Thursday, December 05, 2013

Hujan-hujan ni,masak apa pun laku.Lagi-lagi Roti Sardin Berkeju


Hujan sudah mulai melanda kawasan pantai timur.Sana-sini sudah kedengaran banjir melanda.Semoga semua mengambillangkah berjaga-jaga agar tidak terjadi kejadian-kejadian yang menyedihkan diri dan keluarga.

Saya yang tinggal di kawasan Benta-Lipis pun dah rasa macam duduk di kawasan sejuk,sebab hujan sepanjang siang dan malam.Air di sungai pun dah naik dan bertukar warna menjadi air teh.Sejak-sejak hujan ni kain jemuran pun 3 hari berjemur (kejap jemur kejap angkat),baru boleh kering.Malam-malam pula dah pandai tidur berselimut tanpa kipas dipasang.

Ha,hujan-hujan ni,perut pun sentiasa lapar.Masak je apa-apa,habis licin dimakan.Lagi-lagi cuti sekolah sebegini,anak-anaksemua ada di rumah,makin bertambahlah menu masakan.

Kalau buat roti apa pun laku macam goreng pisang panas!hehehe...Jomlah buat roti sardin berkeju.Google je kat resepi,macam-macam versi ada.Tak tahu siapa yang empunya original resepi.Tapi yang penting sedap dimakan panas-panas.Buat sekali nak buat berkali-kali.

Bahan-bahan asas,sardin,roti,keju....senang je buatnya..kita bakor je....hehehe.Ikut kreativiti masing-masing.
Cubalah ye.

Pesanan: Kalau beli kat kedai dengan anak yang ramai ni,banyak juga duit keluar,kalau buat sendiri banyak juga dapat.Alhamdulillah!

18 comments:

  1. Mmg sedap klu mkn dlm keadaan cuaca yg sejuk cam skng..sure kena bt byk kan..klu x x ckup

    ReplyDelete
  2. sejak hujan ni tidur malam kesejukan...
    betul tu...bila sejuk masak apa pun sedap...
    roti sardin ada keju lagi...bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk betul kan Nur..tak yah pergi CH dah...hehehe

      Delete
  3. sy yg duduk dekt kedah nih pn tiap2 hari hujan.. brhanti kejap2 jer pastu hujan balik... baju dh sebakul xbasuh2.. yerlah nk tunggu panas konon.. tapi dah seminggu duk hujan mcm nih... hurm....jwbnya sebelum baju dlm almari 2 habis kna basuh jgklah... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena jemur bawah kipaslah kalau macam tu...hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. betul tu...sebab kat rumah pun tak de apa nak buat kan..

      Delete
  5. mesti la sedap ummiarissa. plak tu takde aktiviti yg boleh dibuat time2 ujan ni. pastu sejuk. kat sana banjir tak/.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini belum banjir lagi...tapi air sungai dah naik..

      Delete
  6. betullah . letak apa jer mknn atas meja , trus licin . yg membuat tu lum hilang penat wooo ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 yang membuat sempat makan sekeping je...hehehe

      Delete
  7. Bangi ni pun hari2 ujan. Tadi ada panas jap je..bolehla keringkn baju.

    Sejuk2...makan mknn panas, mmg best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini terpaksa jemur dalam rumah bawah kipas,kalau tak,lambat kering

      Delete
  8. Cuaca hujan memang menguji perut dan mata.
    Wah! apa sahaja makanan kalau dgn sardin, pasti saya suka! Terleleh air liur dibuatnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap BM,kalau goreng dgn telur pun sedap roti sardin ni...

      Delete
  9. alahai kak saya ingatkan lempeng atau cekodok..sekali roti sadin berkeju plak.cenggini punya menu bukan setakat hujan.. kemarau,banjir,salji waima musim bunga pun laku hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lempeng cekodok pun sedap...tapi yang lagi sedap kalau kita tunggu nak makan je,orang lain tolong masakkan kan...hahaha

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...