Thursday, January 30, 2014

Cuti panjang ke sempena Tahun Baru Cina ni?

Saya sudah berada di kampung suami Kelantan, menikmati cuti setelah letih bekerja seharian sebulan.Namun demikian sebagai seorang ibu dan isteri,tugas di dapur sentiasa tak pernah cuti.Memasak menjimatkan disamping kebersihan dikawal,

Ada yang mulai bercuti 30 Januari 2014 hingga 4 Februari.Ini bagi sekolah yang sudah pun menggantikan cuti pada sabtu lepas.Namun begitu ada juga yang hanya bercuti sehingga 2 Februari je.Anak-anak saya ada di dua situasi cuti itu.Jadi hendak tak hendak lebihan 2 hari tu kena bercuti di rumah semula lah.Balik awal jugalah saya ke Kuala Lipis.

Saya tertanya-tanya masih sejukkah sesetengah daerah di Kelantan hingga ada yang mencapai sehingga 17 darjah selsius.Namun bila saya sudah tiba di Kota Bharu,jiran saya memberitahu hari ni baru terasa panasnya berbanding sebelum ni dengan cuaca sejuk.Apapun saya bersyukur dengan cuaca yang ada sekaran ni.Tak panas tak sejuk.

Okaylah,sempena cuti panjang ni jagalah kesihatan dan keselamatan diridan keluarga.Yang pasti cikgu sekolah beri kerja sekolah yang banyak kat anak-anak.Tu yang saya dengar anak-anak cakap "umi ,cikgu ni bagi kerja sekolah banyaklah,macam cuti sebulan je"...hahaha...buat je lah anakku.

Selamat bercuti!

Pesanan:Ramai dah rasa perubahan cuaca tidak menentu ni,ada juga budak-budak dan dewasa rasa nak demam je kan.

Monday, January 27, 2014

Ada susah ada senang jika anak satu sekolah dengan ayahnya

Saya baru je habis mendaftar anak lelaki sulung saya masuk ke Kolej Vokasional Kuala Lipis.Baru dapat tawaran untuk second intake.Walaupun suami mengajar di situ,saya tidak mahu bebankannya dengan kerja sekolah lagi,nak daftar anak lagi.Jadi saya lah yang uruskan pendaftaran anak.

Setiap kali saya pergi mendaftar,membayar yuran,ke kedai koperasi,pasti saya berselisih dengan kawan-kawan suami yang juga tenaga pengajar di situ.Setiap kali itulah mereka bertegur sapa dan bertanya tujuan saya ke situ pagi tu.Sah-sahlah saya daftar anak sekolah situ.



Jadi dikeliling anak saya ialah rakan ayahnya,juga rakan kepada saya.Jadi saya dah pesan kat anak saya janganlah buat perangai,belajarlah betul-betul,jaga air muka ibu dan ayah.Maklumlah dah satu sekolah dengan ayahnya.

Ada baik dan tak baiknya bila anak kita ni berada sama sekolah di tempat ayahnya mengajar.Pasti ada yang serba tak kena.Namun saya dah berpesan kepada tenaga pengajar di situ,saya serahkan anak saya pada mereka,buatlah apa yang patut.Dia juga sama seperti pelajar yang lain,tiada istimewanya.

Yang susah,jangan malas buat kerjalah,nanti mulalah ada yang tak senang hati,yang senangnya,pergi sekolah sekali balik sekali dengan ayahnya.kan

Itulah yang paling saya takuti,tapi saya percaya anak saya pandai menjaga diri.


Semoga dia akan lebih berjaya!

Pesanan:Ada 2 orang tenaga pengajar situ yang hantar anak mereka dengan saya,hehehe...anakku di tanganmu,anakmu di tanganku...adilkan...hehehe..saya harap mereka dapat ajar yang terbaik untuk anak saya.

Saturday, January 25, 2014

Jom Like hasil Kerja Anak Saya dan Rakan-rakannya

Mereka bekerjasama dalam menghasilkan sebuah video pendek berjudul  "Persis alam" untuk pertandingan untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan yang bertemakan alam sekitar.

Hasil kerja mereka ini telah dipantau oleh guru-guru sekolah mereka.Walaupun pendek ianya memberi satu pengajaran untuk kita menghargai alam sekitar.

Anak saya dan rakan-rakannya yang berusia 16 tahun telah mencuba sebaik mungkin untuk menghasilkan video ini.Untuk ulasan saya masih banyak lagi perlu diperbaiki.Mungkin ini percubaan pertama mereka,jadi hasilnya mungkin tidak seperti yang kita jangkakan.Apapun mereka telah berusaha.

Anak saya sebagai penyunting video,penulis skrip dan jurukamera.Dia pun ada berlakon .Carilah sendiri.(baju biru)
Semoga berjaya!


Boleh lihat disini:
https://www.youtube.com/watch?v=KXdI3i4mCOs

Pesanan:Terima kasih atas sokongan semua

Thursday, January 23, 2014

Permainan zaman saya kanak-kanak dulu

Lagu dan permainan kanak-kanak zaman dulu tak dapat dipisahkan.Siapa sangka zaman It ni jarang benar permainan ni budak-budak sekarang mainkan.Semua sibuk dengan gadjet.Tak keluar rumah pun tak apa agaknya. Ingat tak lagu dan permainan ni.Saya sering main dengan rakan-rakan sewaktu sekolah rendah. 

Enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas.
Enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas.
Enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas.
Enjittt - enjit semuut si-a-pa sa-kit na-ik a-tassss.



Masa ni ada kawan buat dajal.Dia cubit kuat-kuat.Sakit sebab cubit kecil tu.Ada yang berair air mata tau.hehehe Nostalgia sungguh.


Ini ingat tak?

Ni bait lagu cucu-cucu yang ada di keliling nenek:

Nenek-nenek si bongkok tua
Siang malam asyik berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek ku kahwin dengan anak raja


Ni bait lagu nenek yang bertutup mata:

Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Mencari cucu di mana ada
Siapa yang kena dia yang jadi

Masa habis je nenek nyanyi,semua bertempiaran lari.Puas lah nenek mengagau-ngagau tangan mencari cucu.Kalau kena yang nak dajal,sempat lagi balik rumah makan-makan.(eh macam dalam iklan maggie je)..hehehe

Banyak lagi.Ini baru dua je.Betullah anak-anak sekarang tak minat main permainan ini agaknya.Main kat luar rumah pun paling habis main gelongsor dengan buaian di taman permainan kanak-kanak.

Ada lagi tak lagu permainan dulu-dulu yang nak share?
Habis anak-anak jagaan saya suruh lakonkan.Diorang pun tak tahu permainan ni.hehehe

Pesanan:Rindu zaman kanak-kanak,memang enjoy habis bermain dengan rakan-rakan,tak fikir langsung masalah.


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...