Showing posts with label ibubapa. Show all posts
Showing posts with label ibubapa. Show all posts

Saturday, May 10, 2014

Aktiviti di taska 'Sayang Ibu'


Tidak kira tarikh bila ia di sambut. Tujuannya hanyalah untuk mengajar anak-anak agar sentiasa menghargai ibu dan menyayangi ibu.

Ini lah antara aktiviti yang saya lakukan untuk anak-anak taska saya.Saya sendiri tidak war-warkan tarikh hari ibu yang hampir semua orang sibuk memikirkannya.

Sekadar memberitahu kita cipta kad untuk beritahu kita sayang ibu kita . Setiap hari saya bertanya kepada anak-anak taska 'siapa sayang ibu bapa?'...semuanya mengangkat tangan tanda sayang.

Lalu saya mengajak anak-anak menadah tangan dan mengajar doa untuk ibu bapa. Semua gembira.

Semoga anak-anak saya juga begitu. Tanpa ibu siapalah kita.

Jom sama sama berdoa untuk ibu bapa.

Pesanan:Beruntung saya masih ada ibu dan ayah.

Wednesday, November 06, 2013

Anak-anak yang mati sebelum baligh,dimana kedudukanmu?

Damailah engkau wahai anak-anak kecil yang meninggal dunia sebelum usia balighmu.Syurga menantimu wahai anak-anak.Tenanglah dan bergembiralah wahai ibu dan ayah,anak-anakmu menanti di sana.

Terdapat banyak info berkaitan dengan hal ini.Di mana kah kedudukan mereka yang mati sebelum usia baligh.

Antaranya:

Anak orang islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Hal ini termasuk dalam kesepakatan semua para ulama. Al-Imam Ibn Kathir berkata:
فأما ولدان المؤمنين فلا خلاف بين العلماء كما حكاه القاضي أبو يعلى بن الفراء الحنبلي عن الإمام أحمد أنه قال : لا يختلف فيهم أنهم من أهل الجنة . وهذا هو المشهور بين الناس ( أي عامة العلماء ) وهو الذي نقطع به إن شاء الله عز وجل 
Maksudnya: “Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama (semua mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang dihikayatan oleh al-Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada perbezaan di kalangan ulama, bahawa semua anak-anak orang yang beriman termasuk dari kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami putuskan insyaallah.” (Tafsir al-Quran al-‘Azim 3/33)
Al-Imam al-Nawawi pula berkata:
أجمع من يعتد به من علماء المسلمين على أن من مات من أطفال المسلمين فهو من أهل الجنة ؛ لأنه ليس مكلفا
Maksudnya: “Telah bersepakat para ulama umat Islam yang diambil kira perkataannya, bahawa sesiapa yang mati dari kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.” (Syarh Muslim 16/207)

Sumber: SINI

Pesanan: Kita yang sudah baligh dan berakal ini yang perlu berbuat lebih banyak kebajikan dan kebaikan,kerana kita masih tidak tahu di manakah kedudukan kita?Wallahualam...semoga dikuatkan iman kita agar mati dalam Islam.

Monday, May 20, 2013

Derhaka kepada Ibubapa akan disegerakan pembalasannya di dunia lagi.

Sebagai seorang anak,taat dan berbuat baik kepada ibubapa merupakan satu tanggungjawab.Berbuat baik kepada ibubapa beerti patuh kepada segala suruhan serta tunjuk ajar mereka yang makruf dan sentiasa berusaha menggembirakan kedua ibubapa dengan memelihara hubungan yang baik melalui pemberian kasih sayang,pemberian kerjasama dan bantuan hal-hal yang munasabah dan berpatutan.

Dengan perkataan lain,adalah menjadi suatu kesalahan atau dosa jika seorang anak derhaka terhadap ibubapanya.Derhaka kepada ibubapa juga beerti derhaka kepada Allah kerana perintah berbuat baik kepada ibubapa beriringan dengan perintah supaya beribadat kepada Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua,dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.

(Surah an-Nisa' Ayat 36)

Janganlah sebab kita sudah berjaya,memegang jawatan penting,sudah hidup senang kita lupa terus jasa ibubapa kita.Walau buruk mana pun ibubapa kita,sampai kita mati pun mereka tetap ibubapa kita.Ingatlah anak-anak,menangis je ibubapa kita kerana perbuatan kita kepadanya beerti kita telah membuat dosa besar dan menderhaka kepada mereka.

Kita selalu berharap nanti anak-anak kita akan berbuat baik kepada kita,namun jika baik layanan kita kepada ibubapa kita baiklah bakal kita perolehi,namun begitu sebaliknya yang bakal kita terima jika sebaliknya berlaku.

Akibat Derhaka terhadap ibubapa

Derhaka kepada ibubapa termasuk di antara sebesar-besar dosa besar yang dapat mengakibatkan seksaan neraka.Rasulullah  s.a.w. bersabda:

Sebesar-besar dosa itu isalah menyekutukan Allah,membunuh orang,derhaka kepada ibubapa,dan berkata dusta (menjadi saksi palsu).

Derhaka kepada ibubapa menyebabkan semua amal menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat.Apabila seseorang anak menderhaka terhadap kedua orang ibubapanya,maka semua amalan yang dilakukan adalah sia-sia.Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Tiga perkara yang menyebabkan amal tidak bermanfaat ialah menyekutukan Allah,derhaka kepada kedua ibubapa dan lari dari medan peperangan.

(Riwayat at-Tabrani)

Betapa pun kita bersusah payah berbakti kepada keduanya,namun jika dibandingkan dengan jasa mereka terhadap anak-anak adalah tidak seberapa dan tidak dapat dihitung.

Derhaka kepada ibubapa akan disegerakan pembalasannya oleh Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat.Perbuatan derhaka terhadap ibubapa akan dibalas segera oleh Allah s.w.t. di dunia ini.Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiap-tiap dosa itu ditangguhkan pembalasannya oleh Allah sesuai dengan kehendak-Nya,sampai hari kiamat,kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua ibubapa.Sesungguhnya derhaka kepada kedua-dua ibubapa disegerakan oleh Allah s.w.t.Pembalasannya kepada yang punya dosa diwaktu dia masih hidup di dunia sebelum mati.

(Riwayat at-Tabrani)

Sebagai ibubapa pula kita hendaklah selalu mendoakan kebaikan kepada anak-anak kita,janganlah sesekali mendoakan perkara yang tidak baik kerana doa ibu sangat makbul.

Renung-renungkanlah kehidupan kita sekarang ini.Tanyalah kepada diri sendiri,bagaimanakah kita melayan kedua ibubapa kita.

Pesanan:Ingatan untuk diri sendiri juga agar jangan lalai dengan tanggungjawab anak terhadap ibubapa.

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu,Mak,Umi,Mama

Apabila melangkah ke alam perkahwinan,pasti ingin mempunyai anak sendiri yang akan menjadi impian.Impian menjadi seorang ibu.Semua wanita mengimpikan demikian.Namun demikian ada juga yang tidak diberi rezeki untuk mempunyai anak.Ini semua perancangan dariNya.



Inilah wajah kesayangan mak saya.Umurnya sudah melewati 60 tahun lebih.Setakat ni sudah mempunyai 15 orang cucu.Saat yang paling mak suka bila kami sekeluarga dapat berkumpul bersama.Saya masih lagi mempunyai ayah.Ayah lah yang saya harap dapat menjaga mak.Mak juga saya harap dapat menjaga ayah.Sampai bila-bila pun saya tak terbalas jasa mereka berdua.


Ini pula saya yang bergelar ibu.Bersama anak perempuan yang sulung.Anak ke 2 daripada 6 orang adik-beradik.Saya berharap semua anak-anak menghargai pengorbanan ibu mereka.Bila sudah menjadi ibu,sangat terasa segala apa yang pernah ibu kita lalui dulu.

Sayangi ibu anda setiap masa.....ianya sangat releven.

SELAMAT HARI IBU!

Pesanan:Bila menjadi ibu,hadiah itu tidak penting,yang penting anak menghormati diri ini sebagai ibu mereka.

Wednesday, March 20, 2013

Waktu kecil dulu saya minum susu ni je

Saya baru je selesai berbual dengan mak di telefon tadi.Walaupun saya tinggal jauh (saya di Benta,Pahang,mak ayah pula di Kuala Lumpur) dengan mak ayah,kami akan selalu berhubung melalui telefon.Inilah caranya saya mengeratkan hubungan sesama kami.

Biasanya topik perbualan antara saya dan mak adalah masakan,hal-hal agama(kalau mak kebetulan baru balik dengar ceramah agama semalam mak mesti bercerita),hal anak-anak(ni nak cuti sekolah sibuklah tanya saya bercuti mana),kemudian tak ketinggalan hal politik.Ye hal politik pun mak bercerita dengan saya.Ada lagi satu hal artis pun mak banyak tahu tau,kalau ada artis tu sakit ke,meninggal ke,dia lak bagitau saya dulu,ye lah sebab saya tak sempat nak tengok tv dan dengar beritapun.


Tadi mak bercerita lagi.Kali ni kisah saya kecil-kecil dulu.

Mak: Tadi Norfa telefon.(Norfa-adik bongsu saya).Dia kata anak dia tak boleh dah minum susu mahal.Mak pun bagitaulah,abang kau dulu susu lactogen,angah dulu susu Dumex,kak Ida dulu (saya ler tu)...

Saya: Ala susu cap junjung kan..(saya terus menyampuk)

Mak: Ha'ah (ketawa suka mak)

Saya: Siapa mak yang suruh mak bagi susu tu?(saya cuba mengingatkan cerita mak,sebab mak pernah bercerita hal ni kepada saya dulu)

Mak:Ala ada saudara mak.Mak tegur,sihat anak kau,tembam,kau bagi minum susu apa?Dia cakap ala susu cap junjung jer.Itu yang mak bagi kau minum susu tu.Sampai sekarang wan (arwah nenek) kau tak tahu.

Tu yang tiba-tiba nak buat entry pasal susu ni.



Saya rasa susu nilah zaman dulu-dulu mak guna.Sekarang dah macam-macam jenis susu.Tapi orang sekarang kalau bagi susu ni kat anak kecil mereka,mesti sakit perut.Mak saya bagi waktu kecil okay je.Besar jugak saya...heheheh


Tengah saya cari-cari image susu tin ni,ada jugak terselit gambar adik saya sedang memegang susu tin.Ni adik saya yang juga blogger Sumijelly tu.Yang ke 4 dalam adik beradik 5 orang.Bawah saya ler tu.Apa motif dia pegang susu tu tak tahulah.

Korang macam mana?Ada ke mak ayah beri susu ni.Mungkin waktu dulu,kami susah susu ni je lah mampu nak beli berbanding susu tin berjenama tu.

Pesanan:Bersyukur dua anak terakhir saya menyusu penuh susu badan.

Monday, March 04, 2013

Pernah dengar apa itu CMPA ( Cow's Milk Protein Allergy)?

Jom ambil masa 2 minit untuk mengetahui sama ada kita faham atau tidak dengan CMPA


Boleh layari : www.surveymonkey.com/s/SQND75M 

Pesanan:Sekadar menyampaikan pesanan....

Sunday, November 25, 2012

Ajar anak buka kunci pintu kereta dari dalam....

Dalam kita sibuk dengar anak-anak kecil terperangkap atau terkunci dalam kereta.Apakah tindakan kita?Janganlah kita dengar je cara penyelesaiannya tapi buat tak hirau bagaimana nak ajar anak-anak kita.

Saya masih ingat lagi sewaktu anak sulung saya berusia 2 tahun terperangkap dalam kereta yang berkunci.Dan dia pula tidak pandai menarik penyelak kunci(apa ye sebutan betulnya?) di pintu kereta.

Saya sudah panik ketika itu,mujur ayah saya ada.Dialah menerangkan kepada anak saya cara-cara untuk menarik penyelak pintu kereta itu.Anak saya pula asyik menangis je dalam kereta tu.

Perkara tidak berlanjutan lama,lagi pula kereta tidak hidup,kalaulah keadaan berlanjutan lama,tak tahu apa yang jadi kepada anak saya.

Bila saya ingatkan kembali,saya cuba pula kepada anak bongsu saya yang kini sudah berusia 2 tahun setengah.Tetapi saya berada di dalam merakam tindak tanduknya.


Alhamdulillah,mujur dia pandai membuka penyelak pintu kereta tersebut.Mungkin dia sudah biasa melihat kami dan adik beradiknya yang lain memperlakukan perkara yang sama.Lagipun anak-anak sekarang anak-anak IT...ilmu melebihi kebiasaan...he he he

Beringat sebelum terkena.Dan bestnya baba memberi simbol ibu jari ke atas tanda bagus!!!

Pesanan:Pengalaman mengajar erti kedewasaan.

Thursday, July 19, 2012

Sekitar Majlis Harijadi Prasekolah Anis

Saya sebenarnya bukan boleh sangat hadir ke majlis ni.Bayangkan saya menjaga anak-anak cikgu,jadi takkan saya nak angkut semua ke majlis tu.Ramai yang kecik dari yang besar.Jadi saya pun plan baik punya.

Saya suruh suami balik kejap,tolong tengokkan anak jagaan saya,maka saya pun senang lenanglah ke majlis tersebut.Mujur sekolah anak dekat je ,jalan kaki pun boleh.ha ha ha

Kasihan pula kat Anis kalau saya tak hadir.Dia mesti terasa hati kalau lihat ibu atau bapa kawan-kawan lain ada,tapi dia takde.Mesti dia sedihkan.Jadi saya pun menghadirkan diri bersama sibongsu Arissa.


Tengok Anis dan rakan-rakannya.seronok je tengok budak-budak ni.Anis tersilap info,sepatutnya pakai baju sekolah je.tapi mentangkan nak sambut harijadi dia sekali,siap pakai baju kurung cantik lagi.Mujur ada Anieq kawannya pun pakai baju lain.Orang lain semua pakai pakain seragam sekolah.



Ini kek yang ditempah cikgu pra,okay lah rasanya.Gambar mesti tak larilah dari watak-watak kartun kan.Sebagai pembuat kek,harus ambik gambar kek ni.


Antara makanan yang dihidangkan untuk ibubapa.Laksa Penang,laksam Kelantan,ayam goreng,nugget dan kentang goreng.Itu je lah kan.


Anis sedang menerima hadiah harijadi daripada gurubesar.Sambil diperhatikan oleh cikgu Pra nya.Tak sempat nak betulkan tudungnya.Selebehnya.


Acara memotong kek.nampak tangan cikgu yang lebihnya pegang pisau nak potong kek ni...he he he


Antara ibu-ibu yang hadir...ada juga 3 orang bapa yang hadir.Nampak berpakaian lengkap pejabat,mungkin ambil masa sikit ke majlis ni.Kaum ibu ramai yang surirumah termasuk saya.Tu dia saya bertudung coklat bersama Arissa di atas pangkuan.

Acara selesai sejam kemudian.Kami balik dulu sementara anak-anak tinggal dulu di dalam kelas.banyak lagi hadiah cikgu nak bagi.

Pesanan:Ini rezeki,maknanya dah kenyang tak masak tengah harilah...he he heOh ye..adik saya dah selamat bersalin..Alhamdulillah semuanya selamat....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...