Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Saturday, July 05, 2014

Pesanan Terakhir Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini

Penyanyi kesayangan ramai Datuk Sharifah Aini meninggal dunia dalam usianya 61 tahun.Hari ini ajalnya telah tiba,masa kita tidak tahu lagi.Meninggal di bulan yang mulia bulan Ramadhan.7 Ramadhan 1435.

Innalillahiwainnailaihirajiun.Dari Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali.

Pesanannya:

"Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA...Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah...dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah...saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA...saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada...gunakanlah FB ini kearah kebaikkan...untuk menjaga Silaturrahim...untuk saling menasihati...bukan untuk mengumpat...menabur fitnah...dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.Begitu pantas masa berlalu...45 tahun saya bergelar anak seni.......terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman...pahit dan manis...begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya... namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini."

Dia sudah bersedia....kita bagaimana?....Semoga Allah ampunkan segala dosanya dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman.Amin!

Pesanan:Muhasabah diri apabila mendengar kematian.

Monday, July 22, 2013

Sharifah Aleya pun sukar nak bezakan anak-anak kembarnya...'Sunshine dan Moony'

Sedutan akhbar dari SINI

Berbicara mengenai peranannya membesarkan anak kembar, Leya seboleh-bolehnya tidak mahu membezakan anak-anaknya termasuklah dari segi pemakaian.

“Sebolehnya, saya akan pastikan mereka memakai baju yang sama. Paling berbeza pun cuma corak saja kerana saya tidak mahu menjawab hal ini di kemudian hari. 

“Maksud saya, katakanlah bila mereka besar nanti dan mereka lihat gambar masa kecil. Apa perasaan mereka, jika salah seorang daripada mereka bajunya lebih glamor berlabuci dan seorang lagi tidak, pasti sedih bukan? Jadi, saya pastikan layanan untuk anak sama rata, tiada lebih dan tiada kurang,” katanya.



 Leya turut ditanya, bagaimana cara untuk membezakan Asha dan Aza yang memiliki wajah seiras.


Menurutnya, kekeliruan bukan hanya berlaku kepada orang yang baru pertama kali melihat anak perempuannya itu, malah, dia sendiri pun kadang-kadang keliru.

“Bukan saja saya, datuk dan nenek mereka termasuklah adik-adik saya pun sukar hendak membezakan Aza dan Asha. Dari segi karektor, tidak jauh berbeza sebenarnya, kerana bila Aza ‘moody’, Asha akan okay dan begitulah sebaliknya.

“Tetapi seorang sahabat baik saya yang sejak kecil lagi melihat Aza dan Asha, dia ada gelaran untuk mereka iaitu ‘sunshine and moony’. Apabila kita fikir sinaran matahari, dia adalah Asha. Pun begitu dalam sikapnya yang ceria dia sangat panas.

“Manakala Aza pula ‘moony’. Dia hanya berikan sikit saja ruang untuk mengenalinya, kemudian terserah bagaimana cara mereka untuk merapatinya,” katanya.

Pesanan:Suka sangat anak kembarnya...comel sangat!

Saturday, March 02, 2013

Malas nak tolong atau malas nak berhenti? Dikenali ramai pula tu...

Baru 2 hari lepas,twitter Wardina berbunyi begini pada suatu pagi yang sibuk....
Akhirnya.......

Kesimpulannya?Fikirkanlah bila perkara begini terjadi pada kita pula....

Pesanan:Wardina Safiyah adalah seorang artis terkenal...kalau kita yang tak terkenal ni kena macam mana ye...

Sunday, December 16, 2012

Sayangnya Siti dengan suaminya

Bila je mendengar suaminya mendapat kemalangan di New Zealand,terus penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza dan kakak iparnya Datin Zaiton berangkat ke New Zealand dari KLIA.Lagi best Siti terpaksa membatalkan konsertnya yang sedang berlansung di Jakarta.

Betul dah tindakan Siti tu.Tempat seorang isteri adalah disisi suaminya.Saat ni lah nak uji kasih sayang suami isteri.Adakah ikhlas atau berpura-pura.Mujur dalam kemalangan tersebut Datuk K masih terselamat.Masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini.Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian dari Allah ini dan sama-sama bermuhasabah diri.



Difahamkan Datuk Khalid menunggang motorsikal berkuasa tinggi untuk bersiar-siar sewaktu kemalangan terjadi.Ini menyebabkan beliau patah bahu,tangan dan kaki.

Untuk berita lanjut baca di SINI

Kalau nak jadi apa-apa...mana-mana pun boleh terjadi....INSAF....

Pesanan:Bila dengar musibah sana-sini...saya insaf seketika dan berusaha memperbaiki diri dengn lebih baik.

Saturday, November 03, 2012

Maaf saya tersilap.....

Maafkan saya....entry saya yang ini dapat saya jawab sebegini...Saya tersilap menjawab segala persoalan pembaca saya.Maafkan saya.

Saya terkilan tidak buat research dulu.Ada yang bertanya sama ada gambar Fara dipakaikan tudung atau diedit.Ini jawapannya:


Maafkan saya sekali lagi.Terutama pada Lyd...Kerana dengan confidentnya menjawab ianya tidak di edit,sedang buktinya sudah ada.


Pesanan:Saya ingatkan dah tak ada edit2 gambar artis/selebriti jika muncul iklan di Kelantan,rupanya masih lagi ada.

Thursday, November 01, 2012

Cerita Ulangan pun Layannn je...

Cerita Marimar adalah cerita ulangan sebenarnya.Tapi saya layan juga cerita tu,sebab jalan cerita menarik,pelakon yang cantik-cantik.

Walaupun dah tahu jalan cerita,tapi seronok juga tengok ulang kali pun.Kisah masyarakat,berebut perempuan,perempuan yang dikecewakan,perempuan yang tamak...macam-macam lah kisah teladan boleh dapat dari cerita ni.

Pasangan pelakon ni pun sama cantik sama padan.


Ding Dong Dantes  dan Marian Rivera Comel kan diorang berdua!!!!....

Dalam cerita ni pun ada seorang orang gaji yang lagi cute...tembab gitu.Bila saya tengok pakaian dia dari atas tu teringat lak kat Shila Amzah pakai macam tu waktu nyayi di Asian Wave kat China....he he he...Cuba tengok...peminat Shila jangan marah ye...saya pun minat Shila juga,lebih-lebih lagi sejak bertudung ni,nampak lagi cantik.



Pesanan:Apa-apapun,bila pagi-pagi dah tak de cerita nak tengok,tengok cerita ulangan pun tak de hal.

Thursday, August 09, 2012

Nurul Syuhada sudah berhijrah?


 Cantik dan manis pengacara MHI TV3 bertudung.Semoga perubahan yang dilakukan ini akan kekal selamanya.Kita hanya mampu berdoa dari kejauhan.

Yang sempat saya snap...

Pagi tadi saya menonton Malaysia Hari Ini,terlihat pengacara berlesung pipit ni memakai tudung lengkap,bukan sekadar melayangkan selendang ke bahu sahaja,malah menutup keseluruhan rambutnya.Alhamdulillah.Orangnya cantik,bila bertudung bertambah cantik.Alangkah bertuahnya suami disisinya.




Mungkinkah ini hijrahnya di Bulan Ramadan ni.Ini yang ditweet di twitternya:



Tweet ni muncul sejurus selepas dia selesai mengacarakan rancangan MHI.Mungkin menjawab segala soalan atau harapan dari peminatnya di twitternya.

Pesanan:Semoga ramai lagi umat Islam berhijrah ke arah kebaikan.

Tuesday, July 10, 2012

Sentuhan Sue Hashim

Kalau tak kerana entry afzalsukasuki ni,saya hampir terlupa siapakah juru make up sepupu saya,Prof Erin sewaktu perkahwinannya di Seremban bulan lepas.

Memang cantik make up yang dihasilkan oleh Sue Hashim ni.Rupanya sepupu saya juga menggunakan khidmat Sue Hashim untuk make up di hari perkahwinannya.Kelas kau jah!




Sue Hashim juga telah banyak make up ramai artis terkenal antaranya Siti Nurhaliza,Yana Shamsudin,Alyah,Diana Amir,Erra Fazira dan ramai lagi.Orang lain dah lama kenal,saya je yang baru kenal.Maklumlah saya bukan pun dalam bidang persolekan,bersolek pun tak reti.he he he

Sangat sibuk jadualnya.Ini saya print screen nama sepupu saya yang tersenarai dalam jadualnya.Jadual dia sampai bulan Disember pun dah ada yang booking.Hebatnya!




Sumber Gambar:cilok FB dia...he he he

Saya sebenarnya tak dapat hadir ke perkahwinannya atas sebab tertentu,jadi mak dengan ayah je lah pergi.Nak ambil gambar yang ayah ambil,kabur je.Baik ambik je gambar kat FB dia.

Korang kalau nak kenal jurusolek Sue Hashim ni g je lah tengok blog dia.Terima kasihlah kepada afzal,katanya makcik dia ni.Boleh diskaun kalau sebut nama dia.Tu dia promote...he he he

Pesanan:Pusing-pusing dalam dunia blogging ni mesti jumpa benda kaitan yang sama.

Wednesday, May 02, 2012

Kenduri Kahwin Adik Bongsu Siti Nurhaliza

Jangan terkejut!Saya lagi terkejut apabila tiba-tiba mendapat panggilan dari sepupu Siti. Katanya hari ini 1 Mei 2012,ada kenduri kahwin adik bongsu Siti Nurhaliza di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah,saya turut diundang memeriahkan majlis.Sekeluarga tau.Maknanya saya perlu memenuhi 2 undangan pada hari itu.

Antara tetamu yang hadir.Tak sesak,sebab bukan Siti yang kahwin kan...


Tetapi oleh kerana suami saya segan nak masuk,saya seorang sahaja yang masuk dewan,berjumpa Mak Mah,mak Siti dan juga sepupu Siti merangkap kawan saya tu.Saya hadir seawal jam 12 lebih,masih belum ramai lagi.Pengantin pun belum sampai.Jadi saya ambil keputusan untuk makan di kenduri kedua dahulu,kemudian baru datang semula.Sempat lagi snap gambar pelamin.

 Selesai di kenduri kedua,saya menuju semula ke dewan tersebut,kali ini semua adik beradik Siti ada termasuklah pengantin baru kan.Tak lepaskan peluang,saya turut mencelah mengambil gambar mana-mana yang sempat.Hasilnya!!!Memuaskan!


Hidangan makanan pengantin pun biasa-biasa je,macam kenduri kita-kita je.Bagus keluarga Siti ni,semuanya low profile.Tidak suka menunjuk-nunjuk.
Pelamin yang simple tapi cantik!Tak ler macam sesetengah rakyat jelata tu,Pelamin je penuh macam hutan.

 
Ni lah pengantinnya.AdikSiti yang lelaki tu,yang bongsu dah tu.
Mula-mula bergambar dengan sepupu Siti dulu,ni lah kawan saya.Suaminya kawan suami saya juga.Kalau tak kerana undangan dari dia,tak sampai saya ke sana.Terima kasih bagitau Mak Mah kata nak jemput saya sekali ye.

 Ni bersama Kak Rozi kakak ipar Siti.Waktu saya datang dalam pukul 12 tak ramai lagi.Jadi sementara tunggu pengantin dan Siti sendiri hadir,ambil je gambar dengan sesiapa yang ada hubungkait dengan Siti ni kan....

 Akhirnya masa dinantikan pun tiba.Pengantin sampai mesti adik beradik dia pun ada kan.Jadi peluang datang sekali,mari kita ambil kesempatan.Saida ni sebaya saya kalau tak silap.Tapi body maintan lagi.Kelas kau jahhh!


Sebelah pagi,katanya ada membuat kenduri cukur jambul anak kedua Saerah.Wah membesar kau ye.Maklumlah baru lepas pantang.Tapi nampak gayanya badan saya kecil sikit dari dia kan.Ha ha ha..sempat lagi saya seloroh dengan dia bagitau saya dah turun 2kg!



Ok.Kalau korang nak tahu,setiap perkahwinan adik beradik Siti ni,mesti pengantin diorang tak heran sangat.Yang paling sibuk bergambar adalah kakak pengantin ni.Siti tengah makan pun berkelip-kelip cahaya kamera sibuk ambil gambar.Saya nak ambil gambar ni,dah beratur ramai kat belakang tu nak tunggu giliran.Makin kurus pula tengok Mak Iti ni.Atas ehsan sepupu Siti,dapatlah saya bergambar mesra dengan Siti.Siap duduk sebelah lagi tau!

Hmmm...dah habislah kenduri kendara kahwin adik beradik Siti.Semua dah selamat berkahwin.Kalau dengar-dengar ada kenduri kahwin lagi,mungkin yang nak pasang dua lah tu.Hik hik hik..nakalnya telahan saya ni.Selesailah tugas dan tanggungjawab Siti dan keluarga untuk melihat semuanya mendirikan rumahtangga.Kalaulah Pak Din ada.....

Pesanan:Saya tak jamah langsung makanan kat situ,sebab saya dah kenyang makan kenduri satu lagi.Tak tergamak nak isi dalam perut lagi.


Thursday, April 12, 2012

Ada yang berminat tak dengan album piring hitam ni?

Zaman tahun bila lagi ye album-album piring hitam ni ada yek?Saya pun tak pasti,mungkin 50an,60an dan 70an..

Ni ada sebahagian koleksi album piring hitam yang masih dalam simpanan ayah saya.Cuti semalam sempena cuti  Hari Pertabalan Agong,saya mengambil kesempatan mengemas rumah mak.Ini lah hasilnya.Barang-barang simpanan ayah saya.

Saya tanya ayah,"Ayah nak buat dah dengan benda ni?" Ayah jawab"Entah,kalau ada orang nak beli ayah nak jual je".

"Nanti ye,orang masuk dalam blog,mana tau kot ada yang berminat,Ayah jangan buang pulak"kata saya sambil mengambil setiap gambar album ni lagak seperti jurugambar profesional.




Inilah yang ada.Nostalgia tau,mana tau 20 tahun akan datang lupus dah barang klasik macam ni.


Wah ,Kak Pah punya album pun ada...dulu ada tempat nak main piring hitam ni...dah kalau takde simpan je lah dalam stor.

Atuk dan Atan ada juga ni...suara Dato Jamali Shadat ni.

Itu je lah buat tatapan semua.

Pesanan:Inilah dikatakan tak de yang lama,tak de yang baru.

Tuesday, April 03, 2012

Nasib Artis Seperti Siti Nurhaliza

sumber gambar:disini

Kalau dah popular,apa sahaja dibuat pasti menjadi bualan masyarakat.Inilah nasib yang perlu ditanggung oleh penyanyi no 1 Malaysia,Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Walaupun beribu penafian dibuat,orang tetap bercerita tentangnya,terutama gossip panas yang sedang melanda rumahtangga beliau dan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (Datuk K).

Datuk K dikatakan mempunyai hubungan dengan pelakon cantik Rozita Che Wan dan dikatakan juga bakal berkahwin dengan pelakon popular itu.

Menurut petikan di laman blog Murai.Com Siti berkata "Ini bukanlah kali pertama gosip ini disebarkan dan bila saya dengar lagi mengenai gosip ini saya tidak ada rasa untuk bertanyakan kepada suami. Jauh sekali untuk mencurigainya.


Boleh baca berita sepenuhnya di sini


sumber gambar:disini

Sebelum ini di Harian Metro Rozita Che Wan juga menafikan gossip ini dengan berkata  “Saya bukan bakal isteri baru Datuk K,” kata selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang menepis dakwaan akan berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K seperti didakwa laman blog dan portal hiburan.


Boleh baca berita sepenuhnya di sini.


Sebagai salah seorang peminat suaranya,saya berasa terkilan dengan gossip yang melanda rumahtangga beliau dan suami.Biarlah mereka hidup bahagia seperti pasangan yang lain.


Amacam?boleh jadi wartawan gossip artis tak saya ni?Sengaja nak tulis cerita pasal Siti ni,sebab asyik baca kat blog orang je,biar orang pulak baca kat blog saya.Saya pun boleh baca sekali lain kali.He he he..


Pesanan:Kalau tegur bab-bab lain,contohnya cara pemakaian dalam Islam ke,yang tu digalakkan.

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday # 6-Siti Nurhaliza

Selamat datang ke laluan orang-orang terkenal di SMK Clifford,Kuala Lipis,Pahang.



Pesanan:Sekadar untuk kenangan di Kuala Lipis.

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday # 5-Arca Cinta Jepun

お元気ですか?(o genki desu ka?) Apa khabar?/Anda sihat kah?

Keratan akhbar Berita Minggu BPOP bertarikh 12 Februari 2011.


Pelakon Zahiril Adzim dan isteri  Shera Aiyob di Shinjuku,Jepun tahun 2012


Blogger ummiarissa di Shinjuku,Jepun tahun 1996

Pesanan: Sudah 16 tahun telah berlalu,hanya tinggal kenangan.

Friday, January 06, 2012

Kenangan bersama HotFm...

Bila diingat kembali,memang suatu kenangan terindah.Dahlah baru pertama kali masuk pertandingan sms di 8TV,tiba-tiba terpilih apabila mendapat telefon daripda Hotfm sendiri.Ala siapa terpantas hantar jawapan sms di Chat@15,dia boleh ke konti Hotfm bersama penyampai-penyampai Hotfm di Am Krew HotFm..siapa tak nak kan?

Memang dah lama dalam tahun 2010/2011 kalau tak silap(saya tak ingat!),baru nak bawa keluar gambar-gambar ni.Lagi pula kebetulan tahun ni ada pelancaran dua HotFm di Kelate dan Terengganu.Jadi saya pun nak tumpang hangit sikit.

Untuk pengetahuan,saya bertolak dari Kuala Lipis tau nak ke Kuala Lumpur tu.Nasib baik rumah mak kat sana.Jadi tak ada masalah.

Jom lihat gambar-gambar yang sempat dirakam...

Sesi bergambar yang penting tau...Ni dengan Faizal Ismail (FBI)..memang peramah mamat ni...macam-macam lawak lah dia buat.Sebaya usia dengan saya ni.Memang tak rugi kenal dengan Faizal.Dia manusia biasa juga,ada masa serius ada masa buat lawak.


Ni dengan Fara Fauzana(FAFAU)..Masa ni rambut dia pendek lagi..tak make up pun.Ni muka original lah ni..Memang cekap minah ni kat Konti HotFm...happening betul! Memang dia suka mengusik Faizal.Asal kata kita nak bergambar,dia tak tolak punya.

Sebelum nak pulang tu,bertemu pula Tini,sebab lepas tu segmen dia.Apalagi bergambar sakan lah saya.Bukan selalu dapat jumpa mereka ni.Tini pun tak sombong.Saya pun tak sombong tau!

Yang ni pula sesi bergambar beramai-ramai,ada Suraya juga.Yang dua orang tu rasanya pelatih Uitm.Baju hijau tu pun memang lawa in person..tak ingat namanya.

 Sewaktu segmen Am Krew ke udara adalah artis jemputan. Artis dalam filem Susuk..kalau tak silap.Bersama Diana Rafar.
Juga tak ketinggalan bersama Ida Nerina.Sewaktu di konti juga saya sempat merakam mereka berlakon seolah-olah Ida Nerina sedang menyertai The Amazing Race(Asia) dulu...gamat konti HotFm kala tu.Kecoh gitu!

Bila sebut HotFm Kelate ada seorang blogger juga terpilih menjadi penyampai radio di Kelate nu.Saya pun kenal dia melalui blog dulu,sebelum menyertai HotFm Kelate.Boleh lah jalan-jalan baca blog Shazwanie di sini


Sekarang dah mula popular dengan segmennya sendiri Segmen Dedikasi 11 pagi hingga 2 petang.Hati Berbisik pukul 2 hingga 3 petang .Siarannya Isnin hingga Jumaat.Penyampai yang lain adalah seperti Renny,Fizie dan Farid.Boleh layari di HotFm Kelate

.

Ini penyampai Shaz dan Renny di konti HotFm Kelate.Beruntung orang-orang Kelate dan Ganu ada special HotFm untuk mereka.Kalau balik kelantan kena dengarlah.Tapi kalau luar Kelantan dengar online jer kat HotFm.

Okaylah.Ada satu lagi gambar saya di konti HotFm KL nak kongsi.Yang ni penting,sebab Fara ada bagitau macam mana segmen AmKrew beroperasi,boleh tengok macam mana cara mereka bekerja.
Ada satu lagi rahsia,bila lagu sedang on air,memang senyap sunyilah konti tu.Waktu tu diorang buat kerja masing-masing.Waktu suara diorang on air barulah riuh.

Cuba tengok saya duduk kat mana?Ha tu lah tempat Fara duduk untuk godek-godek pelbagai mesin dan komputer kat depan dia.Ingat senang boleh duduk situ.Sekejap pun jadi lah.Macam artis lak saya kan.. keh keh keh...

Pesanan:Peluang datang sekali,harus direbut!Dapatlah sedikit cenderamata dari mereka buat kenang-kenangan..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...