Tuesday, August 31, 2010

Impiannya sudah tercapai


*Cantik tak anis?*
Saya pernah bercerita tentang keinginan anis untuk memakai subang di telinganya. akhirnya impiannya tercapai jua akhirnya.




Saya kagum kerana dia berani untuk bertindik. Pada permulaannya tindikan pertama di telinganya dia sedikit pun tidak menangis. Cuma pada kali yang keduanya, dia menangis hanya kerana saya ter 'spray' kuat sangat penyembur (untuk kebaskan) di telinganya membuatkan dia terkejut dan menangis. Jadi yang kali kedua ni lah kami terpaksa pegang kuat badannya agar memudahkan dia ditindik. Tapi selepas selesai, terus dia berlari-lari bermain dengan kawannya.




Sekarang dia tidak lagi bertanya tentang subang tersebut,kerana impiannya sudah tercapai. Maka legalah saya kerana sudah menunaikan janji saya padanya.




Pesanan: Apa lagi selepas ini???

Monday, August 30, 2010

Kuih Cara Berlauk


Bulan puasa ni macam-macam jenis kuih saya buat. Rajin sangat pula. Bukan apa masa puasa ni lah macam-macam rasa nak makan. Jadi antara kuih yang mesti saya buat walaupun sekali je dalam bulan puasa ni ialah kuih cara berlauk. Meh tengok resepinya.

Bahan-bahannya:(Inti)

Daging cincang (mangkuk kecil)
1/2 biji bawang besar merah (potong dadu kecil)
1 biji bawang putih (cincang halus)
3 sdb Serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
1/2 sudu cili kering (kalau nak rasa pedas sikit)
garam
gula
Hiasan:
daun bawang (hiris kecil)
cilim merah(potong kecil-kecil)

Cara-cara membuatnya:
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Cili kering. Serbuk kari. Goreng sekejap. Masukkan daging cincang. Garam dan gula secukup rasa. angkat.

Sementara itu, bancuh tepung gandum 2 cawan. Air secukupnya. Telur sebiji. Garam sedikit. Serbuk kunyit sedikit.Blender aje.Agak-agak dia tak pekat sangat dan tak cair sangat. Ekjas-ekjas lah.

Kemudian panaskan acuan cara. Sapu minyak sikit kat acuan tu agar tak melekat. Tuang adunan tepung, jangan penuh sangat. ambil 1/2 sudu kecil inti,nak banyak pun ok je. Letak kat tengah adunan dan hias sikit dengan daun bawang dan cili merah. Tutup. Dah masak angkat. Tak lama. Mungkin dalam 1-1/2 minit. Api kecillah.

Pesanan: Cubalah. Kuih saya buat tu taklah sesempurna macam kedai jual,jadi ada juga yang terlebih dari acuan,tapi sekurang-kurangnya saya mencuba...sodap....

Saturday, August 28, 2010

Ramainya orang di Sogo

Semalam hari jumaat saya pulang ke rumah mak di Kuala Lumpur untuk berbuka puasa bersama-sama mak dan ayah. Sementara menunggu masa berbuka puasa saya ke bandar bersama suami dan anak-anak untuk mencari barangan keperluan untuk hari raya.



Saya ke pusat membeli-belah Sogo, katanya ada jualan murah....cuba tengok...betapa ramainya orang di sana. Saya dan anak berjalan-jalan di dalamnya,tengok kalau ada baju-baju yang memang betul-betul murah. Bolehlah beli sehelai dua. Letih anak-anak mengikut berjalan dalam bulan puasa pulak tu. Kasihan mereka. Ram,ai betul ye orang,walaupun di KL hari tu hari bekerja. Lebih ramai masa orang lelaki sedang solat jumaat.

Seronok tengok suasana persekitaran di kawasan Sogo tu. anak-anak walaupun letih,masih gagah juga berjalan.

Pesanan:Pastikan anak-anak anda sentiasa bersama anda sewaktu membeli-belah.

Thursday, August 26, 2010

Betul ke musim perayaan ni ada Jualan Murah?

Bila nak datang raya ni barulah kita sibuk nak cari baju raya,nak beli kuih raya nak beli balang kuihlah(takkan balang kuih pun tukar tiap-tiap tahun?), nak beli perabot barulah dan macam-macam lagi.

Kenapa nak tunggu raya baru nak beli. Sedangkan hari sebelum raya pun boleh beli. Ini yang menyebabkan peniaga mula menaikkan harga barang (biarpun mereka dah tulis SALE). Memang betul ada yang benar-benar menurunkan harga, tapi tidak kurang juga yang memang meletakkan harga sama seperti sebelum raya. Kita yang tertipu? Atau mereka yang menipu?

Saya ada rakan-rakan yang terlalu 'detail' tentang harga barang di sesebuah pasaraya yang telah mereka kunjungi. Mereka ni sering membandingkan harga sesuatu barang dengan pasaraya yang lain pula. Jadi apabila tiba jualan murah,mereka pergi semula ke pasaraya tersebut, apa yang mereka dapati harga barang tersebut sama sebelum barang tersebut di tag dengan jualan murah.

Inilah yang selalu kita kejarkan. Jualan murah yang memang sudah murah. Jadi bagi kita yang tidak terlalu peka dengan perbezaan harga sesuatu barang ini pula menyangka bahawa mereka memang menurunkan harga barang,pada hal harganya tetap sama malah mungkin juga mereka menaikkan sedikit harganya. Itu kita tidak tahu.

Jadi berhati-hatilah semasa berbelanja di musim perayaan ini, nak yang murah dapat yang mahal. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Pesanan: Saya cuma nak membeli yang perlu sahaja. Harap-harap tidak 'over budget'.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...