Menurutnya, kekeliruan bukan hanya berlaku kepada orang yang baru pertama kali melihat anak perempuannya itu, malah, dia sendiri pun kadang-kadang keliru.

“Bukan saja saya, datuk dan nenek mereka termasuklah adik-adik saya pun sukar hendak membezakan Aza dan Asha. Dari segi karektor, tidak jauh berbeza sebenarnya, kerana bila Aza ‘moody’, Asha akan okay dan begitulah sebaliknya.

“Tetapi seorang sahabat baik saya yang sejak kecil lagi melihat Aza dan Asha, dia ada gelaran untuk mereka iaitu ‘sunshine and moony’. Apabila kita fikir sinaran matahari, dia adalah Asha. Pun begitu dalam sikapnya yang ceria dia sangat panas.

“Manakala Aza pula ‘moony’. Dia hanya berikan sikit saja ruang untuk mengenalinya, kemudian terserah bagaimana cara mereka untuk merapatinya,” katanya.

Pesanan:Suka sangat anak kembarnya...comel sangat!

15 comments:

  1. haah..suka tengok baby twin...comel!!

    ReplyDelete
  2. anak sedara suami akak kembar jugak...masa akak akawen,umur mereka baru 4 th...sekarang dah 27 th,masing2 dah kawen tp akak masih tak boleh cam man adik,man kakaknya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kembar ni biasanya semua cantik-cantik kan kak...dah besar diorang ye,tapi still tak leh cam lagi ye..

      Delete
  3. Suka tengok kembar seiras kan. Kakak dulu ada kawan kembar seiras cikgu pun susah dah bezakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kan kak...saya pun suka sangat...lagi-lagi kalau diorang dah besar..

      Delete
  4. saya pun suka tgk twin.. sbb suka tgk dorg pakai baju sama...

    *akak, nanti bg alamt dekat saya yer.. nak pos bookmarks raya..

    zarina_naniey@yahoo.com.my

    title bookmarks raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa mesti mak ayah diorang pakaikan baju sama...pernah juga anak2 akak kecik2 dulu pakai baju sama ramai kata kembar,padahal diorang beza setahun je..

      Delete
  5. sebab kembar seiras..susah nak bezakan..kalau saya pakaikan tanda kat mereka..gelang tau sebagainya...
    makin comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa saya dengar mak lah yang paling kenal anak kembar mereka...tapi ada juga ye tak cam...

      Delete
  6. teringin nak anak kembar...heheh...

    comel anak2 aleya ni...aleya pun tambah comel semenjak berhijab ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun teringin...lepas sorang- sorang saya bersalinkan...takde kembar pun ...hehehehe..

      Delete
  7. Dah besar dah twins ni..comelnya...
    Dari dulu teringin anak kembar..la ni tengok pun jadilah :D))

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat besarnya kan...tak sabar nak tengok bila remaja nanti..

      Delete
  8. Ye, layanan kena sama rata, nanti ada yang terasa.. Hehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...