Wednesday, July 31, 2013

Sambil memasak sambil menambah ilmu-Serambi Ustazah

Saya suka rancangan masakan yang banyak mengajar ilmu agama disamping berkongsi resepi.Ini lah yang terdapat dalam beberapa rancangan masakan terutamanya di TV Al-Hijrah.

Ada suatu pagi saya bersahur,kemudian saya buka TV 1,oh ada juga ye rancangan masakan berbentuk sedemikian.Saya tertanya-tanya siapakah ustazah ni?Sebab saya pun baru pertama kali melihatnya.

Setelah di google beliau ialah Ustazah Wan Habsah,pendakwah  bebas dan penceramah.Selain itu juga beliau seorang usahawan,pengusaha rempah ready made.Patutlah dalam resepinya ada rempah ready made juga.


Saya suka gaya ustazah ni mengacara dan meyampaikan ilmu masakan.Selain itu ustazah juga mengajar bacaan doa yang sesuai digunakan ketika kita memasak.Memberi tips masakan.Mengajar cara masakan orang-orang Arab.


Banyak rupanya doa- doa yang boleh kita baca sewaktu kita sedang memasak agar masakan kita sedap dan elok.Daripada tak tahu kita jadi tahu.

Ustazah ada FB tau..Ni FB Chef Ustazah Wan Habsah

Saya harap semoga rancangan sebegini bukan hanya ada di bulan Ramadan je,biar sepanjang tahun.Isteri kalau nak menambat hati anak-anak dan suami,perlulah amalkan bacaan-bacaan yang ustazah dah ajar tu.

Pesanan: Saya pun banyak belajar bacaan doa ketika memasak dari sahabat saya yang kini tinggal di Terengganu,Suhaila namanya.Dia selalu ingatkan saya.

Monday, July 29, 2013

Jemputan berbuka berturut-turut...Alhamdulillah

Dah hujung-hujung puasa ni ramai pula yang menganjurkan majlis berbuka puasa.Jadi bila orang dah pelawa tu janganlah jual mahal.Hadirlah.Bila dah di ajak tu maknanya,memang ada peruntukan makanan untuk kita.

Mereka ni dah budget makanan bergantung berapa ramai yang hadir.Jangan tak hadir,nanti membazir pula makanan.Saya ni kalau dijemput Insya Allah akan hadir,kecuali ada hal tak dapat dielakkan.

Esok jemputan berbuka di surau tempat saya tinggal.Lusa di sekolah suami mengajar.Saya rasa hanya dengan cara ni kita dapat kenal lebih dekat orang-orang yang berada di sekeliling kita dengan lebih dekat.Jadi datanglah awal sedikit,bolehlah kenal-kenal.

Alhamdulillah rezeki Allah beri tak pernahnya putus jika kita berada di dalam golongan orang yang bersyukur.Betul kan?

Sekolah pun tinggal minggu ni saja kan.Eloklah berjumpa sebelum bercuti panjang.Maklumlah kebanyakan penghuni di kuarters ni golongan guru-guru sahaja.

Okaylah itu saja cerita hari ni.

Pesanan:Biasanya jemputan sebegini,saya mesti bawa sejenis kuih untuk dirasa sedikit sorang.

Sunday, July 28, 2013

Percubaan UPSR sudah dilalui,tunggu peperiksaan sebenar pula

Saya lihat anak saya perempuan tak kira masa dan tempat,setia dengan kertas dan buku latihan yang diberi gurunya.Ada saja masa,dia cuba habiskan latihan yang diberi.Nampak sangat dia bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Peperiksaan percubaan UPSR telah pun dilaluinya.Walaupun masih belum mengetahui keputusan keseluruhannya,dia masih meneruskan semua latihan yang diberi oleh gurunya.

Anak ke 3 daripada 6 adik beradik ni,cuba berusaha mencapai matlamatnya untuk mendapatkan keputusan 5A...Semoga dia berjaya.

Sebagai seorang ibu saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.Lebih-lebih dalam bulan puasa ni saya banyak berdoa untuk anak-anak.

Semoga berjaya!

Tak yah beraya sakanlah ye!

Pesanan: Peperiksaan UPSR akan diadakan pada 10  September 2013,tak lama dah kan.

Friday, July 26, 2013

Jaga anak-anak bila sibuk membeli belah

Sekarang ni  pasaraya di seluruh Malaysia membuat jualan murah untuk Hari Raya.Maklumlah Hari Raya bakal menjelma.

Namun demikian dalam kesibukan membeli belah tolonglah perhatikan anak-anak kecil kita tu.Kita sibuk memilih baju anak-anak hilang entah ke mana.Dalam orang yang tengah ramai tu,dapat ke nak cari,lagi-lagi anak kita kecik je badannya.

Ini terjadi juga pada saya hari ni.Terlepas sekejap je dah hilang,mujur tempat saya pergi tu tak ramai lagi orang.Lepas dah 2 kali hilang tapi jumpa,saya suruh kakaknya pegang jangan lepas.Ish,saya pun lalai juga ni.Sebab saya memang perasan dia ada depan saya,sebab saya nak cubakan baju pada dia,saya sedang pilih je baju,bila nak acu,eh dah lesap.Dia ni pulak jenis berani walaupun baru berusia 3 tahun.Tak takut kat orang.


Jualan Sogo di KL-sekadar gambar hiasan

Jadi saya sekadar nak mengingatkan para ibubapa yang lain.Malang memang tak berbau.Berhati-hati lah ye bila bawa anak ke tempat membeli-belah.Ingatan untuk saya juga.

Pesanan:Lepas capai baju yang berkenan,saya terus balik,tak nak lama-lama,nanti over budget.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...