Tuesday, November 08, 2011

Blog ada ilmu jangan dilupakan

Mesti ramai para bloggers disini yang pasangannya juga mempunyai blog.Blog ni macam-macam kategori,blog ilmiah ada,blog peribadi ada,blog masakan dan macam-macam lagilah.

Tahu tak suami saya juga ada blog.Waaaa....dia pun nak berblog.Tapi blog dia banyak bertumpu pada ilmu.Dia tulis ilmu yang dia tahu dan yang dia mengajar je lahkan.Diakan seorang guru.
Sejarahnya,blog ni dia minta tolong adik saya tolong buatkan mula-mula.Wah.lepas tu pandai-pandai dialah edit.Nampak advance sikit dari saya.Sebab dia siap upload video muzik lagi.

Jom tengok blog dia chekguzaidi.blogspot.com.Tadaaa....




Kalau lihat pada graf mingguan,ramai juga yang tengok blog dia.Saya pernah tanya "ada ke bang orang nak tengok blog abang?"...dia kata,."eh, ada..dari luar negeri pun ada".
Dalam seminggu ramai juga visitorsnya.


Betullah,ada juga yang singgah blog dia,sampai ada yang berminat nak ambil artikel tulisan dia.Ni antara komen-komen mereka.





Dan yang paling menarik sekali,sempat lagi dia capture nombor cantik total pageviews dia.nombor tu nombor amat penting dalam rahsia hidup kami berdua.......secara kebetulan je katanya.Nasib baik handphone canggih saya ada.(he he he)Taknak kalah tu...

Tapi tak ramai antara kita minat blog-blog sebegini.Hanya orang-orang tertentu je yang akan membaca dengan penuh minat.Bukan mudah juga katanya nak update blog selalu.Fakta dan gambar mesti betul.Bukan macam blog-blog biasa ni.

Apa-apapun saya sebagai isterinya mesti sentiasa berdiri di belakang suaminya.(berdiri?belakang suami?ala pendeknya saya,dia tinggi....)Beri sokonganlah....apa daa..

Pesanan:Pening juga baca artikel dia,sebab tak faham jugak.Takpe-takpe...tambah ilmu sikit....

Thursday, November 03, 2011

Amalkan untuk memohon rezeki.

Kelebihan Ayat Seribu Dinar.

Barangsiapa mengamalkan membaca ayat ini tiga kali,selepas tiap-tiap solat lima waktu,nescaya Allah murahkan rezekinya dan ia cukupkan baginya kemuliaan di dunia dan di akhirat.


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar,dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya,dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)nya.sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".


Pesanan:Ayat yang mudah dihafal dan mudah pula diamalkan.Saya sudah amalkan.!!...Anda?

Wednesday, November 02, 2011

Sarapan pagi ala-ala barat...

Sarapan pagi tidak semestinya perlu yang berat-berat.Sarpan pagi yang berat seperti nasi goreng,nasi lemak atau mee hoon goreng.

Ada cara untuk menyediakan sarapan pagi yang ringkas tetapi tetap berkhasiat.Contohnya sarapan seperti dibawah ni.Walaupun bunyinya ala-ala barat tetapi bagi mereka yang ingin menyediakan sarapan yang ringkas dan mudah,ini lah cara penyelesaiannya.Wah!Macam mengacarakan rancangan masak-memasak bersama ummiarissa.

Sarapan sebegini jarang sangat saya buat.Kalau buat tak pernahnya kenyang anak-anak.Makin bertambah pulak.Ini pun saya buat waktu semua dah pergi sekolah.Saya pula tak tahu nak makan apa.Saya buat je lah macam ni.

Mudah je.Roti tu saya sapu marjerin depan belakang ,masak atas 'pan'.Telur tu saya goreng,tapi tengah kuning tu memang saya biarkan separuh masak.Bila potong time makan tu cair kuning tu keluar...sedap cicah dengan roti bakar tadi.Sosej tu goreng dan bubuh atasnya sos cili dan mayonis.Mudah je kan.

Menu untuk seorang makan ni.(saya seorang je makan)


Kita bagi close up sikit...

He he he...kalau anak-anak baca blog saya ni,mesti diorang marah.Sebab buat sarapan sebegini masa diorang takde.Biarkan...nak makan buat sendiri..boleh gitu?

Pesanan:Boleh ke kategorikan sarapan ni ala-ala di hotel?

Monday, October 31, 2011

Siapa sebenarnya perempuan ini?

Baru-baru ini saya ada menerima sebuah e-mail dari seseorang yang menamakan dirinya sebagai Noraini Osman.Suami saya pernah bercerita tentang seorang perempuan yang menghantar mesej seperti ini tetapi di dalam facebooknya.Menurut suami saya perempuan ini sudah menipu ramai orang.Saya pun tak pasti penipuan yang bagaimana?


Cuba lihat e-mail pertama yang diberikan kepada saya:



Kemudian kerana ingin tahu lebih lanjut berkenaan perempuan ini saya cuba membalasnya.

Selang beberapa hari saya menerima balasan e-mail darinya:


Saya terfikir jika dia ingin menipu kenapa perlu menunjukkan gambarnya kepada saya,tapi mungkin itu bukan gambarnya yang sebenar.
Kemudian saya membalas lagi dengan mereka-reka beberapa perkara seperti umur dan tempat tinggal.

Lama menunggu nampaknya dia tidak membalas lagi e-mail saya.

Pada fikiran saya,mungkin bila saya memberitahu yang pakcik saya tinggal di London juga,kemungkinan ini yang membuat dia terkejut atau takut rahsianya terbongkar.(Tentang pakcik saya ni memang benar).

Kemudian ada lagi yang bermain-main di fikiran saya,jika betul arwah ayahnya berasal dari Malaysia,takkan tiada saudara mara langsung.Kenapa dia berani meminta pertolongan dengan orang asing yang tidak diketahui asal usulnya.

Lagipun sekarang ni merata-rata tempat ada pemandu pelancong.Dia boleh saja mengupah sesiapa yang ada kaitan dengan bidang pelancongan.(kan orang kaya)Ambil pakej ke kan?

Apa pendapat kamu semua?Ada juga ke yang pernah menerima e-mail sebegini?Apakah bentuk penipuan jika benar dia ingin menipu?

Pesanan:Saya hanya memberitahu perkara yang saya alami sendiri.Apa yang penting english saya tuuuu...asal faham sudah...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...