Wednesday, November 06, 2013

Anak-anak yang mati sebelum baligh,dimana kedudukanmu?

Damailah engkau wahai anak-anak kecil yang meninggal dunia sebelum usia balighmu.Syurga menantimu wahai anak-anak.Tenanglah dan bergembiralah wahai ibu dan ayah,anak-anakmu menanti di sana.

Terdapat banyak info berkaitan dengan hal ini.Di mana kah kedudukan mereka yang mati sebelum usia baligh.

Antaranya:

Anak orang islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Hal ini termasuk dalam kesepakatan semua para ulama. Al-Imam Ibn Kathir berkata:
فأما ولدان المؤمنين فلا خلاف بين العلماء كما حكاه القاضي أبو يعلى بن الفراء الحنبلي عن الإمام أحمد أنه قال : لا يختلف فيهم أنهم من أهل الجنة . وهذا هو المشهور بين الناس ( أي عامة العلماء ) وهو الذي نقطع به إن شاء الله عز وجل 
Maksudnya: “Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama (semua mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang dihikayatan oleh al-Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada perbezaan di kalangan ulama, bahawa semua anak-anak orang yang beriman termasuk dari kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami putuskan insyaallah.” (Tafsir al-Quran al-‘Azim 3/33)
Al-Imam al-Nawawi pula berkata:
أجمع من يعتد به من علماء المسلمين على أن من مات من أطفال المسلمين فهو من أهل الجنة ؛ لأنه ليس مكلفا
Maksudnya: “Telah bersepakat para ulama umat Islam yang diambil kira perkataannya, bahawa sesiapa yang mati dari kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.” (Syarh Muslim 16/207)

Sumber: SINI

Pesanan: Kita yang sudah baligh dan berakal ini yang perlu berbuat lebih banyak kebajikan dan kebaikan,kerana kita masih tidak tahu di manakah kedudukan kita?Wallahualam...semoga dikuatkan iman kita agar mati dalam Islam.

4 comments:

  1. Mereka yg pergi sebelum baligh sah-sah tempatnya indah. Kita ni yg kena selalu beringat kerana bekalan bimbang tak mencukupi - takut kakak bila memikirkan hal ini. Moga iman kita kuat dan istiqamah selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun selalu ingatkan diri sendiri,jangan lalai dengan duniawi ini...segalanya hanya pinjaman semata

      Delete
  2. anak2 org beriman je? Anak2 org yg tak beriman cemana?

    ReplyDelete
  3. bila fikir bab ni...hati jadi insaf....kita hanya pinjaman sementara kan...aduh sedih pula

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...