Thursday, May 27, 2010

sibuk sangat..

Bulan mei ni,saya sangat sibuk. Inipun dapat tengok sekejap je internet. Anak yang kecil tu sudah makin membesar,perlu perhatian dari saya. Kadang-kadang terlalu sibuk makan pagi pun tak sempat.Tiba-tiba je dah masak untuk tengah hari pulak.

Memang tak boleh nak ceritalah betapa sibuknya saya. Dengan jiran-jiran pun dah jarang sangat berbual.Sehingga jira-jiran pula datang ke rumah bertanya khabar. Baru-baru ni,saya telah mengikuti kursus membuat kek cawan. Jadi sebaik balik je ke rumah,saya mula membeli barang-barang yang diperlukan. Saya membuat 3 hingga 4 adunan sebagai percubaan untuk mencuba menjualnya. Mewah betul anak-anak saya hari-hari makan kek. Sehingga ke tahap mereka dah muak,baru saya mula menjual.Itupun setelah bertanya pendapat rakan-rakan yang lain.

Jadi sauna saya masih tetap berjalan. Sebab kebanyakan mereka datang lewat-lewat petang atau selepas selesai kerja. Maklum balas yang diterima amat memuaskan. Lagipun mereka sendiri telah melihat perubahan pada diri saya juga. Jadi saya membuat kek sebelah pagi atau selepas Isyak. Sekarang saya sudah mencari kedai untuk diletakkan kek cawan saya ni. Sambutan pun boleh tahan. Jangan salah sangka, saya tak buat banyak. Seadunan dapat lah 20-23 biji kek untuk dijual sekiranya anak-anak tak makan. Masuk jugalah duit sedikit pun.

Bila dah minat, soal masa makan pun diketepikan. Saya kadang-kadang terlalu kusyuk membuat kek hingga terlupa nak makan. Tapi tengah hari tu,sebaik je lepas masak,saya terus makan dahulu. Takut terlewat sangat,nanti sakit perut.

Ok lah,anak menangis pulak. Ada masa kita cerita lagi.

Pesanan: Jangan biar anak menangis. He he he he

Friday, May 07, 2010

Sudah mula membuat kerja-kerja rumah...

Setelah berehat hampir 2 bulan,saya sudah mula membuat kerja-kerja rumah seperti sebelum berpantang. Semakin hari semakin banyak kerja yang perlu dilakukan. Saya perlu merancang masa dengan betul agar dapat membuat kerja dengan baik tanpa gangguan tangisan anak.

Hu hu hu.... Letih juga ye. Mana nak tengok anak kecil lagi,mana nak melayan kakaknya lagi. Kadang-kadang saya 'pass baton" pada suami setelah dia pulang dari kerja. Waktu tu saya ambil kesempatan melelapkan mta sekejap. Kurus badan saya. Ye ke...Iye...2 kg turun dalam jangka masa 2 bulan ni.

Jadi kalau ada kesempatan,saya turun berbual dengan Cikgu Niena,rakan kongsi sauna saya. Maklumlah,kadang-kadang tak sempat berbual. Jumpa je,senyum,terus masuk rumah.

Lambat juga nak menunggu si kecik membesar. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan saya. Murahkanlah rezeki saya sekeluarga. Amin!

Pesanan: Saya terlalu sibuk kebelakangan ni. Jadi mana yang sempat saya rakamkan,saya taip je.

Saturday, April 24, 2010

Hari ni berjumpa teman lama

Sebelum ni tidak pernah terfikir oleh saya,dapat bertemu kembali teman-teman persekolahan yang lama sudah tidak bertemu. Bayangkan selama hampir 17 tahun tidak bertemu,bagaimana ingin menunjukkan reaksi pertama saya terhadap mereka.



Saya bersekolah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Sekolah tersebut sekolah melayu,tetapi rata-rata ramai Cina. Dijadikan cerita 2 tahun terakhir persekolahan iaitu dalam tingkatan 4 dan 5, kebanyakan ahli kelas saya terdiri daripada kaum Cina, Melayu hanya 3 orang dan India 2 orang. Cukuplah tu kan jadilah 1 Malaysia. He he he..



Kelas-kelas yang lain tidaklah sedemikian. Bilangan kaum Cina dan Melayu hampir sama,kecuali kaum india memang minoriti. Jadi bolehlah saya katakan kelas saya istimewa sedikit. Tetapi walaupun 3 orang je Melayu, bab bergaduh,bermasam muka memang tak lepas jugalah. Sama je macam yang lain. Cuma dia jadi 2 kumpulan je.Contoh 2 lawan 1. Pasangan bergaduh tu akanbertukar-tukar, ikut situasilah. Kalau dikenang-kenang lucu pun ada. Ye lah 3 orang pun nak bergaduh jugak.



Jadi hari ini pertemuan semula bersama 13 rakan yang lain (yang dapat hadir sahaja) bakal menjadi sejarah istimewa pada saya. Harap-harap pertemuan ini yang terbaik. Maklumlah masing-masing sekarang mempunyai komitmen pada keluarga,kerja dan lain-lain. Mungkin untuk berjmpa semula memakan masa yang lama pula.



Inilah hasil dari penggunaan internet yang betul. Saya mencari rakan-rakan lama melalui muka buku (facebook). Tanpanya mungkin jalan pertemuan tidak bertemu.Mungkin sahaja!



Jumpa di Mid Valley ye teman-temanku!



Pesanan: Semoga semuanya berjalan lancar. Amin! Doakan ye!

Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

Sudah lama saya membayangkan diri saya berada di negara matahari terbit iaitu Jepun. Apa yang selalu bermain difikiran saya adalah untuk bermain salji asli yang terdapat di negara tersebut sambil berjalan-jalan makan angin di Tokyo Disneyland.


Selain itu saya juga ingin melihat keadaan sebenar di sana yang selalu saya baca di akhbar yang mengatakan negara tersebut mempunyai rakyat yang cukup berdisplin dalam menepati masa. Saya juga ingin menaiki keretapi yang paling laju di sana. Saya juga teringin membeli '
kimono ' iaitu pakaian tradisional yang sering dipakai oleh rakyatnya bila meraikan sesuatu. Memakainya juga adalah salah satu impian saya.


Mesti saya akan kelihatan comel kan?

Apabila tiba di sana nanti saya juga teringin menikmati makanan popular mereka yang dikenali sebagai 'tempura', iaitu sayuran atau makanan laut yang disalut dengan tepung rangup khas buatan mereka. Lebih asli jika menikmatinya di negara asalnya.

Jepun juga menjadi destinasi impian saya kerana dapat melihat tempat sebenar pengeboman yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap bandar Hiroshima. Menurut pembacaan saya, tempat tersebut masih lagi ada dan boleh dilawati oleh sesiapa. Di Jepun juga terdapat banyak sejarah yang boleh saya ketahui termasuk yang membabitkan negara kita Malaysia.



Saya masih teringat sebuah rancangan popular yang saya minati sejak dari kecil lagi iaitu 'Doeraemon',jika saya dapat ke negara Jepun saya ingin melihat sendiri cerita tersebut dalam bahasa Jepun sepenuhnya. Saya juga ingin menikmati makanan yang selalu dimakan oleh watak kartun tersebut iaitu 'Dorayaki' yang mana setahu saya melalui rakan-rakan,makanan tersebut memang ada di jual di Jepun. Bolehlah saya membelinya untuk dirasa juga oleh anak-anak saya. Mereka juga terlalu suka menonton kartun tersebut.

Itulah destinasi impaian saya. Bilakah ia akan menjadi kenyataan. boleh jugakmenaiki penerbangan MAS nanti.



Sebelum tu kita layan dulu project alpha season 2 episod 4...


ini adalah episod 5 project alpha season 2

Ini episod 6

Ini episod 7 lak

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...