Saturday, November 16, 2013

Jangan bersedih jika anak kita tidak mencapai keputusan memuaskan

Keputusan UPSR sudah diumumkan.Seperti biasa pasti ada yang mencapai keputusan cemerlang 5A,4A,3A,2A atau 1A.Namun ada juga yang mendapat keputusan kurang memuaskan.

Ibubapa semua,percayalah apa sahaja keputusan yang anak-anak kita dapat bukan kayu pengukur muktamad kejayaan mereka,tetapi ianya sebagai satu langkah untuk kita lebih maju ke hadapan.Memang impian semua ibubapa agar anak-anak mendapat keputusan cemerlang,sama juga seperti saya.

Kenapa ibubapa suka buat perbandingan anak-anak sendiri dengan kejayaan anak-anak orang lain.Ini sering berlaku apabila anak kita gagal mendapat keputusan yang kita impikan.Banyak saya belajar tentang perkara ini.Saya dapati anak semakin kecewa,sepatutnya kita beri semangat.Ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan.

Ibubapa sendiri melihat sendiri bagaimana anak-anak belajar,dari situ ibubapa sepatutnya sendiri tahu pencapaiannya seiring dengan kejayaannya,Namun demikian jika mereka sudah berusaha sehabis boleh,jika itu sahaja keputusan yang mereka dapat,terima je lah.

Perjalanan mereka masih jauh,kejayaan masih boleh dikecapi dengan usaha yang bersungguhg-sungguh.Pernah dengar tak,ada yang pernah gagal mereka bangkit semula,kini menjadi orang berjaya.Biasakan kita dengar.Jadi jangan menghukum anak-anak jika mereka anak yang baik.Pasti mereka lebih kecewa.

Berilah semangat,nasihat dan dorongan agar mereka berjaya suatu hari nanti.Yang penting ingat kepada Allah,mohonlah kepadaNya.

Semoga kejayaan anak-anak yang lain menjadi pendorong untuk mereka lebih berjaya.

Pesanan:Ini juga buat peringatan buat diri saya juga.Sebab anak pun sekadar mendapat 3A2B.

8 comments:

  1. yg ptg , jgn paksa mrk utk jadi bijak . sbb tekanan tu blh jadi timebomb ! ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jangan dipaksa sangat...biar mereka belajar ikut kesesuaian...

      Delete
  2. Tahniah sis!!alya pun hnya dpt 4A jep..huhu

    ReplyDelete
  3. takpe la kak, kita tak boleh marah2 dorang sebab perkara dah berlaku.takut mereka rasa down.kita tambahkan lagi motivasi untuk dorang terus berusaha ye :)

    3A2B masih boleh dibanggakan :) next target PMR plak.masih ada masa lagi untuk mereka betulkan keadaan :) buktikan yang 3A2B mampu capai 8A/9A macam orang lain juga :)

    Tahniah untuk anak akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PMR dah takdekan...apapun perjalanan masih panjang...usia masih muda..terima kasih dik zal..

      Delete
  4. kalau kita marah sekali pun masalah ini tak akan selesai...
    beri peransang atau semangat kan..In Shaa Allah

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...