Tuesday, May 05, 2015

Persatuan dan Mesyuarat yang memang tidak dapat dipisahkan

Bila dah jadi pengusaha taska ni,saya kenalah masuk persatuan untuk mengetahui segala aktiviti berkaitan dengan TASKA.

Oleh kerana taska saya terletak di kawasan Pahang,maka Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP)adalah persatuan yang tepat untuk saya sertai.Bermacam aktiviti dan program yang telah dirancang untuk ahli-ahlinya.

Bermula dengan program Sambutan Hari Pengasuh sehinggalah ke Mesyuarat Agungnya.Kebetulan saya ada masa lapang,maka saya sertailah program yang diadakan.Biasalah mula-mula saya pun tak berapa kenal sangat dengan ahli-ahlinya,kerana ahli-ahli baru dan lama bersilih ganti.Namun demikian akhirnya saya dapat menyesuaikan diri dengan berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru.

Untuk pengetahuan PPNP ini terdiri dari pengusaha dan pengasuh TASKA seluruh Negeri Pahang.Sangatlah rugi jika kita mengusahakan TASKA dan bekerja di TASKA kita tidak menyertai persatuan yang ditubuhkan untuk membela ahli-ahlinya jika terdapat sebarang masalah berkaitan TASKA dan mencadangkan kepada pihak berkenaan terutamanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tentang sesuatu usaha menaik tarafkan kedudukan TASKA atau cadangan daripada ahli-ahli persatuan sendiri.



Kami berbincang dan mengeluarkan pendapat untuk aktiviti berkumpulan pada sambutan hari pengasuh.


Acara makan malam yang diadakan di Felda Residence Tekam,Jerantut.



Diakhiri dengan Mesyuarat Agung untuk membincangkan usul-usul dan seterusnya berbincang dan memilih Ahli Jawatankuasa dari kalangan pengusaha dan pengasuh untuk menerajui pimpinan PPNP.


Bila dah berpersatuan ni,banyak lah sikit aktiviti yang dirancang.Terpulang kepada kita untuk memilih aktiviti yang bersesuain dengan kehendak kita.Banyak manfaat yang kita dapat dari berpersatuan.Semoga sesiapa yang di luar sana berminat untuk menjadi ahli,bolehlah berhubung dengan PPNP.

Pesanan:Ramai kawan baru dapat,banyak ilmu baru dikaut.

7 comments:

  1. juga dapat kenal ramai kawan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..ramai kawan baru saya kenal dari siti.Alhamdulillah..bertambah pengetahuan saya tentang bidang taska ni

      Delete
  2. bila berkumpul ramai2 n ih maka macam2 idea kita dpt.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ..idea kita share dengan yang lain.orang lain share pula idea mereka...lepas tu masing2 pun mulalah berkata..."oooo..macam tu"...suka bila ingat balik

      Delete
  3. Assalamualaikum Ida,
    Lama kakmah tak masuk blog Ida, dah jadi pengusaha taska yee,
    kat mana tu taskanya, kakmah tak tau pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak mah...bukan akak je ..ida pun tak jenguk blog akak dan yang lain.yang mana sempat..bacalah juga.Sibuk sikit kak.Maklumlah baru beroperasi.Kena fokus betul2.Modal dah banyak keluar.Rajin-rajinlah datang ke Benta kak.Dekat perumahan baru Taman Benta Permai.hehehe..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...