Thursday, October 30, 2014

Bila kuih semakin mengecil

Agaknya kerana harga barangan naik sejak kebelakangan ni,maka semua produk makanan pun menaikkan harga.

Dah lama rasanya tidak membeli kuih.Sebab sibuk sangat mungkin.Suatu petang saya ke pasar malam Dong di Raub.Teringin makan kuih kesukaan saya cucur badak dan kuih keria.

Besar ni lah kuih yang telah saya beli.Sedih juga sebab ianya telah mengecil.Saya rasa Dong Raub pun bukanlah bandar besar.Masih lagi kategori kampung.

Mungkin bahan-bahan untuk membuatnya mahal harganya.Maka RM 1 3 biji memadai dengan besar tu.


Memanglah lebih baik buat sendiri kalau nak makan banyak,tapi saya juga ingin membantu agar mereka juga mendapat pendapatan dengan menjual kuih ni.Tiada pembeli tiadalah pendapatan kan.

Saya pun bukan nak salahkan pembuat kuih,tapi tak kenyang pulak rasa makan 3 biji tu je.hehehe...kecik cam kuih mini.

Bagaimana pula ye harga dan saiz kuih-kuih ni 10 tahun akan datang?Terpikir-pikir juga di kepala saya.hmmm.

Pesanan:Janganlah kecil sangat ye saiz kuih tu.

6 comments:

  1. sekarang kuih beli kat luar pun takdela sedap mana kan??
    tapi mahal kemahen lagik...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah cikgu rine...tapi kuih orang kampung sedap..air tangan orang2 dulu2..tapi mahal tu yang tak tahan...kecik tak puas makan

      Delete
  2. Ada 2 pilihan je. sama ada saiz kuih dikecilkan atau harga dinaikkan. Kalau naik harga pun org marah jugak kan?

    Bagi saya la UmmiArissa, tak kisah kat kawasan luar bandar atau bandar, harga mmg patut naik. Sebab kat kampung pun masih perlu beli barang mentah dengan harga yang sama macam kat bandar. Malahan mungkin org kampung terpaksa beli brg mentah seperti tepung dan barang2 dapur dgn harga yang lagi mahal. Kat bandar boleh lagi pergi hyper market utk dptkan harga borong. Sian juga peniaga2 kat kampung. Tapi kalo harga mahal sgt pun, takde org nak beli, lagi kesian dok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..bahan mentah kena beli juga..kot tak camne nak buat kuih ye dak...tapi kt kampung daun pisang tak yah beli...pisang jual kilo murah kt kampung....ubi kayu tanam sendiri...tapi tetap harga mahal juga lyd...kita pembeli yang takde pilihan kecuali buat sendiri...boleh makan banyak hehehe

      Delete
  3. huhuhuhu.. tahun depan macam manalag plk yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita lihat je lah kat kuala lumpur pun harga kuih rm0.50 dah sebiji...apalagi tahun akan datang ye..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...