Sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 58 dengan tema 'Sehati Sejiwa'...anak-anak Taska Mutiara Ibu tidak ketinggalan untuk mencipta sebuah bendera.
Dengan bantuan pengasuh dan juga hanya menggunakan bahan-bahan murah dan mudah didapati akhirnya siap juga sebuah bendera Malaysia.
Kanak-kanak hanya menggunakan kapas antara bahan yang mudah didapati.Pastinya mereka adalah kanak-kanak yang paling gembira apabila hasil kerja mereka dipamerkan di Taska untuk tatapan ibubapa.
Kegembiraan jelas terbayang di wajah masing-masing.Semoga kanak-kanak seusia ini boleh memahami serba sedikit erti kemerdekaan walaupun hanya mengenal bendera Malaysia.
Bersama kita menyambut 31 Ogos 2015 dengan semangat perpaduan yang utuh dan berdoa semoga Malaysia sentiasa aman dan makmur.Amin!
Assalamualaikum..apa khabar, lama tak singgah sini..diharap semuanya baik-baik dan ceria selalu ya..
ReplyDeleteWlkmslm..baik kak...harap-harap kitamasih kekal silaturahim..
Delete