Wednesday, October 02, 2013

Berhati-hati mengendalikan makanan di kenduri kahwin,dah ada yang mati makan di kenduri kahwin.

Berhati-hatilah dalam mengendalikan makanan untuk sesebuah kenduri.Benda macam ni lah kita paling takutkan terjadi.Kejadian yang berlaku di Sungai Petani (Tanjung Dawai) perlu diambil perhatian.Kita rasa dah berhati-hati tetapi malang tidak berbau.

Boleh baca berita selanjutnya di SINI,SINI dan SINI Takziah kepada keluarga mangsa.

Bila melihat kepada punca kejadian,dikatakan ayam yang telah digoreng semalam,disimpan pada suhu bilik untuk dimasak masak merah esoknya,saya teringat dengan jiran saya yang tertinggal semalaman 2 ekor ayam dalam bonet keretanya.

Gambar makanan sekadar hiasan je ni,takde kene mengena dengan cerita...

Habis berbau seluruh kereta.Saya lihat ayam tu memang masih elok,tak lebam pun,takde warna biru pun tapi baunya nak termuntah.Mula-mula rasa sayang,jadi saya suruh dia rebus balik.Jadi dia blender serai,sapukan di seluruh ayam dan kukuskan.Memang baunya tak hilang.Bila saya sendiri baupun dah nak muntah,saya buangkan je.Nasib baik saya tak makan.(ada hati nak masak ayam tu..hehehe)

Bahayakan.Sayang makanan pun tengok-tengoklah ye,kalau sampai membuatkan orang lain sakit kita juga yang susah.Hati-hatilah ye.

Pesanan:Tapi tu lah bila melibatkan bilangan yang banyak,kalau buang rasa rugikan,apa-apapun semoga cerita ni menjadi pengajaran kepada kita.


15 comments:

  1. memula zee ingat kena racun kak..rupanya bakteria..tu la, makanan sekarang blom tentu bersih..walhal kita baru beli..hygiene tu yang tak jaga..nak2 plak sekarang,sumer pon main suntik jer kan..
    takziah gak kat keluarga mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tak pasti cerita sebenar...tapi tu lah memang kena hati-hati,ayam berbau je kena jaga-jaga...jangan dimasak

      Delete
  2. memang perlu berhati2 dalam mengendalikan makanan, kesian pada para tetamu yang datang kenduri pada hujung minggu lepas tu bila balik rumah keesokkan harinya terkena keracunan makanan dan sebagainya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetamu datang dengan perut lapar nak makan kenduri,alih-alih keracunan pula ye...kasiha kepada keluarga pengantin dan keluarga mangsa..

      Delete
  3. sakit perut sebab makan makanan dari rumah kenduri adat sebab makanan telah dimasak awal tapi makan esoknya...
    tapi bila ada yang meninggal takut juga....ayam sekarang kita tengok banyak yang disuntik entah betul atau tidak...
    berhati-hati untuk kita juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah Nur...takut pulak dengar cerita ni kan...

      Delete
  4. mak mertua pun takut juga..sbb takut jadi begini..moga dijauhkan..

    ReplyDelete
  5. Nk g mkn kenduri pon dh rasa takut....tp prkara camni boley brlaku kt mana2...moga kita dijauhkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bab-bab kebersihan makanan diutamakan dalam mana-mana majlis pun..

      Delete
  6. lepasni dah macam fobia nak makan ayam masak merah...huhu saya dah la suka makan lauk kenduri huhu...lepas ni kena hati-hati la kot kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak buat makanan yang terbaik untuk tetamu,kena pilih bahan-bahan yang terbaik juga...jangan kelapa masam pun guna juga,ayam berbau pun guna juga,kalau terpaksa buang,kenalah buang..

      Delete
  7. dah ajal la kot. tp sebaik2nya kta hati2 la smsa penyediaan makanan..kta mampu mengubanya...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...